Laman Webantu KM2A1: 5218 File Size: 8.7 Kb * |
Hanya Senjata Mukmin Dapat Menghapuskan Mahathir! By CDB 14/8/2001 6:22 pm Tue |
[Mahathir semakin menggempur dan mencengkam kegiatan dan saluran parti
pembangkang yang berkesan. Sekarang bukan sahaja ceramah tidak dibenarkan malah
penjualan kaset dan VCD ceramah juga dihalang. Kini ada cadangan DBKL agar
semua kafe internet dilesenkan. Bagaimana pembangkang mampu menewaskan kerajaan
jika semua saluran penyampaian maklumat itu ditutup rapat?
Disinilah doa - senjata orang mukmin - memainkan peranan agar tuhan membuka
pintu di dalam hati manusia walaupun pintu luar itu sudahpun ditutup. Sepatutnya
orang Islam mengkaji kenapa adanya doa qunut dalam solat subuh itu kerana ada
banyak rahsia di sebalik doa itu. Kenapa ada solat hajat dalam Islam? Jika tuhan
membuka hati majoriti pengundi negara ini atau anggota polis - Mahathir akan
terhumban. Sepatutnya pembangkang semakin aktif memohon pertolongan tuhan tetapi
kenapa kita seperti semakin tidak mahu mengusahakannya?
- Editor] Sudah agak lama saya tidak menulis. Sebahagiannya kerana didorong oleh
situasi dan pemerhatian politik yang kurang memberangsangkan yang dipamerkan
oleh kita dalam menghadapi mehnah pihak lawan. Keganasan regim Firaun
Mahathir semenjak akhir-akhir ini benar-benar membuatkan saya rasa amat
tercabar dan marah yang bukan kepalang. Siri-siri cengkaman dan penindasan
ke atas saf pemuda-pemuda Keadilan, pelajar universiti, pengharaman ceramah
dan terkini operasi merosakkan imej dan pengaruh PAS dan pimpinannya melalui
kaitan dengan apa yang dinamakan Kumpulan Mujahidin Malaysia merupakan
rentetan siri tindakan kejam dan buas regim keparat itu untuk terus menerus
menekan dan menindas parti-parti pembangkang.
Persoalannya, sampai bila kita mahu bersabar dan berterusan membiarkan
mereka melakukan apa sahaja untuk menghancurkan kita dan mengukuhkan
kekuasaan mereka ? Saya percaya jika keadaan seperti pada hari ini
berterusan sehingga 2004 nanti, kemenangan untuk membentuk kerajaan dengan
memenangi pilihanraya akan datang ibarat mimpi sang puteri sahaja. Dengan
segala kekuatan dan jentera kerajaan berpihak kepada regim Mahathir, adakah
mungkin kita dapat menawan Malaysia pada 2004? Saya amat pesimis untuk
mengandaikan kemenangan itu akan berpihak kepada kita, melainkan berlakunya
'keajaiban' dari langit. Sampai bila kita mahu berterusan membiarkan Mahathir meneruskan keganasannya
ke atas BA dan rakyat? Belum jelas dan nyatakah kekejaman dan kezaliman
diktator tersebut sehingga kita hanya mampu berputih mata sahaja? Sudahlah
polis kini menjadi terlebih hina dan keji dari anjing buruk kepala - kejam,
ganas, penipu, pembohong, pemutarbelit fakta palsu kepada rakyat, kaki
rasuah, kaki maksiat dan sejuta satu macam kejahatan makhluk bernama polis
Malaysia itu, maka kita masih lagi 'bersabar' terhadap semuanya.
Bukan tujuan saya untuk menaikkan semangat rakyat agar mengangkat senjata
dan buluh runcing melawan dan berperang dengan polis dan askar regim
Mahathir ini, tetapi selagi Mahathir berkuasa, selagi beliau hidup dan
selagi beliau menjadi Perdana Menteri, kegawatan dan nasib malang rakyat
negara ini amnya, PAS dan Anwar khasnya tidak akan berubah malah akan
semakin buruk dan parah. Oleh itu saya ingin menyeru kepada pucuk pimpinan
PAS, Keadilan dan PRM serta seluruh rakyat yang cintakan keamanan, inginkan
perubahan dan dahagakan keadilan agar melakukan tindakan konkrit secara
kolektif dengan melakukan solat hajat pemusnah meminta agar Allah
menjahannamkan Mahathir dan kerajaannya, mungkin dengan kematiannya ataupun
perbalahan sesama komponen parti di dalam BN itu sendiri yang membawa kepada
kehancurannya. Tentu anda semua masih ingat di awal pemecatan Anwar dulu, ramai rakyat yang
melakukan solat hajat selepas dicabar oleh Mahathir. Kesannya, Mahathir
diberitakan 'menggelupur' kepanasan sehingga terpaksa mendapatkan air
penawar dari seorang tokoh agama di negeri Kedah. Juga dikatakan yang Seri
Perdana ketika itu benar-benar 'berpuaka' untuk didiami. Saya cukup yakin
dengan cerita-cerita tersebut kerana bahana solat hajat yang dibuat oleh
rakyat itu amat ampuh. Pokoknya, setakat pada masa itu sahajakah doa dan
'senjata' yang kita mampu gunakan ke atasnya walhal kezaliman dan
kekejamannya tidak pernah surut selepas beliau pulih semula daripada bahana
solat hajat itu. Inilah sikap buruk dan pengecut kita yang patut dikikis sama sekali. Berdoa
dan meminta pertolongan cuma untuk ketika-ketika tertentu sahaja sedangkan
kemakbulan doa atau senjata ampuh kita itu telahpun menampakkan bekasnya
dahulu. Jika Nabi Musa a.s. berdoa selama 40 tahun untuk menghapuskan Firaun
Ramses, memadaikah kita cuma berdoa beberapa ketika sahaja untuk
menumbangkan Firaun Mahathir? Saya menyeru dan merayu kepada pucuk
pimpanan PAS dan BA, ketika saat genting begini, senjata sulit dan ampuh
untuk memusnahkan Firaun Mahathir seperti yang dibuat ketika di awal Anwar
dipecat dahulu wajar digunakan semula. Apakah kita mahu membiarkan Mahathir
berterusan melakukan tindakan ganas yang kita sendiri pun tidak dapat
menjangkakannya ? Apakah kita hanya akan bertindak apabila TG Nik Aziz
sendiri yang disumbat ke dalam ISA? Apakah kita akan bertindak hanya apabila
TG Hj Hadi Awang dilebamkan matanya oleh Norian Mai? Apakah kita akan
bangkit mengamuk apabila Ustaz Fadzil Noor dibogelkan di dalam lokap polis ?
(Maaf, ini adalah fakta dan realiti semasa dalam tahanan polis Malaysia).
Apakah kita ini sebenarnya hanya akan terantuk bila sudah tengadah ?
Oleh itu saya memohon agar kita semua melakukan semula solat hajat
besar-besaran di setiap masjid dan surau seperti mana di awal Anwar dipecat
dahulu - dengan hanya satu tujuan iaitu meminta agar Allah s.w.t.
memusnahkan Mahathir secepat mungkin agar terhentilah kezaliman dan
kejahatan di muka bumi Malaysia ini. Agar terhentilah penindasan dan
kedurjanaan ke atas mereka yang teraniaya dan tidak bersalah seperti Anwar
yang kian parah deritanya, Nik Adli yang teraniaya, Al-Maunah yang
disandiwarakan, Ezam dan kawan-kawannya yang terpenjara dan rakyat
seluruhnya yang dirompak dan diperkosa hak dan kebebasannya. Tiada gunanya
kita mengadu kepada Suhakam. Tiada faedahnya kita meminta bantuan Suhakam
sedang Suhakam sendiri hanya mempunyai lidah dan airliur sahaja. Lebih baik
kita berterusan mengadu terus kepada Allah s.w.t.
Saya percaya jika kita melakukan solat hajat di setiap masjid dan surau
secara berterusan, Mahathir si jahannam itu bukan sahaja akan kepanasan
malah akan memasuki liang lahadnya dengan cepat dan 'selamat'. Apakah pihak
polis yang kini menjadi alat kepada Syaitan durjana itu akan menangkap pula
orang yang bersolat hajat kerana berkumpul lebih dari 5 orang pada suatu
tempat dalam keadaan yang 'mencurigakan '? Apakah water canon dan FRU akan
digunakan juga untuk rakyat yang sedang solat hajat kerana dianggap
mengancam keselamatan negara dan kententeraman awam? Inilah masanya kita
membuktikan kepada dunia bahawa regim Mahathir ini sebenarnya terlebih
buruk, kejam dan zalim daripada Hitler dan Shah Iran dahulu.
Saya cukup yakin jika seperti hari inilah riak dan reaksi kita dalam
menghadapi kezaliman berterusan si keparat Mahathir itu, usahlah bercakap
tentang mimpi dan angan-anga menawan Malaysia pada 2004 nanti. Saya
mempunyai banyak sebab dan alasan untuk berkata begini. Bukan bermakna tidak
percayakan pucuk pimpinan tetapi untuk berdepan dengan jerung ganas di
lautan masakan cukup dengan menjerit meminta tolong semata-mata sedangkan di
kiri kanannya lautan luas tak bertepi manakala gerombolan jerung mengintai
menyeringai gigi!! Apakah kita masih lagi menaruh belas kasihan terhadap
manusia durjana yang berhati serigala itu maka dengan itu kita merasa
teragak-agak untuk memusnahkannya dengan senjata ampuh orang mukmin itu ?
Manusia Mahathir ini sebenarnya TIDAK HARUS sama sekali untuk terus
dibiarkan hidup hatta untuk tempoh setengah hari sekali pun!! Kekejaman apa
seterusnya bakal dilakukannya tidak dapat dijangkakan sama sekali. Hanya
'senjata mukmin' ini sahaja yang amat digeruni oleh diktator gila itu.
Dan mungkinkah hanya malaikat maut sahaja yang dapat mengajar makhluk ini
erti kemanusiaan? Salam kemaafan |