Laman Webantu KM2A1: 5234 File Size: 4.9 Kb * |
AG: Bila Pakaian Dalam Dan Kondom Ditemui Sekitar KLCC... By Roslan Bian 16/8/2001 6:20 pm Thu |
[Lihatlah apa yang terjadi kepada masyarakat melayu sekarang ini.
Dimanakah polis yang sudah ditambahkan gaji dan bilangan mereka itu?
Bukankah remaja ini berkumpul lebih dari bilangan yang dibolehkan?
Mengapa tidak dikirim polis untuk meleraikan mereka? Bagaimana pula dengan
pegawai jabatan ugama? Apakah mereka semua sudah serik kerana asyik
diganggu dan ditegur oleh pemimpin Umno? Sekarang siapa yang rugi sebenarnya?
- Editor] Bila Pakaian Dalam Dan Kondom Ditemui Sekitar KLCC...
Laporan Oleh : ROSLAN BIAN KUALA LUMPUR, Ahad 5 Ogos - Penemuan pakaian dalam wanita dan lelaki
serta kondom di sekitar kawasan taman sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
mendedahkan kepada umum bagaimana kawasan berkenaan kini menjadi tempat
remaja termasuk mereka di bawah umur melakukan perbuatan tidak senonoh.
Malah kawasan itu juga dipercayai menjadi medan kepada tiga kumpulan remaja
- Punk, Skin Head dan Hip Hop menjalankan aktiviti tidak bermoral, mengamalkan
ajaran bertentangan agama dan kerap bergaduh antara satu sama lain termasuk
menggunakan senjata tajam. Kegiatan bebas remaja lelaki dan gadis bawah umur itu dikesan setelah
pemantauan bersepadu oleh pemimpin Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,
Pemuda Umno Wilayah serta Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang pada setiap
hujung minggu sejak pertengahan Julai lalu.
Sekumpulan wartawan media cetak dan elektronik yang mengikuti gerakan
pemantauan awal pagi ini melihat sendiri beberapa helai pakaian dalam lelaki dan
seluar dalam wanita serta kondom yang di temui di sekitar taman KLCC
berhampiran sebuah hotel di situ. Lebih memeranjatkan lagi dua remaja anggota kumpulan Skin Head dan Hip Hop
mendedahkan bahawa kegiatan kumpulan terbabit sudah ketahap serius sehingga
ada yang terpengaruh ajaran memuja syaitan dan gerakan Nazi - Hitler.
Remaja anggota kumpulan Skin Head berusia lingkungan 17 tahun itu
mendedahkan bahawa kegiatan mereka yang bercirikan gerakan Nazi - Hitler itu
diketuai seorang lelaki lingkungan 30 an yang dikenali sebagai 'Sham 69' atau
'Papa Skin'. Lelaki terbabit dikatakan berasal dari Johor dan hampir setiap hujung minggu
akan ke kawasan KLCC bertemu anggota kumpulan lelaki Skin Head dan anggota
wanita yang dikenali Skin Girl. Exco Pergerakan Pemuda Umno Abdul Rauf Yusoh yang juga Ahli Sekretariat
Pemantauan dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Haidar Abdul Kadir yang
mengetuai operasi pemantauan pagi ini turut terperanjat dengan pendedahan
remaja terbabit. Sambil menganggap kegiatan seks bebas dan ajaran Punk, Skin Head dan Hip
Hop di sekitar KLCC sudah ditahap membimbangkan, Abdul Rauf yang juga Ketua
Pemuda Bukit Bintang berharap, sesuatu dapat dilakukan segera bagi menangani
gejala sosial terbabit. Di peringkat Pergerakan Pemuda katanya, persediaan terakhir untuk menubuhkan
Pasukan Sukarela Remaja sedang dilakukan dan orang ramai warga kota
dipelawa menyertai pasukan terbabit. Katanya, pasukan ini kelak akan terbabit program pencegahan dengan memantau
kegiatan remaja tidak bermoral di pusat-pusat hiburan termasuk KLCC, mendekati
golongan berkenaan, mengumpul maklumat strategik dan kaji selidik.
"Bagi memastikan ianya berkesan, sukarelawan ini akan diberi bimbingan dan
pengetahuan untuk melaksanakan tugas-tugas berkenaan melalui kerjasama
Jabatan Polis, Jabatan Agama, Jabatan Kebajikan Massyarakat serta pihak
berkuasa tempatan," katanya kepada media selepas sesi pemantauan jam 1 pagi
tadi. Abdul Rauf berkata, pada peringkat awal ini, kawasan sekitar KLCC akan diberi
tumpuan kerana maklumat awal mendapati antara 100 hingga 300 remaja lelaki
dan perempuan melepak, menghisap ganja, bercumbuan dan melakukan
hubungan seks di kawasan terbabit pada tengah malam terutama hujung minggu.
"Sebahagian gadis terbabit adalah mereka di bawah umur 15 tahun yang lari dari
rumah malah ada yang memilih beberapa tempat tersorok di sekitar hotel
berhampiran KLCC sebagai tempat tinggal. Ini terbukti dengan penemuan pakaian
dan beg mereka," katanya. Katanya, walaupun ada pemantauan oleh pasukan keselamatan KLCC dan hotel
berkenaan, tetapi aktiviti remaja terbabit sudah ke tahap serius malah ada yang
mengancam mencederakan pengawal keselamatan di situ yang menegur kegiatan
mereka. Beliau berharap orang ramai yang berminat menyertai pasukan sukarela itu
menghubungi Biro Amal dan Aduan Pergerakan Permuda Wilayah Persekutuan di
talian 03 - 26922442 untuk mendaftar diri sebagai anggota pasukan dan dapat
bersama dengan pergerakan pemuda mencegah kegiatan remaja untuk mengelak
lahirnya generasi bobrok pada masa depan yang boleh menghancurkan negara.
|