Laman Webantu KM2A1: 5237 File Size: 8.2 Kb * |
Cucuku 'Blue' Juga....... By Dahlia 16/8/2001 8:29 pm Thu |
JENAYAH REMAJA BIDANG TUGAS SIAPA?
Terasa amat tersentak bila membaca pelbagai kisah jenayah yang
melibatkan remaja terpampang di dada akhbar setiap hari, malah
menjadi tajuk utama berita di kaca TV. Ini menunjukkan ada sesuatu
yang tidak kena kepada masyarakat hari ini. Ia sudah sakit dari
peringkat awal (remaja) akibat lekanya pihak berkuasa mengawasi
mereka. Kerajaan lebih berminat mengawasi aktiviti pembangkang
yang kununnya mengancam keselamatan negara sedangkan pembangkang
tidak perlu melakukan keganasan untuk menang. Bukankah itu yang
berlaku di Terengganu dan Kelantan?. Seperti biasa setiap masalah tidak cuba diselesaikan mengikut
cara yang sepatutnya. Banyak keputusan dan tindakkan diambil
setelah wawancara selamba - bukannya melalui kesepakatan kata.
Mulalah ditemuramah menteri dan tokoh-tokoh masyarakat (kununnya)
... maka berderetlah pula pendapat yang menerpa, padahal isu ini
milik satu kementerian sahaja. Sepatutnya yang susah-susah bekerja
bukannya wartawan tetapi menteri yang berkenaan. Cuba teka siapa?
Yang lucunya PM merungut cucunya yang masih kecil lagi sudah didedahkan
dengan pelbagai kisah yang tidak senonoh dan gambar yang lucah. Padahal
selama ini, selama dua puloh tahun dialah sahaja yang memerintah. Tidakkah
itu menunjukkan dia sudah gagal untuk membentuk rakyat negara ini? Itu satu
kegagalan yang amat besar sehingga cucunya sendiri pun terdedah.
Bukankah beliau sendiri yang memberi ilustrasi lucah (kununnya) perilaku
Anwar itu keseluruh negara? Patutlah Adnan MB Pahang menyampuk dengan isyarat
yang serupa. Soalnya di sini perlu sangatkah ditunjuk aksi-aksi itu semua? Tidakkah itu
akan menyebabkan anak-anak kecil kebingungan dan bertanya kepada ibu dan bapa?
Sudah lumrah anak-anak ini untuk mencari jawapan sehingga semua terjebak
dalam kekusutan. Yang peliknya PM dan Adnan tidak pula dituduh di bawah Seksyen 21 Akta
Kesalahan-kesalahan Kecil sebagaimana yang berlaku terhadap En Alias Md Din
di Sg Buloh pada hari sambutan ulangtahun Anwar. Padahal perbuatan mereka
berdua lebih tercela dan lebih jauh tersebar merata.
Sebagai doktor Mahathir sepatutnya mencegah sebelum semuanya itu bermula
bukannya membaiki setelah teruk terkena. Sekarang barulah sibuk menuding
jari dan cuba menutup apa yang telah dibukanya sendiri bertahun-tahun
lamanya. Kita tidak hairan cucu PM pun 'blue' juga kerana anak PM yang seorang itu
bergiat memberi ceramah mengenai hubungan 'seks yang selamat' secara terbuka
di mana-mana. Malah beliau aktif memberi kondom secara percuma. Tetapi
hubungan seks luar nikah tidakpun berkurang melainkan bertambah pula.
Malah ia semakin teruk sehingga pelajar sekolah turut terlibat dengannya.
Sepatutnya yang diberi ialah kain tudung percuma kerana itulah tuntutan ugama.
Lagipun tudung bukan sekadar menutup kepala sahaja, malah ia menutup mata
yang gatal kerana disitulah segalanya bermula. Tidakkah maksiat itu bermula
dengan pandangan pertama si mata durjana?
Hamid Othman mengatakan Malaysia sudah memenuhi kriteria 'negara Islam'.
Ehm.. inilah negara Islam yang menjadi hos ratu cantik dunia satu ketika dulu
dan beria-ria menaja sukan komanwel siap dengan sukan separuh bogel jimnastik
dan renang. Oh ingat 'melayu mudah lupa' semua, bukankah Mahathir, PM 'negara
Islam' ini sanggup datang memberi sokongan moral kepada ahli jimnastik wanita
negara - sekaligus memberi peluang kepada mamat-mamat di kaca tv menjamu mata
yang gatal dengan percuma. Alahai Mahathir, kalau anakmu beri kondom percuma, matamu gatal juga,
manalah cucumu itu tidak 'blue' juga......
Malaysia adalah negara yang tidak memelihara pandangan mata. Bagaimana
jenayah akibat mata itu tidak berleluasa. Hampir setiap hari akhbar dan
TV menyiarkan iklan menguruskan badan dan filem yang menjolok mata.
Oh Ya! Melayu mudah lupa jangan lupa PM pernah berkata 'dalam lagi
penting' oleh itu tidak bertudung pun tidak mengapa kerana yang bertudung pun
melakukan maksiat juga. Konsep ini jauh bertentangan dengan konsep yang
tertera dalam ugama. Islam memberi fokus kepada faktor luar dan dalam
kerana kedua-duanya menentukan akhlak manusia.
Sebenarnya kunci masalah ini ialah mata manusia. Inilah yang diberi fokus oleh
Islam kerana banyak maksiat bermula daripada pandangan mata. Bagaimana hati
di dalam akan menjadi mulia jika asyik dijamu dengan pandangan yang menggoda?
Yang membentuk hati itu adalah deria manusia di mana mata dan telinga menjadi
input dan penentu sihat atau sakitnya hati manusia. Seks berlaku kerana mata
yang merangsang nafsu yang bergelora. FAKTOR LUAR VS FAKTOR DALAM Lucu juga! Sesekali mereka merungut tentang perilaku remaja
yang terlibat dalam kes-kes Juvana, jenayah berat. Misalnya
kes seorang pelajar yang dirogol dan dibunuh di Melaka.
Maka, pak-pak menteri siap buat analisis, salah sana salah
sini. Berbuih-buih mulut bercakap ketika ditemuramah.
Keluarlah teori-teori canggih utk mengurangkan gejala sosial
yang bukan sekali diperkatakan, tapi sudah naik meluat
mendengarnya. Tetapi sekadar bercakap utk publisiti, lepas
itu?? Gasaklah!! Apa nak jadi pada rakyat, pada jenerasi muda,
itu tak penting lagi. Yang penting ialah kerajaan BN tetap
berkuasa! Realitinya banyak kes yang mengerikan itu berlaku di negeri
yang kuat umnonya - lebih-lebih lagi Melaka dan di ibu kota.
Inilah tempat di mana begitu banyak pusat melancung dan hiburan
dibina mengila-gila yang tentunya menarik minat remaja juga
yang diburu nafsu dan perasaan yang membara. Kerajaan sendiri
seolah-olah begitu seronok menyediakan pelbagai prasarana yang
boleh menjerumus para pelajar atau jenerasi muda ke kancah
jenayah dan budaya yang kuning. Walaupun guru-guru dan kaum
ibu bapa beria-ia menjaga perilaku dan disiplin anak-anak di
rumah dan di sekolah, faktor luaran lebih kuat mengganggu.
Kemudahan mendapatkan video lucah begitu mudah. Pusat-pusat
hiburan tumbuh begitu melata dan tidak terkawal. Konsert-konsert
hiburan dan program-program yang menghayalkan begitu banyak
dihidangkan kepada remaja tetapi ceramah ugama dipenjarakan pula.
Itu belum lagi bercakap pasal program di TV. Iklan jualan langsung
di kaca TV cukup teruk. Contohnya iklan menguruskan badan yang
menunjukkan bahagian sulit wanita termasuk mendedahkan peha,
sebahagian payudara dan susuk tubuhbadan yang menggiurkan. Apakah
yang kerajaan buat? Adakah kerajaan bising? Tidak seekor pun menteri
bersuara. Begitu juga dengan filem-filem yang disukai oleh kanak-kanak
yang memaparkan pakaian pelakon yang separoh bogel. Heroin (seperti
Xena) dll yang berpakaian menjolok mata. Pakaian seksi wanita di kolam
mandi, di pusat pelacuran atau hiburan, itu semuanya bahan kepada
santapan diri remaja yang merupakan antara faktor utama menyebabkan
remaja tertarik@terdorong melakukan perbuatan-perbuatan tidak
senonoh, atau mencuba sesuatu yang menjadi hayalan dalam minda mereka.
Sesuatu yang boleh mendorong mereka menjadi perogol.
Di bandar-bandar besar terutamanya di KL, pusat-pusat hiburan dan
disco bersepah dan tidak ada kawalan. Pelajar sekolah menengah rendah
pun bisa saja menjadi pelacur, atau menjadi GRO. Apakah tindakkan yang
sudah dilakukan oleh Wanita umno atau Puteri umno? Gajah di depan mata
tak nampak, kuman di seberang laut, bukan main lagi dijadikan isu besar!
Itulah sifat manusia hipokrit yang ada dalam umno dan kerajaan BN.
Tiada siapa yang mengendahkan pesta-pesta maksiat-arak, pelacuran dan
separa pelacuran berlaku setiap malam di sekitar KL. (kalau adapun,
golongan ini akan dianggap anti-establishment). Tetapi jika mahu diadakan
ceramah agama dan majlis-majlis ilmu terus sahaja dihalang dan ditentang!
Ulamak dan tokoh-tokoh agama terus dipersalahkan.
Masih adakah rakyat yang ingin bertuankan golongan (manusia) penipu dan
hipokrit ini? |