Laman Webantu KM2A1: 5244 File Size: 15.6 Kb * |
MBD: Kos KLCC Yang Sebenar Mencecah 10 Bilion By Pengunjung Mesjid KLCC 17/8/2001 7:49 pm Fri |
[Kita siarkan kembali satu rencana lama mengenai KLCC yang
pernah menggemparkan alam siber reformasi satu ketika dulu.
Rencana ini cukup popular sehingga ia dipaparkan di banyak
laman seperti: http://doimoi.tsx.org Projek KLCC adalah antara penipuan TERBESAR Mahathir selepas
penipuan terhadap Anwar. Petronas sudah jauh menyimpang dari
matlamat asal penubuhannya. Mahathir berbelanja mega sedangkan
rezab minyak negara cuma tinggal 15 tahun sahaja. Ini bermakna
ia akan lenyap sebelum tahun 2020 menjelang tiba. Yang menariknya
Anwar dikenakan penjara selama ini juga....
- Editor] Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek
KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan
bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas
lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar 'Harakah' dalam satu
keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8
bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC
keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka
sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan
pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah,
sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-
Sungguhpun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc
(99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu
kepada Dato'Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM
pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau
dilaporkan telah menjawab lebihkurang seperti berikut, 'Petronas adalah
seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya
tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa'.
Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi,
Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu
kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu).
Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu
tidak boleh bertahan lama. Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun
membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan
bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian
bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat dibeberapa
bangunan di sekitar bandaraya KL. Satu bidang tanah itu terletak
dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama
'Prince Court', dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council
diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza.
Lagi pun, pihak Pengurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu
mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak
termasuk dalam senarai perniagaan asas ('core business') syarikat,
apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang
disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain,
dimana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana.
Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa
mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan 'core
business' Petronas. Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah
Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang
digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari
pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.
Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama
KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah
syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi
(saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan
adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.
Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari
Petronas, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman;
ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.
4.1 KOS TANAH: RM 900 JUTA Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari
syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA,
walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan
harga lebihkurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar
syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat, serta
faedah keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa
ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400
JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada
Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas
didesakkan meluluskannya dengan resmi, lengkap dengan kertas
cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi
Petronas dari projek KLCC itu, Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping
cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA
KRISHNAN sendiri, yang datang ke Dayabumi dengan seorang pegawainya
untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden
Petronas tidak ada dalam negeri.. Kos bangunan tertinggi didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah
RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan
alat-alat disebelah dalam, yang menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION
lagi. Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi
oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh
SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.
Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah
ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri,
malah dipaksa membeli 'workstation' dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang
dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti
Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah
'workstation', dan memandangkan ada lebihkurang 5,000 kakitangan
Petronas diMenara Satu, maka kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50
JUTA. Dari segi mutu, harga ini dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya.
Selain daripada 'workstation', bilik pengurus -pengurus dilengkapi
dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada
Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar
pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan
Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (ma'af, saya tidak ada maklumat
tepat). Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai
perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita
mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI RM 200 JUTA, terutama
sekali kalau diambil kira perabut untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS
UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll.
Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini, saya tidak tahu, tetapi
dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang Petronas telah terpaksa
membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni
Dr Mahathir Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86
Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilapurkan
menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.. Tak cukupkah yang mewah diPutra
Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar
lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah
1.85 juta kakipersegi.(kpsg) Di Menara Satu, hampir tiap-tiap aras
dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang
berharga RM 70-90 tiap satu kpsg (sungguh terkejut manusia apabila
mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan
permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai
lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa
syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu
anak syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa
kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKANNYA MASIH
KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!! DiAras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUB, yang
amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta ringgit
(dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).
Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk
merekabentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua
pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi
akhirnya diganti dengan pokok tempatan.
Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun,
kos penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !!
Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang
biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing
digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai
RM5 JUTA !!. Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk
alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan
lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.
Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur
berikut:-
Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang
perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat
kepada bangunan-bangunan dan infrastuktur.
Ini menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan
berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum
siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang
pejabat mereka di Dayabumi itu. Hasilnya ramai dari mereka mengalami
banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif
dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu
jam setengah!! Mereka terpaksa bekerja dalam keadaan bising dan
berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan
dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti
kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan
minum. Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat
dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar
denda. Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam
kontrak-kontrak ini. Jadi apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu
jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal
maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.
Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan
kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat
banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar.
Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas
dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju
mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu
luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.
Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara
Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji
ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta
perbetulkan jika silap.) Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri di Semenanjung ini
tidak sampai ketahap ini !! 1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion.
Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang
berjumlah RM30 bilion. 2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40
buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah,
atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus
mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.
Dari fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek
mewah dan mega ini ialah untuk menfa'atkan sukusakat dan kroni Dr
Mahathir. Untuk mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan
kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk
memashhorkan negara dan menarik pelancung. Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik
pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup
untuk 'ecotourism', kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini -
kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengalaman yang
berlainan dari kehidupan mereka harian dicelah bangunan
tinggi-tinggi? Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan,
kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata
tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem
pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian
pondok informasi yang cukup - lihat keadaan di Amsterdam mithalnya??).
Dan satu cara paling berkesan memashhorkan negara ialah dengan
wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan
kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi
rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan
keselamatan yang cekap dan bersih!! Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa
yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju
dari sekarang. Wallahu a'lam. Pengunjung Mesjid KLCC
|