Laman Webantu KM2A1: 5258 File Size: 3.0 Kb * |
TAG SP 256: The Sun - Hutan Simpan Menjadi Projek Perumahan By P. Wijan 20/8/2001 6:44 pm Mon |
[Sepatutnya Pengarah BPR memberi jawapan 'kami akan siasat' bukannya
'tidak ada komen' dalam isu ini. Apa yang berlaku menunjukkan semua projek
ini dijalankan tanpa mengikut prosedur. Tidak sukar untuk menyiasat kerana
semua kelulusan jabatan berkenaan mesti ada surat rasminya. Jika tiada
hitam putih itu bermakna ada yang tidak kena. MB tidak boleh boleh melakukan
seikut suka tanpa kajian atau prosedur terlebih dahulu. Lagipun Jabatan
Perhutanan dan Hidupan Liar dan Alam Sekitar sudah ujud ketika itu.
Soalnya sekarang apakah jabatan kerajaan terbabit diberitahu terlebih dahulu?
Pegawai kerajaan kerapkali terpaksa berdiam kerana 'arahan dari atas'. Kalau
beginilah cara BN memerintah tiada jaminan lebih banyak hutan tidak akan
diratah... Ogos 19, 2001 (Artikel asal ada di 'The Sun on Sunday', muka depan dan ms 14-15).
(Wildlife Reserve In Cheras Makes Way For Housing)
Oleh: P. Wijan Hanya dengan menggunakan dakwat pena, kerajaan Selangor telah menukar-taraf satu
kawasan hutan simpan di Cheras, menjadi kawasan perumahan pada 1992.
Sembilan tahun selepas kesilapan itu, bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib
mempertahankan tindakan itu dengan berkata bahawa keputusan itu dilaksanakan oleh
keseluruhan Majlis Exco Negeri. Lagipun, tidak ada seorang ketua jabatan kerajaan yang
membantahnya. Sekitar 305 hektar dari keseluruhan 575 hektar hutan simpan di Bukit Sungai Putih
yang merupakan kawasan lindungan haiwan telah diluputkan penggezetannya dan tanah itu
diserahkan kepada 15 syarikat yang berbeza untuk pembangunan.
Muhammad berkata keputusan itu adalah tindakan bersama oleh 15 ahli exco. Seandainya
seorang yang bangun membantau, kelulusan sudah pasti di tarik-balik.
'Takkan semua buta mata,' kata beliau. 'Malahan ketua jabatan tidak memberitahu kami
bahwa kawasan itu ialah kawasan simpan untuk lindungan haiwan liar.'
Empat tahun selepas menerima tanah dan segala kayu kayan habis ditebang, beberapa
syarikat itu telah menjadikan kawasan konsessi mereka kawasan lapang. Rintihan
rakyat telah mendesak BPR membuat siasatan wujudnya kepincangan, namun sehingga kini
mereka masih diam membisu dengan hasil siasatan itu.
Pengarah BPR, Datuk Zulkipli Mat Nor ketika ditanya perkara ini minggu lalu, hanya mampu
berkata: 'Saya tidak mahu buat komen. Tidak ada komen.....'
Rakyat yang perihatin dengan keadaan alam sekitar sudah lama mahukan projek ini
dihentikan, kerja-kerja membangunkan kawasan terus brejalan dengan giatnya. Sembilan
tahun sudah berlalu, ramai yang kehairanan bagaimana perkara semacam ini boleh berlaku.
Terjemahan: SPAR-M-J29 |