Laman Webantu KM2A1: 5275 File Size: 8.9 Kb * |
TJ SP MGG: Jenayah dan Polis By M.G.G. Pillai 22/8/2001 7:36 pm Wed |
[Institusi polis sudahpun rosak sebab itulah jenayah kini
sudah semakin merebak. Gaji yang tidak memadai dengan kerja
menyebabkan mereka enggan berkhidmat sebaiknya dan kerapkali
menjadi seorang yang dipenuhi perasaan geram dan tegang.
Tidak hairanlah ramai yang terjebak dalam penyelewengan
atau mengganas bukan-bukan seperi yang dilapurkan oleh Suhakam.
Sepatutnya kerajaan memberi ganjaran atau komisyen kepada polis
untuk SETIAP kes (atau saman?) yang diselesaikan. Ini akan
menambah minat dan perangsang kepada mereka untuk berkhidmat.
Jika tidak mereka akan lebih berkhidmat kepada penyangak....
- Editor] (Crime and Police) Oleh: M.G.G. Pillai Seorang doktor yang sudah berusia sedang memandu sebuah kereta BWM
bersama isteri di sisi, tiba-tiba menjadi kaget apabila dihimpit oleh
sebuah Mercedes Benz, yang mengasak agar BMW itu berhenti.
Doktor itu berjaya melarikan keretanya dan cuba medapatkan bantuan
jirannya seorang menteri kabinet yang sudah pasti mempunyai seorang
anggota polis mengawal perkarangan rumahnya. Doktor itu telah membelok
masuk rumah jirannya sambil isterinya menjerit dengan kuat meminta
pertolongan. Pengawal polis yang bertugas tidak membuat sebarang
tindakan, sambil melihat salah seorang perompak keluar daripada Mercedez
untuk meragut tas tangan wanita tua itu dengan selamba. Menteri yang
mendengar hingar-bangar itu menekan punat isyarat kecemasan, tetapi
sudah terlambat. Seorang bekas menteri kabinet, pernah bercerita bagaimana anak lelakinya
kerap mengambil pistol kepunyaan polis pengawal apabila pengawal itu
terlelap ketika bertugas, namun tidak pula pengawal itu menggelabah bila
mendapati senjatanya itu sudah tiada. Pengabaian tugas adalah perkara
biasa di kalangan pengawal yang bertugas di kediaman para menteri.
Kalau itu sahaja yang berlaku, tidak mengapalah. Kini, tidak ada sesiapa
yang mengharapkan polis akan bertindak cepat setiap kali keadaan
menghendakinya. Pernahkah anda mengalami kemalangan? Anda terpaksa bermukim di balai
polis, hanya untuk diberitahu bahawa polis tidak boleh berbuat apa-apa
selagi orang yang turut terbabit dengan kemalangan anda itu tidak
membuat laporan polis. Laporan anda itu adalah mengikut syarat
undang-undang dan menjadi tugas anda untuk dikemukakan kepada syarikat
insuran yang menangani kereta milik anda. Peraturan yang menghendaki
anda membuat laporan polis selepas berlakunya kemalangan itu, sudahpun
terabai. Jenayah Yang Tidak Diselesaikan
Akan tetapi, semua itu adalah perkara kecilan sahaja. Yang menakutkan
kita ialah pencapaian polis dalam menyelesaikan kes jenayah. Seorang
gadis telah dibunuh dengan kejamnya tidak jauh daripada ibupejabat
polis. Kes itu telah lama dilupakan. Ia menjadi satu jenayah yang
tidakpun diselesaikan. Namun, tiba-tiba muncul pula satu organisasi
ala-Taliban, yang lebih menakutkan dan lebih garang dan dahsyat daripada
kumpulan yang sebelumnya. Dapat pula polis menyiasatnya dan membabitkan
kumpulan itu kepada beberapa pembunuhan yang dahsyat dan jenayah yang
serius dan lebih hebat. Tetapi, tidak pula ada sesiapa yang didakwa di
mahkamah. Nampaknya, keselamatan rakyat marhaen sudah menjadi satu tandatanya yang
semakin menakutkan. Dalam masa dua minggu yang lalu, sekumpulan perompak
masuk menceroboh sebuah rumah dan mengikat si suami dan mencabul
kehormatan si isteri di depan matanya. Dalam satu kes lagi, seorang anak
perempuan berusia 10 tahun telah dicabul di hadapan ibu bapanya.
Seorang penduduk di kawasan berlakunya insiden pertama tadi, telah
bertindak melaporkan di balai polis akan wujudnya beberapa pendatang
asing di kawasan perumahannya. Mereka ini daripada Indonesia semuanya
dan menjadi jirannya yang baru. Polis menjawab, oleh kerana tidak ada
jenayah yang mereka lakukan, pihak polis tidak boleh mengambil sebarang
tindakan. Saya telah menasihatkannya mengambil ingatan nombor anggota polis yang
terbabit dan menyatakan namanya dalam surat aduan dengan sekeping
salinan kepada Ketua Polis Negara serta Menteri Halehwal Dalam Negeri.
Polis tidak boleh menolak sesuatu aduan. Lagipun, ada undang-undang yang
menghukum dengan berat sebarang aduan palsu. Beberapa tahun dulu, pihak
polis enggan menerima aduan saya, tetapi berlembut apabila saya
maklumkan bahawa perkara itu akan saya laporkan kepada Menteri Halehwal
Dalam Negeri, bernama Dr. Mahathir Mohamad, seandainya mereka
menolaknya. Rakyat marhaen pada masa kini sudah takut dengan pihak polis. Sekitar
tahun 50-an dan 60-an, adalah menjadi kebiasaan kepada pemilik rumah
melaporkan kepada balai polis setiap kali mereka tidak ada di rumah,
untuk ke tempat lain. Kerana itu ada pegawai polis yang datang menjenguk
rumah itu agar tidak dimasuki orang. Tetapi, kalau perkara ini dibuat
sekarang bererti anda menjemput nahas dan bencana. Rakyat marhaen sudah
semakin menjauhkan diri dari pihak polis, sebaik mungkin. Mereka sudah
tidak dianggap kumpulan yang boleh dibuat kawan.
Jenayah sudah berleluasa di Lembah Kelang, dan begitu juga di seluruh
negara. Apa yang tersiar dalam akhbar hanya merupakan contoh sahaja. Ada
bukti yang menunjukkan kebanyakan jenayah ini dilaksanakan oleh pekerja
Indonesia, sama ada yang datang dengan izin ataupun sebaliknya. Kumpulan
bajingan ini semakin galak mengganas dan turut mencabul wanita pula.
Tetapi, bukan sahaja kumpulan daripada Indonesia yang terlibat. Terdapat
pendatang Bangladesh, kebanyakannya pendatang haram yang menambahkan
masalah ini. Sikap polis yang dingin dalam menangani masalah ini
menjadikan perkara itu semakin berat.
Menakutkan Para Pengkritik Akan tetapi, apabila ketua pemuda UMNO, ataupun presiden MCA ataupun MIC
membuat laporan polis yang selalunya untuk menakutkan para pengkritik
mereka, polispun bertindak dengan serta merta. Apabila Ketua Polis
Negara menghenyak timbalan perdana menteri yang baru ditangkap dan
dipecat dulu, dan berbohong pula akan perkara itu, sudah tentu pegawai
bawahannya berbuat gelagat begitu juga dengan sesiapa yang mereka
tahan. Tanyalah mereka yang pernah ditahan di bawah ISA apakah mereka pernah
dihenyak oleh polis. Untuk rakaman, mereka akan menafikannya, tetapi
secara peribadi mereka akan mengakuinya. Tidak ada siapapun yang percaya
dia tidak akan diapa-apakan apabila ditahan oleh polis, walaupun bukan
di bawah ISA. Operasi pembenterasan jualan video porno, mengikut ceritanya, adalah
bertujuan menghenyak pengedar baru yang cuba mencabar keutuhan pengedar
yang sedia ada, agar mereka tidak menyesakkan ruang jualan di tepi
jalan. Betapa ia telah menjejaskan pengedaran video politik, adalah
sesuatu yang belum dapat dipastikan. Bolehlah dijangkakan, apabila
pencabar baru itu sudah tertekan dan terhumban, pihak polis tidak akan
berminat lagi dengan penjualan VCD, porno, rakaman ceramah politik, baik
yang asli dan yang dicetak-rompak. Bukanlah bersalahan kalau seseorang itu tersilap dalam persepsinya dan
anggapannya, kalau ramai orang yang mempercayainya, kebenarannya itu
sudah tidak menjadi persoalan lagi. Itulah sebabnya martabat kerajaan
jatuh terhenyak sebelum ia bertindak membuat pengakuan betapa seorang
ketua polis negara telah menghenyak dan melebamkan mata seorang bekas
timbalan perdana menteri yang baru sahaja dipecat jawatannya. Itulah
yang terjadi kepada Anwar Ibrahim pada 1998 (dan dia pukul dengan
ganasnya itu ketika kedua tangannya digari dan matanya ditutup rapi -
penterjemah). Walau bagaimanapun kita perhatikan perkara ini, pihak polis sudah tidak
mengambil sikap berkecuali lagi. Seandainya rakyat biasa mempunyai
masalah dengan wakil rakyatnya terutama sekali mereka daripada BN,
sehingga mencetuskan perbalahan, dia tidak boleh mengharapkan polis
berkecuali dalam hal itu, dan mendakwa wakil rakyat tersebut seandainya
beliau bersalah. Mereka tidak akan melaksanakan siasatan, lainlah pihak
atasan mahu menjadikan kes itu sebagai satu contoh dan mengaibkan wakil
rakyat itu. Satu ketika dulu, polis merupakan perisai terhadap jenayah dan tekanan
politik. Kini, tidak ada yang sedia dikorbankannya untuk menjadi
perisai itu. Inilah satu lagi tanda betapa jentera kerajaan sudah
mereput tanpa boleh diubati. Inilah yang tidak boleh diperbaiki selagi
kerajaan sendiri tidak ketentuan mahu meneruskan khidmatnya ataupun
merelakan diri untuk pergi, (ataupun menunggu bila kena cabut lari).
Terjemahan: SPAR-01-?? Asal: KM2 5273: MGG: Crime and The Police |