Laman Webantu KM2A1: 5278 File Size: 6.1 Kb * |
TJ SP MGG: Cara Membeli Komputer Peribadi Dengan Perisian Yang Dicuri By M.G.G. Pillai 22/8/2001 8:27 pm Wed |
[Kalaulah kerajaan betul-betul serius mahu menangani
kes cetak rompak IT sudah lama kedai perisian ciplak di
Imbi Plaza itu tidak ujud. Petugas perlu hadir setiap hari
di Imbi, bukannya sekali sekala yang tentunya mudah diagak
bila (melalui akhbar atau orang dalam yang dibayar lumayan).
Yang BSA ini pula satu hal - banyak kes berakhir dengan perisian
tulen dibeli dan 'janji tak buat lagi'...
Jika kerajaan betul-betul ingin melindungi pengguna, ia
seharusnya merencana dengan teliti skim membeli melalui KWSP.
Bukannya terngadah bila ada yang terkena - yang tentunya
mengaibkan kerajaan juga. (How To Buy A Personal Computer With Pirated Software)
Oleh: M.G.G. Pillai Sesiapa yang menggunakan wang simpanan di KWSP untuk membeli
komputer peribadi terpaksa menunggu tidak menentu untuk
menerimanya Sementara itu kos pembelian dipotong dulu dari
akaun caruman untuk dikirimkan kepada orang tengah, sebuah
syarikat bernama OdaSaja, yang semestinya mempunyai kaitan
rapat dengan pihak yang berkuasa dalam negara. Komputer itu
akan diserahkan kepada pembeli beberapa bulan lamanya, itu pun
kalau terlaksana. Kini, Kementerian Perdagangan tempatan dan
hal ehwal pengguna mengumumkan betapa komputer peribadi yang
dibekalkan itu mengandungi perisian yang tidak sah. Para
pembekal komputer, seperti yang diberitahu, telah menipu para
pembelinya. Kita juga diberitahu bahawa 'penjenayah', begitulah
perkataan yang gemar digunakan oleh orang kerajaan, tidak boleh
melarikan diri dan kementerian 'tidak akan teragak-agak
mendakwa mereka'. Nampaknya yang dikatakan 'mengejutkan' itu
adalah perkara yang memang sudah pun mengejutkan. Timbalan
perdana menteri pernah menyebut angka 100,000 buah PC peribadi
yang masih belum diserahkan walau pun pesanan sudah dibuat
berbulan-bulan dulu. Perkara semacam ini memang sudah lama dijangkakan: rencana itu
memang berbentuk setengah masak dan tidak direncana dengan baik,
seperti juga pelbagai rancangan yang dilakar oleh pihak
kerajaan. Ia memberi ruang kepada para kroni, pak pacak, dan
suku-sakat orang atasan mengaut keuntungan daripada projek
yang diperuntukkan kepada rakyat marhaen. Inilah yang
membuatkan rakyat marhaen menjadi kumpulan yang sentiasa rugi,
apa juga yang direncana oleh kerajaan ini. Tentu anda sedar
kini, betapa komputer yang serupa dapat dibeli di kedai yang
sama dengan harga yang lebih murah lagi Cubalah lawati beberapa
pengedar yang tersenarai sebagai pembekal KWSP. Pada satu hari
saya telah melakukannya dan mendapati tidak satu pun syarikat
itu yang mempunyai perisian tulen. Mereka hanya memiliki
Microsoft Windows. Kementerian kerap bersuara lantang, selalunya
kerana dicuit oleh dalang, mengenai perisian cetak rompak,
selalunya apabila diminta oleh sejenis haiwan yang tamak
haloba yang bernama 'Business Software Alliance' dan beberapa
klonnya. Apakah kerajaan serius membanteras perisian yang
dicetak-rompak. No! Kerana itu perniagaan seperti di bangunan
Imbi Plaza tidak akan wujud. Gelagat kerajaan ini adalah
laksana mengacahkan pedang ke arah para lanun, menakutkan
mereka agar tidak menyamun. Kerajaan telah pun mendapatkan
injunksi terhadap beberapa peniaga di Imbi Plaza, tetapi
kebanyakkan mereka sudah pun berpindah di bangunan sebelah.
Perniagaan mereka semakin mewah. Kita tunggulah apakah
kementerian akan menghenyak mereka pula. Kalau dilakukan,
bukannya untuk membanteras kerja-kerja lanun itu. Apa pun,
memang tumpuan dipusatkan kepada bahan porno dan video politik.
Perisian yang dicetak rompak, adalah termasuk dalam kategori
yang lain. Peniaga di Imbi Plaza menerima tindakan serbuan
terhadap mereka sebagai risiko perniagaan yang perlu
dihadapi. Tindakan kerajaan selama ini bukannya menghapuskan lanun
cetak-rompak perisian, mahu pun merubah perangai manusia
membeli yang dikatakan 'tulen' dan 'asli'. Apatah lagi setelah
komputer yang dibeli secara rasmi melalui kerajaan yang dengan
rasminya mengumumkan segala perisian yang ada bersama
pembelian itu adalah barangan palsu. Apabila tidak ada sesiapa
yang peduli, dan mahu ambil-tahu, tidak ada perubahan yang boleh
berlaku. Pihak penguatkuasaan boleh melalak dengan segala
ugutannya. Semua itu adalah kenyataan hasrat bertindak
sesuatu yang tidak akan terlaksana . Jadi, kenapakah saya
tidak hairan diberikan layanan haprak seandainya membeli
komputer melalui KWSP? Seperti orang lain yang tidak berfikir
mengenainya? Apa pun saya mesti menjangkakan menerima sebuah
komputer yang diisi dengan perisian Windows. Yang lain itu
adalah perkara yang sama, tanpa ada perubahannya.
The Business Software Alliance perlu menambah kakitangannya
sebanyak 50 kali ganda seandainya ia serius mahu membasmi
lanun cetak rompak. Semua petugas itu mesti diiringi oleh
pengawal bersenjata untuk menjaga keselamatan mereka. Tetapi,
lebih berminat menangkap segelintir pengguna perisian
cetak-rompak dan memaksa mereka membeli yang aslinya, selepas
itu mereka boleh bergoyang kaki dan melapangkan dada. Jika
tidak, tentulah BSA menyerbu Imbi Plaza dan tapak perniagaan
seperti itu setiap hari di setiap negeri. Tentu sudah banyak
mayat orang yang dibunuh terapung-apung dalam sungai, tidak
semestinya di Malaysia sahaja. Hakikat ini tidak mahu diperakui
oleh kerajaan, apa lagi oleh BSA. Jadi, kenapakah kita mesti
disarankan menggunakan perisian yang asli? Apakah yang
dilakukan oleh kementerian berkenaan mengenai muslihat
terbaru berkaitan dengan skandal perisian tiruan ini?
M.G.G.Pillai Terjemahan: SPAR-01-?? Asal: KM2 5268: MGG How To Buy A Personal Computer With Pirated Software |