Laman Webantu KM2A1: 5280 File Size: 8.0 Kb * |
Merdeka, Bendera Malaysia dan dot dot dot By Dahlia 23/8/2001 3:08 am Thu |
[Tentu ada sebabnya Mahathir begitu banyak menukar nama benda
dan amat suka aktiviti memecahkan rekod dunia. Bukankah itu yang
pernah dilakukan oleh Firaun zaman dahulu kala? Dengan mengawal
media dan yang penting sekali, kementerian pendidikkan golongan
pelajar dinegara ini akan terputar minda mereka. Kesannya Mahathir
dan zuriatnya akan disanjung dan diagungi sepanjang masa. Sudah
20 tahun Mahathir berkuasa - bukankah ramai yang kecil dulu itu
sudah besar kini dan boleh mengundi belaka? Adalah sukar untuk
membaiki minda anak bangsa yang sudah diputar sejak dari mula.
Dengan tindakkan yang keras terhadap guru yang berani menyindir
terhadap pihak berkuasa nampak jelas Mahathir tidak mahu programnya
terjejas. Tidak hairanlah ramai guru yang menyintai keadilan
tersepit dalam dilema kerana tiada apa yang hendak dibanggakan
dengan kemerdekaan jika sekadar menegur pun dianggap satu kesalahan.
- Editor] Apabila saya membaca artikel Marhaintua tentang mengibarkan
bendera Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan Negara ke-44, saya
turut dapat merasakan keresahan sebahagian besar rakyat Malaysia,
terutama di KL. Oleh kerana saya adalah sebahagian daripada masyarakat
KL yang saban hari melihat suasana@fenomena yang berlaku di depan
mata sendiri, saya turut merasakan perasaan serba-salah tersebut.
KE MANA RIBUAN BENDERA YANG DIEDARKAN?
Misalnya kelmarin, ketika saya ke rumah keluarga di Ampang Jaya, ketika
hujan lebat dan banyak kenderaan terkandas di jalanraya sepanjang jalan,
di kedua-dua hala samada dari KL ke Ampang, KL ke Ulu Kelang dan
sebaliknya, dan saya melihat antara ratusan dan ribuan kenderaan tersebut,
hanya beberapa buah kenderaan sahaja yang mengibarkan bendera
Malaysia (maafkan saya, sehingga kini, saya tidak pernah sebut Jalur
Gemilang seperti juga ramai di kalangan rakan saya yang tidak suka
menyebut JG - dan kami mempunyai alasan yang sama). Alasannya tidak
lain dan tidak bukan spt kata seorang Ketua Pengarah (di Jabatan
Kerajaan) bahawa kalau boleh, semua benda kat Malaysia ni Mahathir nak
bubuh nama baru, supaya buku-buku sejarah catit nama beliau sorang saja
yang ada kaitan dengan tempat@lambang kebanggaan negara.
Berbalik kepada kibaran bendera tadi, saya sempat memerhatikan
nombor-nombor kenderaan berkenaan, dan ada 7 buah kenderaan yang
mengibarkan bendera di kereta mereka (atau kereta syarikat@Jabatan?)
antara 1-2 jam observation tersebut. Van Telekom, Kereta FAMA, kereta
Proton Saga merah bernombor NAA ****, WFM 408* (proton putih), sebuah
Van yang agak uzur (angkat kayu dan besi) dan dua buah Teksi Wilayah.
Mulanya nak juga saya tulis nombor plat berkenaan, tapi, tak payahlah!
Pelik juga, seorang menteri mendakwa bahawa ratus ribuan bendera telah
disediakan dengan percuma dan telah diedarkan. Sambutan sungguh
menggalakkan kerana bendera-bendera tersebut sudahpun kehabisan dan
perlu disediakan lagi untuk menampung kekurangan di seluruh negara.
Hahaha... kelakar betul pak-pak menteri Mahathir ni. Tak cukup dengan
Mahathirnya yang suka buat lawak pandir, berjangkit plak kat anak
buahnya. Yelah... kalau dah cikgu kencing berdiri, anak murid apatah
lagi laaahhh.... tak dapat nak bayangkan!
SAMBUTAN KEMERDEKAAN - seperti tiada makna.
Semalam, saya ke rumah emak saudara saya , beliau memberitau bahawa
sebagai seorang guru (kanan), beliau juga berasa serba-salah kerana
tertekan dengan perasaan antara sayangkan negara dengan perasaan
bencikan kepimpinan Mahathir. Sebagai seorang guru, pasti beliau ingin
memberitau ke semua anak-anak muridnya agar menghayati dan menyintai
negara, sekaligus memberi penghargaan atas sambutan kemerdekaan
negara. Justeru, beliau ingin sekolah dihiasi bendera dan para pelajar dapat
merasai kehangatan sambutan tersebut. Tapi kata beliau, perasaan sayang
dan benci silih-berganti yang kadangkala membuatnya rasa resah, ada
ketikanya rasa sedih. Beliau berkata kepada saya, "alangkah baiknya kalau
Malaysia ini dipimpin oleh seorang pemimpin yang ikhlas menyayangi
negara dan rakyatnya. Bukan sekadar menunjuk-nunjuk sayangkan negaranya
kepada rakyat sedangkan sebenarnya mereka lebih sayangkan hasil mahsul
dan kekayaan negara semata-mata". Lembutnya ucapan beliau tetapi tegas.
Ketika itu, matanya tidak berkelip, tetapi raut mukanya menunjukkan
perasaan keresahan yang sudah lama. Saya terdiam seketika. Dalam hati saya, kalau saya tak silap, maknanya
beliau mengatakan bahawa :
Betul? Atau saya yang silap buat andaian. Sayangnya, analisis begini tidak
memerlukan teori khusus seperti digunakan dalam mathematics. Kalau tidak,
jawapannya sudah lama menjadi mudah. SEJARAH YANG HILANG Saya masih bersama emak saudara saya, beliau melihat ke arah satu
gambar lama , gambar Allahyarham Tunku yang sedang mengangkat tangan
ke atas ketika menyambut hari kemerdekaan negara pada 1957. Gambar itu
walaupun hitam putih, tetapi masih kemas di gantung di family-hall rumah
itu. Saya mengkagumi emak saudara saya kerana beliau sangat teliti dalam
soal sejarah negara, dalam soal-soal yang dilihat remeh, tetapi penting.
Walaupun beliau bukan ahli sejarah, jauh sekali seorang kelulusan sejarah
atau guru sejarah, tetapi beliau sangat faham dan teliti. Sebab itulah
beliau mengatakan bahawa beliau sungguh resah untuk meraikan dan
mengibarkan bendera Malaysia setelah apa yang berlaku dalam negara
beberapa tahun kebelakangan ini. Kedut-kedut di dahi emak saudara saya tidak terus hilang, beliau menarik
nafas panjang, perlahan-lahan. Seperti tidak mau menghembusnya terus.
Beliau menyambung, " bilalah Mahathir berundur ya? Kenapa lambat
sangat?". Beliau seperti bertanya soalan itu pada saya. Saya terperanjat.
Tak mungkin beliau perlukan jawapan dari saya. Beliau jauh lebih
berpengalaman dan berpengetahuan dalam soal-soal sejarah dan
perundangan negara. Beliau bangun dan meninggalkan saya dengan
persoalan yang tidak ada jawapan. Atau, beliau sengaja membiarkan saya
mencari jawapannya? OH ANWAR! oh EZAM! oh... REFORMASI!
Hari ini, ketika saya memandu di awal pagi di lalauan Dataran Merdeka di
hadapan Mahkamah Tinggi (di mana saya pernah beberapa kali berada di
sana bersama ribuan para pendokong reformasi tahun lepas dan tahun
sebelumnya), saya terdengar-dengar suara Anwar Ibrahim yang melaungkan
reformasi beberapa kali. Tersentak betul saya. Saya seperti ternampak
lambaian beliau ke arah saya dan rakan-rakan ketika beliau menaiki trak
polis yang membawa tubuhnya ke penjara! Tangannya ke atas, sambil
tersenyum mulutnya seperti berkata, " KALAU TAKUT RISIKO, JANGAN
BERCAKAP SOAL PERJUANGAN". Airmata saya mengalir tanpa disedari. Saya mengesatnya ketika menjawab
panggilan teman dari utara yang bercuti di rumah hari ini. Teman saya pasti
tidak tau apa yang bermain di fikiran saya, beliau juga pasti tidak tau
isi hati saya yang penuh keresahan, sepertinya resahnya seseorang yang
menanti kematian seorang penjenayah negara!
Tertanya-tanya sendiri.... ke manakah perginya laungan keramat itu kini?
Adakah hilang perginya bersama Anwar dan Ezam? Huh.... tak taulah!
REFORMASI! ALLAHU-AKBAR!! Wassalam |