Laman Webantu KM2A1: 5283 File Size: 15.5 Kb * |
Dari Afghanistan Ke Bolecistan By CDB 23/8/2001 10:04 am Thu |
[Apabila kerajaan terlalu galak mengembar-gemburkan isu KMM
tentulah ada muslihat di situ. Soalnya mengapa perlu diperbesarkan
sedangkan belum dibuktikan terlebih dahulu. Ini adalah satu kesalahan
di sisi undang-undang kerana mengaibkan orang tanpa dibicarakan dulu.
Lagipun jika benar anggota KMM itu mahu menjatuhkan kerajaan dengan
cara militan - itu masih tidak salah di sisi Islam kerana dia cuma
berniat sahaja. Bukankah ini ada dalam al Quran? Mengapa Malaysia yang mengaku negara
Islam tidak memakai al Quran? Takkan ketua polis negara yang sudah pergi
haji itu masih belum habis mengaji lagi? Selagi tidak ada perbuatan
ataupun catatan yang meyakinkan, seseorang itu tidak boleh dihukum
sebarangan. Sampai sekarang kerajaan tidakpun membicarakan mereka
yang terbabit kerana semuanya berdasarkan 'niat' sahaja.... jika
tidak sudah lama mereka yang terbabit ini dibicarakan sahaja.
Niat itu bukan soal mahluk tapi soal tuhan. Kerajaan sekarang sudah
berlagak seperti tuhan... Pada mulanya saya dah malas nak meneruskan untuk menulis tajuk ini.
Maklumlah, negara kita kini dah terlalu kerap sangat menjadi pentas
sandiwara. Negara ini kini seolah-olah sebuah pentas besar yang begitu kerap
sekali membuat pementasan teater dan sandiwaranya, apatah lagi semenjak
pengarah teater tersebut beralih lokasinya ke Putrajaya dari Jalan Dato' Onn
dulu. Tetapi apabila diminta oleh seorang Serikandi Reformasi kita supaya
saya meneruskan topik ini untuk renungan dan tenungan rakyat, maka
terpaksalah saya meneruskan coretan minda saya untuk kesekian kalinya di
laman-laman reformasi ini. Pada saya, rentetan kejadian demi kejadian yang berlaku semenjak tahun-tahun
kebelakangan ini tidak lebih dari pementasan sebuah teater agung yang
diarahkan oleh seorang pengarah hebat semata-mata untuk meraih sokongan dan
mengalih perhatian semata-mata. Dan entah kenapa pula, semenjak tahun-tahun
kebelakangan ini juga, apa jua yang muncul di 'pentas' itu akan dianggap
sebagai 'teater' atau ' sandiwara' sahaja oleh majoriti rakyat. Dah
berjangkit dan terkena sindrom 'sandiwara' agaknya rakyat Malaysia sekarang
ini. Dah tertanam dalam minda mereka semua yang berlaku adalah 'sandiwara'
yang dipentaskan. Pelikkan? Tapi itulah kenyataannya.
Selepas episod Al-Maunah yang menonjolkan kehebatan Jeneral Zaini sebagai
hero utamanya, manakala Mohd Amin sebagai 'crooknya', rakyat dah semacam
mangli dengan beberapa drama panas yang muncul selepas itu. Kalaupun mungkin
kejadian yang berlaku itu betul sebahagianya atau sepenuhnya, maka
mentaliti rakyat tetap akan menganggap ianya 'pementasan teater'
semata-mata. Parah sekali sebuah kerajaan yang telah hilang sama sekali
integriti dan kredibilitinya. Tambah memburukkan keadaan ialah apabila
'pelakon-pelakon tambahan' yang bernama polis seolah-olah 'over acting'
dalam memainkan peranannnya sehinggakan 'penonton' naik jelak dan menyampah
! Episod 'pelancar roket' dan 'grenade' Ezam yang masih belum dijumpai
sehingga kini meskipun sudah lebih 5 bulan 'rusuhan ganas' di Bandaraya KL
meletus semakin menyerlahkan lagi kebebalan 'pelakon pembantu utama' yang
bernama Norian Mai itu, sekali gus memadamkan terus kepercayaan rakyat
terhadap kewibawaannya selaku Ketua Polis Negara.
Dan terkini, bagaikan ledakan bom-bom yang digugurkan oleh pesawat-pesawat
tentera Russia di Afgahanistan dalam tahun 1979 dahulu, tiba-tiba negara
digemparkan oleh Norian Mai dengan apa yang dinamakan sebagai ancaman
Kumpulan Mujahidin Malaysia atau ringkasnya KMM. Semasa mula-mula muncul di
'layar perak', ianya dinamakan KMM. Apabila mendapati sambutan penonton
kurang memberangsangkan, pengarah teater telah mengarahkan Norian
menukarkan tajuknya menjadi KMMM. Makin banyak pulak 'Mnya'. Lenyap
seketika KMM, sebaliknya gempar pula dengan KMMM yang 'kununnya' sangat
militan dan berbahaya. MasyaAllah, orang Islam apa nama jadahnya Norian Mai
ni apabila tidak segan silu menamakan ahli-ahli KMM tersebut sebagai
'pengganas'. Apa bezanya Norian dengan Ariel Sharon yang memanggil pejuang
Palestine itu sebagai 'pengganas'? Berhubung dengan apa yang dikatakan sebagai ancaman KMMM ini, saya amat
tertarik dengan pendedahan yang 'tidak disedari' oleh Berita Minggu pada 19
Ogos lepas mengenai biodata seorang anggota Mujahiddin tersebut, iaitu Sdr
Zulkifli @ Musa Abdul Hir yang menjadi buruan Norian Mai semenjak minggu
lepas itu. Apabila membaca artikel tersebut saya merasa cukup bangga dan
syukur kepada Allah s.w.t kerana rupa-rupanya di zaman moden ini, di zaman
ledakan teknologi maklumat ini dan di zaman dunia di mana anak-anak mudanya
begitu asyik maksyuk dengan dunia hiburan dan berpoya-poya, rupa-rupanya
masih ada di antara kita yang begitu kental semangat jihad dan kecintaannya
terhadapa Allah dan RasulNya. Saya memetik kembali tulisan tersebut untuk
pembaca menilainya kembali manusia yang digelar oleh Norian Mai sebagai
'pengganas' itu. 'Zulkifli minat jadi pejuang sejak kecil (BM:19 Ogos 2001) Saya percaya isu KMMM ini hanyalah suatu momokan yang sengaja dipentaskan
secara 'gempar' untuk mencetuskan suasana dan perasaan cemas di kalangan
rakyat dan menimbulkan elemen ketakutan terhadap PAS selepas propaganda isu
negara Islam gagal lagi untuk memesongkan kiblat rakyat dari berpaling
sokongan terhadap BA. Kegagalan teater 'Al-Maunah' untuk meraih simpati
rakyat membenci PAS tidak mematahkan semangat sang pengarah untuk terus
berkarya menghasilkan teater-teater lebih hangat dan mendebarkan
semata-mata untuk melahirkan sentimen kebencian dan ketakutan terhadap
perjuangan PAS. Berkebetulan imej pejuang-pejuang Mujahidin tersebut seiras dengan
ahli-ahli PAS dan sudah semestinya mereka akan menyokong perjuangan PAS,
maka polis telah dipaksa untuk menggali semula kubur yang telah terbenam
hampir lebih 15 tahun dahulu untuk mem bolehkan justifikasi relevan dengan
senario politik semasa PAS dalam menghadapi fitnah UMNO. Walhal, benar
seperti kata Dato' Kamaruddin Jaafar, ahli Parlimen Tumpat bahawa kerajaan
dan UMNO sendiri yang telah mengiktiraf perjuangan Mujahidin Afghanistan dan
membuka pejabat perwakilannya di Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Malah
Gulbudin Hekmatyar pernah datang ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan
perkembangan terkini perjuangan Mujahidin di Afghanistan. Dan kini, kenapa
tiba-tiba isu kumpulan mujahidin ini muncul bagai halilintar membelah bumi?
Kalau pun benar anggotanya (KMM) pernah berjuang di Afghanistan, kerajaan
sepatutnya memberikan pujian dan penghargaan terhadap jasa-jasa dan
perngorbanan mereka membantu sesama Islam, sama seperti kerajaan menyokong
dan mengiktiraf perwakilan Mujahidin di bawah Hekmatyar dahulu. Nampak
sangat zalim dan kejamnya kerajaan Mahathir ini kerana akan sanggup berbuat
apa sahaja untuk memastikan survival kuasa dan politiknya tidak terancam
sekalipun terpaksa membunuh orang yang mungkin pernah menolongnya suatu
ketika dahulu. Dalam banyak hal yang telah berlaku sebelum ini, tahap kepercayaan umum
terhadap kerajaan Mahathir hampir menyamai zero. Dalam keadaan hilang wibawa
di kalangan rakyat ini dan dalam usaha untuk terus memberikan tekanan
terhadap pembangkang, sang diktator biasanya akan mencari isu-isu gempar
yang menggerunkan supaya rakyat akan berfikir seribu kali untuk menyokong
pembangkang. Dengan manipulasi berita yang disiarkan secara menggila oleh
media cetak dan elektronik, Mahathir cuba memainkan psikologi rakyat akan
bahayanya menyokong PAS. Buktinya? Pendedahan mengenai apa yang dikatakan
ancaman KMMM mungkin diharapkan dapat menyakinkan rakyat bahawa PAS
sebenarnya menuju ke arah perjuangan yang ekstrim dan mencetuskan keganasan
untuk mencapai cita-cita politiknya.
Kegagalan menghidupkan semula isu Amanat Hj Hadi, pengharaman nama Islam
pada nama parti, Al-Maunah yang mahu dikaitkan dengan PAS dan terkini KMMM
yang cuba digambarkan penglibatan PAS baik secara langsung mahupun tak
langsung, menunjukkan bahawa kerajaan Mahathir akan berbuat apa sahaja untuk
menjamin survival kuasanya. Kalau benda yang tak ada pun boleh
diada-adakan (peluru 500 biji 'milik' Dato Nalla), apatah lagi benda yang
dah pun sedia wujud, seperti anggota Mujahidin itu. Maka lagilah senang
untuk memanipulasikannya. Mungkin salah satu tugas utama polis Cawangan
Khas ialah mencari dan mereka-reka bukti untuk mensabitkan tuduhan
terhadapa kesalahan yang tidak pernah pun dilakukan oleh yang dituduh. Maka
dalam kes KMMM ini, apakah tidak mustahil untuk pihak polis 'menghidupkan'
semula anggota-anggotaa KMM itu demi menjayakan watak-watak dan lakonan yang
dikehendaki oleh sang pengarah? Kalau Amanat Hj Hadi yang dah berkubur 20
tahun pun mampu diberi 'nafas baru' oleh sang pengarah, apakah tidak mungkin
isu KMM ini tidak dapat disegarkan kembali dengan lebih sensasi dan
mendebarkan ? Komunis Rusia di Afghanistan dah berkubur, USSR dah lenyap dari peta dunia,
Gulbudin Hekmatyar dah hilang entah ke mana, tiba-tiba pejuang Mujahidin
yang dah berbelas tahun kembali dari medan perang di Afghanistan itu muncul
di Kuala Lumpur lebih 15 tahun kemudian untuk mengebom dan merompak bank?
Apakah tidak mungkin pihak SB yang menyamar atau mereka yang diupah oleh
polis atau sang pengarah sendiri melakonkan semua watak yang penting ini ?
Kalau afidavit Dato Nalla yang direka-reka oleh Musa Hassan itu pun boleh
menghiasi semuka penuh akhbar-akhbar perdana, masakan tidak mungkin isu KMM
ini dapat menghiasi ruang muka yang sama sejak seminggu dua ini?
Samada KMM atau KMMM benar-benar wujud atau hanya cerita dongeng sang
pengarah semata-mata, hanya Allah s.w.t. dan Norian Mai sahaja yang tahu,
tetapi percubaan untuk mengaitkannya dengan PAS dan BA semata-mata untuk
meraih sokongan rakyat merupakan suatu kesalahan yang tidak harus dimaafkan
sama sekali. Dengan peranan akhbar yang boleh dimanipulasikan sesuka hati,
dengan pihak polis berpihak secara nyata kepada regim yang zalim itu, apakah
tidak mungkin isu KMMM dan anggota-anggotanya itu merupakan sebahagian lagi
rentak tari dan drama hebat terkini yang cuba dipentaskan secara sensasi
demi meraih simpati? Namun, di negara serba boleh ini, segala-galanya
adalah mungkin. Dari Bukit Jenalek ke Amanat Hj Hadi, kini singgah sebentar
di Afghanistan. Inilah istimewanya negara 'Bolehcistan' acuan si Maha Haprak
yang makin terdesak itu !! |