Laman Webantu KM2A1: 5294 File Size: 18.0 Kb * |
MMMM: B3B - Kebangkitan Reformasi Di Malaysia By Marhain Tua 24/8/2001 8:37 pm Fri |
[Ancaman militan sengaja digembar-gemburkan oleh Mahathir untuk
mencemarkan PAS, pergerakkan reformasi dan menangkap sesiapa sahaja
sesuka hati. Ia tidak ubah seperti tindakkan British merencanakan
beberapa muslihat dan kempen tersusun untuk terus menapak dan menjajah
negara ini. Seminggu lagi 31 Ogos akan muncul kembali tetapi kebebasan dan hak kita
semakin terkikis pula. Sebaliknya polis yang lebih bebas di negara ini
sehingga boleh mengganas sesuka hati... merdeka apakah semua ini?
- Editor] Bab 3B: Kebangkitan Reformasi Di Malaysia
Taktik British Menyerang Komunis Di Hutan
Dalam menyerang komunis di hutan belantara, askar British hanya dikerah di
satu kawasan yang sudah dimasuki oleh askar Melayu dan Gurkha dan askar Fiji
sahaja. Tugas askar British adalah berbentuk 'sweeping operation' yakni
pembersihan kalau-kalau ada saki-baki komunis di tempat itu. Namun yang
digunakan (sweeping) memang canggih. Sebenarnya itulah operasi yang paling
selamat, kerana setiap pasukan askar British didahului satu pasukan pengesan
yang merupakan orang asli ataupun Iban ketika itu. Malahan ada kalanya askar
kulit putih itu hanya masuk beberapa rantai dalam rimba dan mencari anak
sungai untuk merendamkan badan beberapa jam dengan pakaian mereka, sambil
keselamatan dijaga oleh askar pengesan (jungle tracker). Kerana itu, tidak
ramai askar British yang terkorban dalam pertempuran bersenjata. Tetapi gaji
yang mereka terima adalah tiga puluh kali ganda daripada gaji askar Melayu
dan sepuluh kali ganda daripada askar Gurkha. Demikianlah layanan British
kepada askar Melayu yang telah menunjukkan kesetiaannya ketika
mempertahankan Bukit Chandu di Singapura ketika British undur diserang
tentera Jepun. Sudah menjadi amalan penjajah hingga ke hari ini, membayar gaji kepada
askarnya sendiri di rantau orang hanya untuk dibelanjakan di negara itu
dengan tujuan menggerakkan ekonomi jajahannya. Apabila askar British
membelanjakan gaji mereka dulu, di manakah mereka berbelanja kalau bukan di
kedai Cina dan India? Kalau adapun askar British yang bersimpati dengan
pekedai Melayu takkan mereka ke situ untuk menggunting rambut ataupun
membeli songkok dan kopiah? Lagipun kalau ada orang yang berdarah Melayu
yang gemar berniaga, mereka lebih selesa berniaga di 'pekan rabu' ataupun
'pekan minggu'. Selain makanan, kalau adapun barangan yang tercanggih ketika
itu hanya setakat belon dan ubat nyamuk sahaja.
Tetapi, kebanyakan serang hendap yang mengorbankan askar British dulu telah
dilaksanakan oleh komunis Cina, kerana mereka amat gemar menghuni pinggir
rimba dan tidak seperti komunis Melayu yang bergerak lebih jauh di pedalaman
hutan belantara. Ini bermakna, komunis Cina dulu menyimpan senapang, peluru
dan bom di pinggir rimba untuk mencetuskan ledakan senjata sebagai isyarat
sahaja. Dengan lain perkataan, kegiatan utama komunis Cina di waktu dulu
adalah bertujuan mendapatkan kemudahan mudah daripada penjajah British untuk
masyarakat Cina. Harus dirakamkan di sini, apa yang disebut sebagai komunis Malaya ketika itu
adalah saki-baki pasukan gerila anti-Jepun yang dibiayai oleh British dan
beroperasi dalam hutan ketika Jepun memerintah negara ini. Dengan lain
perkataan, Komunis Malaya merupakan rakan kongsi Kerajaan British yang cuba
menumbangkan penjajah Jepun sehinggalah Amerika menggugurkan bom atom di
Hisroshima dan Nagasaki yang membuatkan Jepun mengaku kalah.
Dengan kekalahan Jepun itu, British datang semula setelah memberi peluang
PKM (Parti Komunis Malaya) ataupun 'Bintang Tiga' bermaharajagila di Malaya.
Oleh kerana British enggan menerima kewujudan PKM, makanya bermulalah era
darurat pada 16 Jun 1948. Semua kelengkapan bersenjata PKM sebenarnya adalah
alat perang yang pernah dibekalkan oleh British.
Apabila masyarakat Cina dikumpulkan dalam susunan kehidupan yang selesa,
ekonomi merekapun membangun secara bersistem. Anak-anak mereka menerima
rawatan percuma ketika sakit dan yang bersekolah mendapat lampu yang cerah
untuk mentelaah pada waktu malam. Terdapat pula bantuan gereja yang
memberikan latihan percuma bermain alat-alat muzik. Mereka yang menganut
agama Kristian diberikan subsidi untuk belajar bukan sahaja di negara ini
malahan di luar negara apabila berkelayakan.
Apabila komunis 'di hutan' menyerang hendap askar British, sekali-sekala,
tidak pula ada nyawa yang terkorban, kecuali satu-dua peristiwa serangan
hendap pilihan seperti yang terjadi terhadap Henry Gurney. Itupun kerana
Henry Gurney keluar daripada kereta perisai untuk menunjukkan kepandaian
mengatur serangan balas. Dia fikir itu adalah serangan perang dunia kedua
satu ketika dulu. Kalaulah dia menetap dalam kereta perisai itu menunggukan
ketibaan pasukan bantuan, Henry Gurney mungkin berjaya terlepas daripada
bencana dan Gerald Templar mungkin tidak bertugas di Malaya.
British menggunakan propaganda memburukkan pengaruh komunis semata-mata
kerana mahu terus berkuasa di rantau ini. Sebenarnya, pengaruh komunis itu
tidakpun seberapa. Tetapi, apabila digembar-gemburkan, British berjaya
membawa masuk pelbagai pasukan ketenteraan daripada Britain dan segala
kawasan jajahannya seperti Fiji, Australia, New Zealand, India, Nepal
(Gurkha) dan sebagainya. Sekaligus, hasil mahsul Malaya digunakan sepenuhnya
oleh British untuk terus memperkayakan jajahan takluknya yang lain.
Pada waktu itu segala kelengkapan dan keperluan bekalan yang diperlukan di
Malaya merupakan urusan monopoli 'The Crown's Agent'. Inilah satu agen
pemasaran British yang mengaturkan siapa yang patut menjadi pembekal kepada
sesuatu barangan yang diperlukan. Agen ini menyalurkan pesanan mereka kepada
syarikat kepunyaan British seperti Sime Darby, Scott and English, Barlow
Boustead, Turner & Newal, dan banyak lagi. Pesanan barangan juga dibuat oleh
hampir semua tuanpunya ladang British ataupun yang mempunyai perkongsian
British seperti Socfin Ltd. (syarikat yang mula-mula membawa masuk benih
kelapa sawit dan menanamnya di Ladang Tanah Merah - Bukit Pelanduk -
Malaysia, dan tuanpunya syarikat perlombongan bijih di seluruh negara.
Sasaran pengekalan ketenteraman British ialah pusat pentadbiran di
ibunegeri, daerah dan perkampungan yang besar serta kawasan perladangan. Di
setiap bandar dan pekan yang besar, ketenteraman terjamin kerana di situlah
adanya ramai masyarakat berbilang kaum, terutama sekali orang Cina dan
India. Kalau ada orang Melayu di bandar dan pekan yang besar itu mereka
merupakan pekerja kerajaan dan pasukan keselamatan. Majoriti Melayu masih
berada di perkampungan yang jauh di pedalaman. Bayangkanlah satu ketika
selepas tercapainya kemerdekaan, Sungai Ramal dan Bangi yang kini menjadi
sebahagian Putrajaya hanya dihubungi oleh Bas (syarikat SUM) yang memberikan
perkhidmatan dua jam sekali setiap hala. Itupun pada waktu musim panas,
kalau musim hujan, memang tidak ada perkhidmatan basnya.
Ini juga bererti yang dikatakan jauh di pedalaman ialah disebabkan tidak ada
infrastruktur pengangkutan yang selesa ketika itu. Bandingkan dengan
kemudahan yang diberi kepada masyarakat Cina di khemah perkampungan dan
masyarakat India yang menetap di ladang-ladang dan lombong bijih kepunyaan
British. Agen pembekalan yang dimonopoli oleh Crown Agent adalah satu tipu muslihat
besar penjajah British. Tidak ada sesiapa yang menyoal mereka kenapa semua
bekalan mesti mereka lakukan. Tidak ada seorang raja yang berdecit ketika
itu menyanggah kerajaan British dan meminta mereka memberikan kerja-kerja
pembekalan kepada orang Melayu. British Crown Agent hanya mengurus secara monopoli setiap bentuk pembekalan.
Sebahagian besar bekalan dibuat oleh syarikat British yang berpangkalan di
negara ini. Syarikat British itu pula mempunyai kakitangannya daripada kaum
India (sama ada daripada India ataupun Sri Lanka) dan orang China. Ada juga
beberapa kerat orang Melayu yang mereka gunakan ketika itu - sebagai supir
(driver) dan peon (budak pejabat) sahaja. Oleh kerana tidak berapa ramai
orang Melayu yang bekerja di syarikat swasta pada masa itu, mereka disebut
dan dipanggil secara umum dengan nama 'Amat' sahaja. Itupun manusia jenis
ini mampu berlagak apabila pulang ke kampung kerana mereka lebih rapat
kepada British dan kaum lain, semestinya lebih celik daripada orang kampung
pada keseluruhannya. Tidak hairanlah kalau pada waktu itu ramai 'Amat' yang
memang amat teruk keorang-putihannya daripada penjajah British dulu-dulu.
Oleh kerana mereka lebih rapat dengan orang putih daripada warga istana,
seorang supir kepada Mat Salleh boleh berlagak semacam sultan juga apabila
dia pulang ke kampung. Contohnya ialah dengan membawa balik rokok dalam tin,
untuk berlagak. Sebenarnya tin rokok itu kebanyakknya adalah tin kosong
bekas digunakan oleh 'Tuan'nya.
Pentadbir negara yang sudah dikuasai sepenuhnya oleh British memang sungguh
berkesan kerana British bijak menggunakan pelbagai undang-undang dan kuasa
mahkamah. Sesiapa yang melanggar peraturan diheret ke mahkamah dan didakwa
serta dijatuhkan hukuman. Sesiapa yang culas membayar cukai mudah didakwa
kerana British mempunyai sistem kehakiman yang pantas. Ini hanya dapat
dilakukan dengan menggaji beberapa utusan mahkamah (court petition server)
yang juga merupakan satu sektor masyarakat Melayu yang tersendiri dan
berpengaruh sama tarafnya dengan penerjemah mahkamah satu ketika dulu. Hakim
dan majistret kebanyakannya adalah daripada kaum India (termasuk kaum
Benggali ataupun Punjabi). Pendakwaraya pula kebanyakannya adalah orang
India juga. Bayangkan apa senario seterusnya. Di manakah martabat Melayu
ketika itu, kerana kaum India, Cina dan orang putih mempunyai satu bahan
keserasian yang tidak dapat dikongsi oleh umat Islam - alkohol dan perempuan
penghibur. Di sinilah rancaknya konsep sogokan melalui hidangan makanan dan
minuman dan hidangan teman hiburan kepada orang putih yang kebanyakannya
bujang ketika berkhidmat di Malaya (dan Borneo) ketika itu. Sekaligus wakil
penjajah ini diasak dengan propaganda betapa orang Melayu adalah bangsa yang
malas dan tidak boleh diharap. 'Ajak minum dan bersantaipun orang Melayu
malas.....!!!' Mudah sangat propaganda orang bukan-Melayu ketika itu.
Lagak semacam ini turut berjangkit kepada askar Melayu dan pasukan
keselamatan kerana mereka kerap bercampur dengan askar British dan Komanwel
sambil dibekalkan makanan catuan dalam tin yang dimport daripada London.
Bayangkan, gula, beras, susu dan biskut makanan pasukan keselamaan kita di
hutan dibekalkan daripada London sedangkan semua itu boleh dibungkus di
negara ini. Kemewahan masyarakat Melayu kelas ini lebih menonjol dan lebih dinikmati
oleh orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan. Pada waktu British dulu,
sorang kerani besar Melayu adalah insan yang sama tarafnya kini dengan
seorang wakil rakyat. Begitu juga dengan Melayu yang berpangkat S.O.
(Settlement Officer = pegawai petempatan) hinggalah kepada DADO (Deputy
Assistant District Officer). Jawatan DADO adalah jawatan paling tinggi pada
waktu dulu kerana yang atas-atas itu semuanya dipegang oleh Mat Salleh,
tidak kiralah kalau dia berkelulusan haprak sahaja.
Apabila Tunku dan UMNO bertanding dalam pemilu yang pertama, golongan Melayu
yang pernah menjadi DADO, SO, kerani besar dan guru-guru merupakan calon
UMNO yang terbesar. Bayangkan apabila golongan 'Mat Salleh Celup menjadi
wakil rakyat Melayu'. Apakah mereka menghayati keperwiraan melayu di zaman
keagungan kesultanan Melayu purba? Kemewahan yang dinikmati oleh pentadbir British di negara orang adalah satu
nikmat yang mereka tidak dapat rasakan di negara dan perkampungan sendiri.
Pada waktu itu, ramai pentadbir dan pegawai British yang miskin sebenarnya
di kampung mereka. Ibu bapa mereka adalah petani sahaja dan mungkin tidak
mampu membeli arangbatu ataupun kayu api untuk menghangatkan badan mereka
pada musim sejuk. Ramai yang mampu hidup di persisiran pantai menggunakan
'overturned boat-house' (perahu besar yang ditelungkupkan sebagai rumah
kediaman. Ramai juga yang sudah kehilangan bapa kerana mereka terkorban
dalam Perang Dunia yang baru sahaja berakhir.
Dengan kemewahan yang dinikmati itu, apakah mereka bersedia menyatakan
Malaya dan Borneo boleh bebas daripada komunis? Kalau mereka berusaha
menghapuskan 'pengganas' komunis tentu mereka terpaksa pulang ke negara
asal. Habislah kenikmatan yang dirasa. Pada waktu itu kebanyakan pegawai
polis yang bertugas di setiap ibupejabat polis daerah adalah pegawai yang
dinaikkan pangkat setelah berjasa di London dengan pangkat Sarjan. Bayangkan
sarjan di London terus dinaikkan pangkat inspektor di Malaya, apakah
kepintaran mereka selain minum, minum dan berhibur diri dengan betina?
Dengan lain perkataan, mereka dinaikkan pangkat di sini dan diberikan
jawatan untuk berlagak laksana tuan besar yang lebih seronok dan hebat
daripada seorang undang luak ataupun sorang anak raja. Orang suruhan mereka
ketika itu adalah pegawai polis berpangkat sarjan yang dibawa masuk daripada
India dan Sri Lanka. Lagak kumpulan inipun bukan calang-calang lagi.
Maklumlah diimport daripada negara luar untuk melatih orang pribumi
bagaimana buat kerja kepolisan. Mahukah mereka ini mengusahakan agar
pengganas komunis dapat dibasmikan? Disebabkan kemewahan syurga dunia itu, makanya ada persekongkolan di pihak
British dan para peniaga besar-besar di Malaya dan Borneo untuk memomokkan
keadaan sebenar tahap keselamatan negara. Kalaulah betul-betul negara
terancam oleh komunis kenapakah British tidak membesarkan ketumbukan askar
Melayu? Kenapakah British membawa ramai askar Gurkha, Fiji, New Zealand,
Australia dan daripada United Kingdom? Oleh kerana orang Melayu lebih
bersedia menjadi askar dan polis daripada bekerja di ladang kepunyaan
Inggeris dan lombong-bijih, bukankah lebih menjimatkan membesarkan angkatan
bersenjata dalaman dengan mengambil orang Melayu untuk berkhidmat?
Sebaliknya British teruskan kempen mereka mengatakan ancaman komunis di
Malaya terlalu dahsyat sehinggakan lebih ramai angkatan bersenjata daripada
Komanwel yang terpaksa dibawa masuk. Sungguh licik British ketika itu dan
taktik ini sengaja disokong dan dibiarkan sahaja oleh warga istana Melayu.
Raja-raja di zaman itu terlalu berkhayal dengan keselesaan sehinggakan
mereka sendiri memikirkan keseronokannya. Lagipun kalau ada anak raja yang
menganggotai pasukan askar Melayu mereka berkhidmat sebagai pegawai sahaja
mengikut perintah dan arahan pegawai British juga. Tugas sebenar mereka
ialah minum-minum untuk mabuk-mabuk sahaja. Bukannya mereka menjejakkan kaki
dalam hutan belantara. Demikianlah berkesannya propaganda British itu terhadap rakyat Malaya dan
juga masyarakat Melayu sehinggakan semua orang percaya bulat-bulat. Tetapi,
masyarakat Cina tidak percaya sebulatnya kerana mereka mampu mengikuti
perkembangan negara luar melalui radio Peking, Taipeh dan BBC serta
Christian Science Monitor. Maklumat asing ini tidak diterima oleh orang
Melayu kerana orang Melayu tidak mampu membeli radio dan mendengarnya. Kalau
ada radiopun ketika itu pemiliknya adalah tok penghulu, imam-imam, guru-guru
ataupun mereka yang berharta dan mampu membelinya. Orang-orang kampung lebih
selesa mendengar siaran radio yang disalurkan melalui corong suara yang di
pasang di pangkal kelapa di halaman rumah penghulu kampung. Apa juga yang
disebut oleh juruhebah radio ketika itu, adalah berita yang dipercayai
seratus peratus oleh pendengarnya. Apatah lagi kalau sebulan sekali muncul
kereta wayang-gambar bergerak yang menyalurkan berita kerajaan.
Tetapi, bagaimana pula dengan masyarakat Cina? Kemudahan yang serba ada
membolehkan mereka berseronok di malam hari dengan lapangan 'basketball' dan
'volleyball' yang dibina oleh kerajaan British. Setiap perkampungan ada
kelab tarian singa dan kelab mempertahankan budaya Cina seperti, pancaragam
muzik tradisi dan kelab mempertahankan diri. Di siang hari mereka bekerja
dengan dikawal keselamatannya, di malam hari ketika bersantai mereka
diterangi oleh cahaya elektrik dan ketika tidur ada pula askar Melayu yang
mengawal perkampungan mereka. Bagaimana pula dengan orang Melayu di perkampungan? Selepas Isya' mereka
terus bergelap sahaja kerana mahu menjimatkan belanja dengan minyak lampu
yang ada. Pada waktu bulan mengambang barulah mereka bertandang ke rumah
orang Melayu yang mempunyai radio untuk berkongsi mendengarnya. Pada hari
Jumaat, mereka berbondong-bodong ke pekan bersolat Jumaat dan mendengar
khutbah. Sebulan sekali mereka berkumpul juga di surau dan masjid di malam
hari untuk mendengar syarahan agama oleh guru agama yang datang secara
bermusim. Oleh kerana kumpulan ulama' ketika itu mempunyai rangkaian maklumat
tersendiri melalui mereka yang pulang daripada Mekah (sama ada mengerjakan
haji ataupun umrah) kumpulan ulama? menjadi tempat penyebaran maklumat yang
sahih dan bertentangan dengan propaganda British yang songsang itu. Ramai
alim ulama yang kerap bersuara lantang menafikan propaganda British sehingga
mereka menjadi satu benteng ketahanan untuk menjaga martabat budaya Melayu
dan merupakan duri dalam daging institusi British yang mahu terus
menghamba-abdikan orang Melayu, termasuk warga istana.
|