Laman Webantu KM2A1: 5303 File Size: 8.1 Kb * |
TJ SP MGG: Nampaknya, Orang India Yang Dihormati Ialah Yang Sudah Mati By M.G.G. Pillai 25/8/2001 7:25 pm Sat |
[Sudah mati barulah mahu dihormati dan dikenang, tetapi ketika hidup,
Dato' K. Pathmanathan tidak pula disenangi oleh Samy Vellu. Seolah-olah
orang India hanya berguna bila sudah mati.....
- Editor] (The Only Good Indian, So It Seems, Is A Dead Indian)
Oleh: MGG Pillai Presiden MIC, dan menteri kerjaraya, Samy Vellu, tidak pernah puas
memusnahkan musuh politiknya, mendiang Dato' K. Pathmanathan ketika
beliau masih bernyawa. Pada Jun 9 yang lalu, Pathmanathan
menghembuskan nafasnya kali terakhir kerana penyakit buah pinggang,
tetapi Samy Vellu masih tidak mampu melakukan sesuatu sebagai tanda
kenangannya. Gelagat beliau menitiskan air mata di hari peringatan
mendiang memang satu perbuatan yang boleh dikira cemerlang. Kini dia
telah mengummkan tindakan kabinet mengabadikan satu batang jalan
kepada mendiang. Tindakan ini adalah rentetan tindakan yang serupa
ketika nama bekas ketua NUPW, P.P. Narayanan diabadikan kepada satu
batang jalan. Semua ini adalah satu gambaran apa sebenarnya yang ada
dalam pemikirannya. Orang India yang membuatkannya berasa bangga
adalah mereka yang sudah tidak bernyawa. Samy memang tidak pernah
menghormati para kroninya dan memang suka mengaibkan mereka.
Sesiapa yang berani bersuara menegur beliau adalah menjadi sasaran
bisanya. Mendiang Dato' Patmanathan merupakan sasaran Samy Velu
kerana dua sebab. Pertama, mendiang menjadi timbalan menteri bukan
kerana pilihan Samy Vellu, tetapi hasil pilihan Tun Abdul Razak.
Kedua, mendiang adalah seorang Malayalee. Seseorang Malayalee
mempunyai masa depan yang cerah dalam MIC seandainya dia sanggup
melupakan budayanya dan warisan kaumnya. Dato' Pathmanathan berjaya
mengekalkan dua unsur itu sambil terus menonjol kewibawaannya
disebabkan kebijaksanaan yang dimilikinya. Sepatutnya mendiang telah
dipilih untuk terus menyumbangkan pengalamannya dalam barisan majlis
tertinggi parti, sebaliknya mendiang telah dipinggirkan. Dia tidak
bersedia bersekongkol dengan pemimpin yang mahu berlagak sendirian,
sehingga menyumbang kepada keadaan MIC yang semakin mereput kini.
Kematian Dato' Pathmanathan telah membuatkan Samy Vellu berubah
sikap. Kematian itu dianggap sebagai satu kehilangan besar
masyarakat India, dan Samy Vellu tiba-tiba sedar akan kepincangan
dalam cara mendiang dihormati ketika hidupnya. Kerana itu nama
mendiang mahu diabadikan kepada sebatang jalan. Akan tetapi, Samy
Vellu pura-pura tidak tahu ketika mendiang sepatutnya dianugerahkan
darjat Tan Sri kerana darjat itu telah diengsotkan kepada seorang
pegawai tinggi di jabatan perdana menteri. Samy Vellu enggan
menyokong nama mendiang untuk sebarang anugerah bintang. Gelaran Tan
Sri itu merupakan cadangan yang DipertuanBesar Negeri Sembilan
ketika baginda menjadi yang Dipertuan Agong.
Masyarakat India, terutama sekali MIC, sengaja melupakan warganya
yang berkaliber. MIC membuat sokongan terhadap ahlinya agar menerima
gelaran dan bintang berdasarkan alasan politik, yang termasuk
kesetiaan membabi-buta dan pengabdian si polan kepada presiden
parti. Tentunya dia merelakan dirinya diampu oleh para pakpacak yang
sanggup merendahkan martabat diri mereka secara sambil lewa. Dua
minggu yang lalu, saya telah berada disebuah institusi pendidikan
kerajaan dan mendapat dengan penuh kehairanan, betapa ramai kaum
India yang menjadi ketua jabatan. Apabila saya sebutkan perkara itu
kepada seorang pegawai kanan MIC, dia terkejut dan enggan
mempercayainya. Namun, inilah warga India yang terus menegakkan
bendera kaumnya, dan bukannya pemimpin haprak yang berada di
keliling pinggang presiden MIC.
Fikiran sempit begini yang membolehkan orang India bergiat cergas
dalam politik dengan syarat mereka mestilah berupa kaum Tamil
daripada kumpulan yang satu ketika dulu dikenali sebagai 'Madras
Presidency'. Sesiapa yang mencabar presiden MIC seperti juga mereka
yang mahu mencabar presiden parti masing-masing termasuk mereka yang
mencabar perdana menteri dalam UMNO - seharusnya disingkirkan
daripada keahlian parti. Tetapai apabila mereka mati, barulah mereka
diambil kira untuk menerima penghormatan yang tinggi. Jadi, sebatang
jalan akan diberi nama Dato' Pathmanathan, yang sudah tentu
merupakan satu penghormatan yang paling tinggi pernah dibuat sejak
tiga puluh tahun yang lalu. Samy Vellu menganggap perkara ini
begitu penting sehinggakan Pathmanathan diberikan penghormatan
yang lebih tinggi daripada Tun Hussen Onn. Inilah perdana menteri
Malaysia yang ketiga yang masih tidak diambil kira untuk diabadikan
namanya kepada satu batang jalan walaupun satu dekad sudah berlalu
sejak kematiannya. Tun Hussein ataupun Dato' Pathmanathan memang
tidak mengharapakan sesuatu yang terhormat daripada dunia politik
seperti yang diceritakan ini. Cara mereka dihormati setelah mati,
satu dengan sengaja mengikut ragam manusia yang hidup dan satu lagi
dengan melupakan segala jasanya adalah tanda yang jelas akan
ketokohan mereka. Sahabat dan kawan-kawan Dato' Pathmanathan telah menganjurkan
kutipan derma untuk mengenang mendiang dengan melancarkan Maktab
Perubatan yang pernah beliau asaskan di Melaka. Samy Vellu pernah
menunjukkan reaksi yang dingin kepada projek itu kerana bersebab.
Kerana merasa tersinggung, Samy cuba betungkus-lumus melancarkan
satu maktab perubatan yang ditaja oleh MIC dulu. Kabinet telah
dipujuk untuk membantu usaha ini dan permintaannya telah diluluskan.
Mampukah dia meneruskan projek itu? Saya amat sangsi dengan usahanya.
Dia telah mendesak masyarakat India memberikan derma yang banyak
kepada projek tersebut. Tidak mungkin permintaannya dilayan oleh
masyarakat India kerana tidak ramai antara mereka yang sudah lupa
apa yang berlaku dalam skandal Maika. Besar kemungkinannya projek
ini pun akan kantul juga. Lagipun, hanya Samy Vellu yang mempunyai anggapan betapa masyarakat
India sudah maju. Dia tidak mengendahkan semua itu dan apabila dia
benar-benar membantu, hasilnya menyebabkan ribuan orang India yang
hampir muflis dalam hidup mereka. Samy tidak pernah mahu mendengar
nasihat orang seperti Dato' Pathmanatahan, malahan berusaha
menunjukkan bukti betapa orang seperti Pathmanatahan yang bersalah.
Ketika MIC melancarkan satu cabutan loteri dalam satu projek amal,
membabitkan dana pendidikan, pemenang cabutan loteri itu merupakan
pegawai-pegawai MIC. Ketika orang luar diminta menderma kepada Maika
Holdings, pengurusannya menyeleweng dengan teruknya sehinggakan kini
keseluruhan syarikat itu dimilikki oleh Samy Vellu.
Adalah bukannya satu kehairanan kalau Samy Vellu mahu mengenang jasa
Pathmanathan. Niat mengabdikan satu batang jalan kepada nama
seseorang adalah satu kerja yang serius. Dia membuat pengumuman itu,
mengikut kaedah biasa kerajaan selepas majlis pengenalan buku
'Mission Save Earth' yang telah ditulis oleh dua orang pengembara
daripada India. Tetapi adakah sebatang jalan yang diabadikan kepada
nama orang yang pernah memegang jawaan presiden MIC (Tan Sri V.
Manickevasagam) sebelumnya? Ada sebatang jalan yang mengingati
Senator Athi Nahappan, yang mati di satu majlis meraikan perlantikan
Samy sebagai seorang menteri kabinet. Adakah satu batang jalan yang
mengingati presiden pertama MIC, Mr. John Thivy? Jadi, kenapakah
segala hingar-bangar melibatkan mendiang Dato' Pathmanathan,
sedangkan dia sepatutnya diberi penghormatan yang lebih hebat lagi
ketika masih bernyawa? Terjemahan: SPAR-01-1451 Asal: KM2 5288 - The Only Good Indian, So It Seems, Is A Dead Indian |