Laman Webantu KM2A1: 5304 File Size: 6.1 Kb * |
TJ SP MGG: Meningkatnya Bilangan Cawangan MCA Yang Berhantu By M.G.G. Pillai 25/8/2001 8:56 pm Sat |
[Ahli Umno patut belajar dari akar-umbi MCA yang sudah
mula mempersoalkan gejala pelik-pelik dalam parti. Kerana
dalam organisasi maruah parti lebih penting dari presiden
sendiri. Tentangan yang begitu tersusun oleh akarumbi MCA
itu amat membimbangkan Mahathir kerana Ling tidak pandai
membelit seperti tuannya tetapi dia semakin terbelit leher
sendiri.... Mana Mahathir tidak bimbang kerana sudah ada
banyak tali yang bersimpul di leher anak buahnya ini tetapi
Ling masih goyang kaki. (The Rise Of Phantom Branches In The MCA)
Oleh: MGG Pillai Persidangan parti telah memberikan kemenangan yang tidak berbaloi
kepada Ling untuk membolehkannya membeli Nanyang Press. Kini, baru dia
sedar betapa kemenangan itu adalah sinonim dengan satu kekalahan.
Mereka yang dulunya menentang pembelian Nanyang Press telah menukar
muslihat tentangan mereka dengan memberi penekanan kepada masalah
parti dan tidak lagi kepada kisah pengambil-alihan Nanyang Press.
Bahagian Petaling Jaya Utara merupakan sasaran pertama mereka, banyak
lagi bahagian lain yang akan menjadi sasaran berikutnya. Satu persatu
akan dikelebek sehingga memaksa ibupejabat parti mendedahkan cara
mereka menguruskan parti. Sepatutnya cawangan yang baru mesti
mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi parti, masalahnya kini
presiden parti yang semakin pelupa itu tidak ingat apakah kelulusan
pernah diberikan. Kini dia pura-pura bertegas: Kalau ada masalah yang
timbul, kita mesti membetulkannya ataupun mungkin juga terpaksa
membatalkannya (cawagan yang baru)....... kita perlu melaksanakan
semuanya mengikut peraturan. Dulu dia enggan mengikut peraturan
ketika membeli Nanyang Press, kerana menganggapnya sebagai perkara
kecil untuk diluluskan jika tidak dia menganggap mereka yang
mengengkarinya sebagai petualang parti.
MCA Selangor sudahpun memulakan siasatan mereka. Dr. Ling bertegas
bahawa pasukan penyiasat itu dianggotai oleh orang yang berwibawa.
Kemudian dia menjelaskan: Penubuhan 20 cawangan dalam satu tahun
adalah satu perkara luarbiasa walaupun ia telah berlaku di bahagian
lain. Logik cakapnya itu kalau diambil kira budaya dalam Barisan
Nasional, memberi kiasan bahawa apa salahnya kalau banyak cawangan
yang ditubuhkan dalam sesuatu bahagian kerana perkara ini pernah
dibuat oleh bahagian yang lain. Demikianlah jawapannya kepada kisah
penubuhan 22 cawangan baru di bawah takluk Bahagian Petaling Jaya
Utara, di mana hanya 17 cawangan yang diberikan kelulusannya oleh
Majlis Tertinggi Parti walaupun semuanya tidak menepati peraturan
perlembagaan parti. Jawatan Dr. Ling semakin tercabar apabila adanya
permintaan agar dilangsungkan satu persidangan luarbiasa
membincangkan masalah dalam bahagian ini, dengan kemungkinan banyak
lagi masalah yang sama yang wujud di bahagian lain yang akan
menggugatnya. Yang menakjubkan dengan kewujudan 20 cawangan ini ialah
ketiadaan ahlinya dan siapa pula pengerusinya. Mesyuarat Agung
Tergempar pada 6 September 2001 nanti, bertujuan meluluskan satu undi
tidak percaya kepada pengerusi bahagian, Dr. Wong Sai Hon. Dia
telahpun berjanji menyediakan segala butiran yang diperlukan oleh
pihak yang memerlukannya 'menepati masanya'.
Akan tetapi, Dr.Ling beranggapan perkara ini tidak serius kerana ia
membabitkan sebilangan kecil cawangan sahaja. Namun, kepentingannya
nampak jelas dan serius apabila perkara itu dihantar melalui faks
kepadanya di Yemen di mana dia menemani perdana menteri melawat
negara itu. Dr. Ling 'tidak mahu bertindak berlebihan dalam hal ini'.
Lagipun, seandainya terdapat 160 daripada 167 bahagian dalam keadaan
seperti itu bererti perkara itu memang serius. Setakat ini kita boleh
bertindak cepat untuk membetulkan keadaan. Jikalau hanya 32 bahagian
mempunyai masalah berkaitan cawangan hantu dan ahli yang tidak pernah
wujud, perkara ini boleh diselesaikan, lagipun takkan kesemua 160
bahagian mempunyai masalah seperti ini. Apabila masalah itu dianggap
kecil, Dr. Ling seharusnya dibiarkan bersenang-lenang dengan
angan-angannya. Lagipun, banyak perkara lain yang perlu
difikirkannya, kemelut Nanyang Press merupakan satu fiasko yang
dianggap boleh menonjolkan martabatnya, untuk membolehkan beliau
terus memegang jawatan presiden MCA dan menyelamatkan masyarakat Cina
daripada bencana. Walaupun ini bermakna akhbar The Star telah
membelanjakan wang yang banyak untuk membetulkan kesilapan yang
berlaku dalam pembelian Nanyang Press dulu.
M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR-01-1511 Asal: KM2 5289: MGG: The Rise Of Phantom Branches In The MCA
|