[Banyak kisah misteri disebalik kematian Diana dan Dodi sekaligus
membayangkan ia telah dirancang dengan penuh teliti kerana semua alat
perakam tidak berfungsi agar dalang tidak dapat dikesan.
Mossad menggunakan pakar pemutar minda yang amat berpengalaman untuk
menggoda orang dalam yang kemudiannya turut terbunuh juga.... Dengan
mempengaruhi atau merosakkan minda seseorang dia akan dapat dirobotkan.
Inilah teknik kejuruteraan manusia atau human mind engineering....
- Editor]
Di Sebalik Lensa Mossad
Bahagian Kedua
Mossad membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang tali
barut di Hotel Ritz untuk melaporkan segala aktiviti di sana. Usaha
ini dimulakan dengan mendapatkan senarai nama pekerja hotel dengan
cara menggodam sistem komputer hotel. Tidak siapapun di kalangan
pengurus atasan hotel difikirkan cocok dengan peranan itu,
sedangkan kakitangan bawahan tidak mempunyai hubungan yang mudah
dan bebas dengan tetamu hotel untuk tujuan tersebut. Tetapi,
tugasan Henri Paul dalam hal ehwal sekuriti hotel memberi ruang
untuk dia mempunyai segala peluang itu. Kata-laluannya membolehkan
dia memeriksa setiap kotak deposit simpanan tetamu. Tidak siapa
yang akan menghalangnya kalau dia mahu memeriksa bil seseorang
tetamu. Sesiapapun tidak akan menaikkan bulu kening kalau dia
memeriksa catatan rakaman telefon yang dibuat oleh peniaga senjata
perang dengan orang yang dihubunginya. Dia mudah mengetahui wanita
mana yang telah digunakan oleh seseorang peniaga untuk menjadi
orang perantaraannya. Sebagai supir tetamu istimewa (VIP Chauffer),
Paul mempunyai kemudahan mendengar perbualan mereka, meneliti
gelagat mereka, mengamati ke mana mereka pergi dan dengan siapa
mereka berjumpa.
Kemudian, Mossad mula menyimpan fail peribadi (psycho-file) Paul.
Selama beberapa minggu, maklumat sejarah peribadinya telah dibongkar
oleh salah seorang ?katsa? yang berkhidmat di Paris. Dengan
menggunakan pelbagai samaran, termasuk sebagai penjual insurans dan
juru jual telefon, katsa itu telah mengetahui bahawa Paul adalah
seorang bujang yang tidak ada hubungan serius dengan mana wanita.
Dia menyewa sebuah apartment murahan, dan memandu sebuah kereta Mini,
tetapi gemarkan kereta laju dan selalu memandu motosikal yang
dimilikinya bersama orang lain. Kakitangan hotel telah menceritakan
kegemarannya meminum. Ada juga beberapa sindiran betapa Paul telah
menggunakan khidmat seorang pelacur kelas atasan yang turut memberikan
khidmat kepada beberapa tetamu hotel.
Maklumat ini telah dinilai oleh seorang pakar psikologi Mossad. Dia
berpendapat ada semacam satu sifat tidak tenteram pada Paul. Pakar
itu mencadangkan agar dipertingkatkan tekanan rangsangan, seperti
menjanjikan upahan kewangan yang berbaloi untuk mengongkosi cara
hidup Paul, sebagai umpan untuk mendapatkan khidmatnya. Operasi ini
memakan masa kerana memerlukan ketabahan dan kepintaran.
Menggunakan terus khidmat katsa tempatan itu, keputusan dicapai
untuk menghantar Maurice berkhidmat di Paris.
Seperti dalam operasi yang lalu, Maurice telah mematuhi peraturan
yang teruji. Pertama, dalam beberapa kedatangannya, dia telah
memastikan keadaan dalaman dan persekitaran di Ritz. Dia telah
dapat mengecam Henri Paul, seorang yang gempal badannya dan
berjalan dengan lenggang yang bergaya, memberikan gambaran dia
tidak mudah menerima arahan daripada sesiapa.
Maurice telah mengamati hubungan kemesraan antara Paul dengan
paparazzi (kumpulan jurufoto pengintip) yang melepak di ruang luar
Ritz, yang bersedia memetik kamera menggambarkan kumpulan selebriti
yang datang melanggan hotel itu. Sekali-sekala Paul akan
mengarahkan mereka melapangkan kawasan itu tanpa masalah. Mereka
beredar dan mengelilingi blok bangunan di situ dengan motosikal dan
kembali di tempat yang sama. Dalam pusingan yang pendek itu, Paul
kerap menunggu mereka di pintu belakang hotel untuk berborak sambil
mereka lalu dengan perlahan.
Pada malam hari, Maurice telah mengamati Paul pergi minum dengan
beberapa orang paparazzi di salah sebuah bar minuman berhampiran
The Ritz yang turut dikunjungi oleh kakitangan hotel selepas waktu
kerja mereka.
Dalam laporan kemajuannya kepada Tel Aviv, Maurice telah
menceritakan keupayaan Paul minum alkohol begitu banyak, tetapi
masih berupaya kelihatan seperti biasa. Maurice juga memperakukan
betapa Paul memang sesuai untuk peranan seorang tali-barut
berbanding perangai peribadinya: dia semacam mempunyai ruang untuk
dipercayai oleh orang atasan.
Ada satu ketika semasa membuat penilaian itu, Maurice telah
ternampak bagaimana Paul telah mengingkari amanah yang diberikan
kepadanya. Dia telah menerima wang daripada paparazzi sebagai
ganjaran memberikan maklumat pergerakan tetamu hotel. Inilah yang
membolehkan tukang gambar itu berada di lokasi yang bertepatan
untuk menangkap gambar para selebriti.
Pertukaran maklumat untuk bayaran wang tunai dilaksanakan di salah
satu bar minuman ataupun di lorong sempit Rue (Jalan) Cambon, di
mana letaknya pintu masuk kakitangan hotel.
Pada pertengahan Ogos, peristiwa pertukaran semakin giat dan
tertumpu kepada kemungkinan tibanya Puteri Diana, Princess of
Wales, dan kekasihnya Dodi Al-Fayed, anak lelaki kepada tuan punya
hotel itu. Mereka telah dijadualkan menginap di Imperial Suite
hotel itu.
Semua kakitangan hotel telah diberikan arahan yang khas dan tegas
agar merahsiakan kedatangan Diana dengan amaran sesiapa yang
melanggarnya akan dibuang kerja. Sebaliknya Paul telah berani
mempertaruhkan kerjayanya dengan memberikan segala maklumat
ketibaan Diana kepada beberapa paparazzi. Daripada setiap mereka
dia telah menerima imbuhan wang yang tertentu.
Maurice sedar Paul semakin galak dengan kegemarannya. Dia semakin
kuat minum sehinggakan Maurice terdengar aduan kakitangan Ritz
betapa timbalan ketua sekuriti itu sudah semakin bertukar peranan
menjadi seorang ?martinet? (tukang disiplin); dia baru sahaja
memecat seorang pekerja hotel kerana mencuri satu ketul sabun
daripada kamar tetamu. Beberapa kakitangan hotel telah mengatakan
bahawa Paul kerap memakan pil dan risau apakah pil itu bertujuan
menenangkan moodnya. Setiap orang bersetuju bahawa Paul sudah
berubah perangai kerana kerap bertukar angin; satu ketika dia
berseloroh dan berjenaka dan pada satu ketika lainnya dia cepat
marah dan naik darah. Maurice membuat keputusan sudah tiba masanya
untuk dia mengorak langkahnya.
Mereka mula-mula bertegur sapa di Harry?s Bar di Rue Daunou. Ketika
Paul tiba, Maurice sudahpun menikmati koktelnya. Katsa Mossad itu
memulakan satu perbualan yang sungguh licin, dan pegawai sekuriti
itu telah menerima pelawaan Maurice membelanjanya setelah Maurice
menyebut betapa ramai kawannya yang pernah menginap di The Ritz.
Maurice menambah betapa kawannya itu terkejut melihatkan ramai
orang Arab yang kaya-kaya menginap di hotel yang sama.
Kalau gelagat Maurice itu merupakan satu serkap jarang, usahanya
itu memang sudah mengena. Paul menjawab betapa ramai pelanggan Arab
yang datang itu terlalu angkuh dan biadab dan mengharapkannya
bangkit berdiri apabila mereka menguit jari. Yang paling tidak
senonoh adalah orang Saudi. Maurice telah menyebut bahawa tetamu
Israel mempunyai perangai yang serupa juga. Paul tidak bersetuju
dengan pendapatnya, kerana semua orang Israel merupakan tetamu
hotel yang terpuji belaka.
Dengan perbualan yang menunjukkan kemesraan itu, mereka membuat
satu temu janji berjumpa lagi beberapa hari kemudiannya, untuk
makan malam di sebuah restoran tidak jauh daripada The Ritz. Ketika
menikmati makan malam itu, Paul telah memperakukan kebanyakkan
fakta yang Maurice sudahpun tahu terlebih dulu. Pegawai sekuriti
itu menceritakan minatnya memandu kereta laju dan kalau boleh dia
mahu belajar memandu sebuah pesawat udara, cuma gajinya yang kecil
tidak memungkinkan semuanya.
Apa yang berlaku seterusnya menari mengikut irama tarinya sendiri.
Maurice telah memasang umpan yang amat mudah dimakan oleh Paul.
Apabila cangkuk sudah mengena, mudahlah Maurice menarik tali
pancingnya dengan segala kepintaran yang diperolehinya dulu di
sekolah latihan Mossad.
Ada satu ketikanya Maurice telah memberikan kiasan betapa dia mampu
membantu Paul; mungkin dengan cara menyebut betapa dia berkerja
dengan sebuah syarikat yang mengumpul maklumat dan bersedia
membayar sedikit wang untuk maklumat terkini yang diterima. Kaedah
ini memang merupakan trik lama kepada perisik Mossad yang mengambil
pendekatan dingin sebagai taktik operasi mereka. Dari situ ia
memerlukan sedikit jolokan lagi untuk memberitahu Paul bahawa
kebanyakan tetamu di Ritz mempunyai maklumat yang amat diminati
oleh syarikat itu.
Mungkin Paul merasa tidak senang dengan cara perbualan mereka
bertukar iramanya. Dia mungkin bertegas tidak bersetuju. Jika
demikian Maurice mungkin telah mengambil jalan yang lagi satu dan
menyebut betapa dia sendiri terkejut dengan sikap Paul seperti itu.
Sedangkan, sudah menjadi satu pengetahuan umum bahawa Paul menerima
upahan daripada paparazzi kerana memberikan maklumat mengenai
tetamu hotel. Jadi, kenapa pula dia mesti tolak peluang terbaik
untuk mendapatkan habuan wang yang lebih menarik.
Apabila menyorot peristiwa itu, Ari Ban-Menashe menilai keadaan itu
mengikut operasi dan tahap perkembangannya sebagai berjalan
mengikut cara lama yang dianggapnya sebagai cara klasik. ?Dari
pengetahuan peribadi saya, memang tidak ada operatif yang lebih
pintar daripada Maurice (nama samaran operatif tersebut dalam
operasi itu). Operasi yang menggunakan pendekatan dingin memerlukan
satu jenis kebijaksanaan yang ada stailnya tersendiri. Kalau
terlalu cepat dan tergopoh-gopoh, ikan yang diumpan akan
terlepaskan pancingnnya. Kalau dilengahkan sedikit lagi, kecurigaan
itu boleh bertukar menjadi ketakutan. Pengambilan orang sebagai
calon adalah satu seni secara tersendiri, dan mengumpan seorang
warga Eropah seperti Henri Paul adalah amat berbeza daripada
mendapatkan khidmat seorang Arab di Tebing Barat atau di Gaza Strip
(ataupun seorang ahli UMNO di PWTC?)?
Kepintaran Maurice memulakan cadangannya dan cara dia memberitahu
dengan selamba betapa dia mengetahui banyak butir peribadi Paul
Henri bersama sikap dan perangainya telah dilakonkan dengan segala
kemegahan yang bersalutkan desakan, dengan satu gerak kata yang
menekan. Inilah yang membawa kesan terhadap Paul.
Walaupun dia tidak bertanya, tentu dia sedar bahawa orang yang
mengongsi meja makan dan duduk bertentangannya itu adalah seorang
pegawai risik ataupun sekurang-kurangnya seorang yang merekrut
untuk sesuatu perkhidmatan.
Mungkin itu yang menyebabkan Paul memberikan jawapannya. Mengikut
cerita seorang pegawai risik Israel yang ada sedikit pengetahuan
mengenai hal itu; ?Henri Paul telah berterus-terang: Apakah yang
perlu disiasatnya? Berapa pula habuannya? Semudah itu! Tidak payah
berpusing-pusing, sampai kepala naik pening. Cuma apakah urusannya
dan dengan siapakah dia berkerja? Pada ketika itu Maurice terpaksa
memerah otak untuk membuat keputusan. Apakah perlu memberitahu Paul
yang dia berkhidmat dengan Mossad? Sebenarnya tidak ada satu
peraturan khas dalam perkara seperti ini. Setiap sasaran adalah
berbeza. Namun, Henry Paul sudahpun dapat dicangkuknya.
Dengan demikian, tentu Maurice sudah memberitahu Paul apa yang
diperlukan darinya: maklumat mengenai pelanggan hotel, termasuk
juga mungkin meletakkan alat ?bugging? di kamar mereka, dan
melaporkan siapa yang kerap mereka jamu dan raikan. Mungkin juga
mereka telah membincangkan cara pembayaran, disusuli dengan tawaran
membuka satu akaun bank di Switzerland, ataupun jika diperlukan
membayar tunai kepada Paul. Mungkin juga Maurice telah menyatakan
semua itu bukanlah masalah besar. Tatkala itu dia mungkin sudah
memberitahu Paul yang dia akan bertugas untuk Mossad. Semua ini
adalah rangkaian peraturan biasa dalam operasi yang mengggunakan
pendekatan dingin.
Mungkin juga Paul menjadi terkejut dan naik takut. Ini tidak ada
kaitan dengan kesetiaannya kepada The Ritz; seperti kakitangan yang
lain di hotel itu. Dia suka berkerja di Ritz kerana gajinya yang
lumayan dan imbuhannya yang menawan. Tentu sekali Paul merasa takut
memikirkan dia perlu merisik dalam hotel itu terhadap tetamu hotel
yang boleh berakhir dengan dia dimasukkan ke dalam penjara.
Akan tetapi, seandainya dia melaporkan perkara ini kepada polis,
apakah yang akan mereka lakukan? Mungkin mereka tahu kemungkinan
dia ditawarkan untuk didalangi. Kalau dia menolak tawaran seperti
itu, apa kesudahannya? Seandainya pihak pengurusan hotel mengetahui
yang dia telah membeloti apa yang diiktiraf sebagai aset hotel yang
paling berharga yakni rahsia pergerakan tetamunya, dengan
memberitahu kumpulan paparazzi, dia boleh dipecat dan didakwa.
Hari-hari penghujung bulan Ogos 1997, merupakan hari yang tidak
menyeronokkan Henry Paul. Dia tidak ada pilihan lain. Dia semakin
kuat minum, memakan pil, tidurnya sudah semakin resah dan gelisah,
dan dia semakin galak membuli kakitangan bawahan di tempat kerja.
Paul sudah berubah menjadi seorang lelaki yang menghampiri jurang
kemusnahan dirinya.
Tekanan kerja semakin menggugat ketenteraman yang ada dengan
kedatangan Puteri Diana dan Dodi Al Fayed. Paul diserahkan tugas
menjaga keselamatan mereka dengan arahan khas melarang paparazzi
mendekati tetamu istimewa itu. Pada waktu yang sama juru gambar
kerap menyibuk dan menelefon Paul mahukan maklumat terkini dengan
janji membayar wang tunai yang lumayan. Godaan untuk menerima
tawaran itu semakin menekannya. Ke mana sahaja dia memusingkan
muka tekanan itu sentiasa ada.
Walaupun dia berjaya menyelindingi semua tekanan itu, otak Paul
sudah semakin tidak dapat menerimanya. Dia mengambil ubat penenang,
ubat tidur, ?pep-pills? untuk terus berlakon setiap hari. Kombinasi
dadah ini berkemungkinan mengganggu keupayaan Paul membuat keputusan
yang boleh diterima akal.
Beberapa lama kemudian, Ben-Menashe beranggapan kalaulah dia yang
menerajui operasi itu, 'itulah ketikanya saya menarik diri'. Henri
Paul mungkin berupaya melindungi keadaan mentalnya daripada dikesan
orang. Namun kepada seorang operatif yang berpengalaman seperti
Maurice, yang amat terlatih untuk mengesan perkara itu, kesan
keruntuhan mental itu memang amat ketara. Sudah tentu Maurice sudah
memberitahu ketuanya di Tel Aviv, Danny Yatom, betapa mereka harus
menamatkan operasi itu. Tetapi, disebabkan alasan yang dia lebih
mengetahui, Yatom tidak mahu menghentikan operasi itu. Yatom baru
memegang jawatannya yang panas itu, tidak sampai setahunpun. Dia
mahu mengukir nama di situ. Keangkuhan seperti juga riak, adalah
salah satu bahaya besar dalam kerja risikan. Yatom memiliki banyak
unsur ini, yang mungkin dapat diterima - kecuali apabila menghalang
kenyataan kerjaya. Kenyataannya ialah Mossad sepatutnya telah
menghilangkan diri, pada waktu itu.
Lampu merah yang menyala - menandakan ada panggilan telefon - telah
mengejutkan Maurice dan dirakamkan oleh perakam waktu bertepatan
1:58 pagi, Ahad, Ogos 31, 1997. Pemanggil ialah seorang ?gendarme?
(anggota polis) bahagian kemalangan yang telah direkrut oleh
Maurice beberapa tahun sebelum itu. Dalam komputer Mossad dia
dikenali sebagai ?mabuah? seorang talibarut yang bukan berbangsa
Yahudi. Dalam tiang senarai nama orang upahan Maurice di Paris,
nama pemanggil itu ada di bahagian bawahan.
Namun demikian, laporan orang itu mengenai satu kemalangan jalan
raya telah mengejutkan Maurice. Kurang satu jam dulu kemalangan itu
berlaku. Sebuah kereta Mercedes sedan telah melanggar tiang konkrit
yang terpacak di terowong Place de l?Alma (sebut: Pelasdelma), satu
tempat yang memang terkenal dengan kemalangan kereta di Paris.
Yang terkorban ialah Diana, Princess of Wales, ibu kepada bakal
Raja England; Dodi al-Fayed, anak kepada tuan punya Harrods of
Knightsbridge yang merupakan ?The Royal Store?; dan Henri Paul.
Pengawal peribadi pasangan itu telah berada dalam keadaan yang
kritikal.
Beberapa jam selepas kemalangan itu, Maurice berlepas pulang ke Tel
Aviv, meninggalkan di belakang beberapa persoalan yang tidak akan
diketahui jawapannya.
Apakah tekanan yang menjiwai Paul menyumbang kepada kemalangan?
Apakah Henri Paul tidak dapat mengawal kereta sehingga meremukkan
tiang nombor tiga belas di terowong yang terletak di bawah Place de
l?Alma itu disebabkan dia tahu tidak lagi dapat melepaskan diri
daripada cengkaman Mossad? Apakah tekanan itu ada kaitannya dengan
banyaknya ubat preskripsi yang ada dalam tubuhnya? Ketika berlepas
dengan tiga orang penumpangnya, apakah otaknya sedang ligat
berputar memikirkan cara meringankan tekanannya? Apakah dia
penyebab satu kemalangan yang ngeri selain menjadi mangsa satu
agensi risikan yang paling berbahaya di dunia ini?
Pelbagai soalan terus menyerabutkan fikiran Muhammad al-Fayed. Pada
Februari 1998, dia telah membuat pengumuman secara terbuka: ?Itu
bukannya satu kemalangan jalan raya. Saya yakin sepenuhnya bahawa
kebenaran tidak akan tertanam selamanya.?
Lima bulan kemudian, satu saluran TV Britain, menayangkan satu
dokumentari mendakwa Henri Paul mempunyai pertalian rapat dengan
pasukan risikan Peranchis. Perkara itu tidak benar. Program itu
juga menyebut bagaimana sebuah agensi risikan yang tidakpun disebut
namanya, telah terlibat dengan kematian itu; ada tanda-tanda
menyebut bahawa agensi tersebut telah bertindak kerana kerajaan
British takut kalau-kalau percintaan Diana dengan Dodi
berkemungkinan ?mencetuskan bencana politik? kerana Dodi ialah
rakyat Mesir.
Sehingga hari ini, pembabitan Mossad dalam kes Henri Paul telah
kekal menjadi satu rahsia tersimpan - mengikut cara yang memang
menjadi amalan agensi risikan it. Mossad tidak bertindak bagi pihak
sesiapa di luar Israel. Malahan tidak ramai di luar perkhidmatan
itu yang dapat menduga betapa Mossad mempunyai peranan terbesar
dalam kematian wanita yang paling jelita di dunia.
Apabila Muhammed Al-Fayed menyedari galaknya kempen menghinanya
dalam media British, dia muncul semula dan mendedahkan betapa
beberapa agensi risikan telah digunakan oleh pihak tertentu untuk
memisahkan percintaan antara anak lelakinya Dodi dan Puteri Diana.
Pada Julai 1998, dua orang wartawan majalah Time telah menerbitkan
sebuah buku yang mendedahkan satu cadangan betapa Henri Paul
berkemungkinan terlibat dengan agensi risikan Peranchis. Sama ada
Al-Fayed mahupun dua orang wartawan itu yang berjaya mengemukakan
bukti bahawa Henri Paul adalah seorang perisik Peranchis - dan
tidak seorangpun daripada mereka yang berjaya mengenal pasti
pembabitan Mossad dengan Henri Paul.
Pada bulan Julai 1998, Mohammed Al-Fayed telah mengemukakan
beberapa soalan yang dikirimkannya kepada beberapa ahli Parlimen
England, meminta jasa baik mereka mengemukakan soalan itu di
Parlimen. Dia mendakwa bawa ?ada satu kuasa yang bertungkus lumus
menekan jawapan yang saya mahukan.? Gelagat beliau telah dilihat
sebagai perangai seorang bapa yang kematian anak kesayangan dan
cuba meracau sana dan sini. Soalannya itu memang sepatutnya
diungkit semula, bukan sahaja disebabkan peranan Mossad di saat
penutup minggu tragedi yang mengorbankan Henri Paul, tetapi kerana
momentum keseluruhan tragedi itu sudah semakin ligat dan memerlukan
pendedahan fakta sebenar untuk menghentikannya.
Al-Fayed telah menulis mengenai satu ?plot? (rencana jahat)
memisahkan Diana daripada anak lelakinya dan berusaha mengaitkan
semua peristiwa dengan beberapa soalannya:
?Kenapakah Diana dibawa ke hospital hanya satu jam empat puluh
minit selepas kemalangan itu terjadi? Kenapakah beberapa juru
gambar enggan menyerahkan beberapa penggambaran yang mereka
rakamkan di tempat kejadian? Kenapakah pada malam yang sama berlaku
pecah rumah pada rumahnya di London milik salah seorang juru gambar
yang menangani gambar yang diambil oleh paparazzi. Kenapakah kamera
?close circuit? televisyen yang terpasang di bahagian Paris itu
tidak mempunyai satupun frem gambar kejadian tersebut? Kenapakah
kamera kelajuan lalu lintas di jalan itu tiba-tiba sahaja ketiadaan
filem-negatifnya dan kenapakah kamera polis trafik tidakpun
dipasang? Kenapa tempat kemalangan tidak disekat, tetapi dibuka
kepada lalu lintas awam seperti biasa. Siapakah dia dua orang
lelaki yang berada dengan kumpulan manusia, dan kemudiannya duduk
di bar di Ritz? Mereka membuat pesanan dengan bahasa Inggeris dan
melihat dan mendengar dengan gelagat yang sungguh ganjil?
Mossad tidak punyai sebarang minat antara Diana dan Dodi. Minat
mereka sebenar ialah untuk menggunakan khidmat Henri Paul sebagai
talibarut mereka di Ritz. Mengenai juru gambar yang tidak dikenali,
adalah kebiasaannya dari dulu lagi Mossad mengizinkan agennya
berlagak semacam juru gambar dan wartawan. Mungkin Maurice orangnya
yang bertugas melihat-lihat di luar Ritz. Dua orang yang tidak
dikenali di bar itu mungkin ada hubungan dengan Mossad. Soalan
begini tentu dapat melegakan Mohammed Al-Fayed kalaulah ada
kebenarannya.
.....bersambung....
Terjemahan: SPAR12-tmt-002