Laman Webantu KM2A1: 5310 File Size: 12.6 Kb * |
TAG SP 258: Adakah Kumpulan Pemikir US Diupah? By FAC 26/8/2001 9:24 pm Sun |
[Kerajaan menafikan ia membayar kepada kumpulan pemikir US ini.
Tetapi mengapa penafian itu agak lambat dikeluarkan? Media pro
kerajaan terlalu gopoh menonjolkan rencana oleh Amy Ridenour tanpa
betul-betul meneliti kandungannya. Kesannya kerajaan sendiri telah
terlebam kerananya. Mana mungkin Anwar agen CIA dan sekarang
fundamentalis Islam pula. Lain kali baca dan cuba kaji dulu kerana
itulah tugas wartawan - bukannya main potong dan tampal (cut and paste)
sahaja. (Was the US Think Tank paid to produce a report on Anwar?)
Oleh: FAC News Ridenour berkata bahawa Anwar telah memulakan karier politiknya pada
tahun 1960an sebagai aktivis pelajar dan kemudian menubuhkan Angkatan
Belia Islam (ABIM), sebuah pergerakan fundamentalis belia Islam yang
bertujuan untuk mencetuskan satu gerakan Islam sebagai landasan kepada
kebangkitan semula Islam di Malaysia.
Berikut adalah petikan dari laporan Ridenour :
Sejarah politik Anwar bermula sebagai aktivis pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1960an. Beliau percaya bahawa pelajaran agama yang diterimanya semasa belajar di sekolah berasrama penuh dahulu telah dibuat sambil lewa sahaja, dan mula berkecimpung memberikan ucapan-ucapan awam yang berapi-api tentang Islam di dalam mahupun di luar universiti. Selepas tamat pengajian pada tahun 1971, beliau memainkan peranan utama di dalam penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia, atau ABIM, sebuah pergerakan fundamentalis belia Islam Malaysia. Melalui apa yang digambarkan dari namanya itu, ABIM berhasrat untuk membentuk satu pergerakan Islam sebagai landasan kepada kebangkitan semula Islam di Malaysia. Anwar telah pergi ke Iran untuk bertemu dengan Khomeini. Beliau telah ditangkap pada tahun 1974 kerana peranannya di dalam demonstrasi pelajar manakala pertubuhannya yang merujuk kepada ajaran Marx dan fahaman radikal Islam telah mengecam eksploitasi tenaga pekerja dan 'semua perkara yang tidak boleh diterima oleh semangat keadilan Islam'. NCPPR adalah sebuah organisasi kecil yang berhaluan kanan. Laman webnya
adalah : http://www.nationalcenter.org/NCPPRHist.html
Berita FAC mempunyai orang perhubungan di US untuk menyiasat latar
belakang NCPPR dan ini adalah apa yang dilaporkannya :
Nampaknya tiada sesiapapun di Washington yang pernah mendengar tentang
organisasi yang kononnya dipanggil sebagai 'kumpulan pemikir' (think
tank) ini sehinggalah apabila rencana tersebut disiarkan oleh
Washington Times. Di dalam bandar yang dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan pemikir yang
hebat - the Brooking Institution, the Center for Strategic and
International Studies, the Heritage Foundation, the CATO Institute of
Economics dan banyak lagi yang lain - adalah salah bagi Bernama untuk
menggelar NCPPR itu sebagai sebuah kumpulan pemikir, kerana ia tidak
benar sama sekali. Institusi-institusi yang lain itu menjalankan
penyelidikan yang penting, penerbitan, dan program-program awam. Mereka
juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pemikiran berkaitan hal-ehwal
antarabangsa. Akan tetapi NCPPR tidak langsung tergolong di dalam kumpulan ini.
Kebanyakan orang tidak pernah mendengar tentangnya. Seperti yang
dinyatakan di laman webnya sendiri, ia mengkhususkan kepada
maklumbalas- maklumbalas yang cepat, menyiarkan rencana-rencana dan
fakta-fakta yang digunakan terutamanya oleh ahli-ahli
kongres yang konservatif, penulis-penulis kolum, dan
pengacara-pengacara rancangan radio. Laman web mereka juga
memperlihatkan bahawa hampir kesemua pandangan-pandangan mereka adalah
berkaitan dengan hal-ehwal domestik US. Mereka membenci Demokrat tetapi
menyukai Republikan; membenci undang-undang alam sekitar, menyukai
cukai yang rendah dan sebagainya. Pada satu bahagian 'pertahanan kebangsaan' di laman web mereka
menunjukkan bahawa mereka hanya menghasilkan 12 rencana-rencana pendik
berkenaan pertahanan kebangsaan dan hal-ehwal asing sejak dua tahun
yang lalu! Kebanyakan darinya menyokong cadangan sistem pertahanan
peluru berpandu dan menentang Cuba, Bangsa-bangsa Bersatu, dan Iraq.
Apa yang menyebabkan rencana tentang Malaysia itu pelik, sesungguhnya,
adalah bahawa mereka jarang sekali menulis tentang negara-negara yang
spesifik (selain dari Cuba). Mengapa pula mereka memilih topik ini?
Siapakah yang menyalurkan mereka dengan semua maklumat yang menyimpang
dari kebenaran ini? Amy Ridenour bukanlah seorang yang pakar tentang Malaysia, Asia atau
hal-ehwal Asing (sepertimana yang ditonjolkan dengan ketara sekali oleh
artikelnya). Mengapa pula kini beliau cuba untuk menonjolkan dirinya
sebagai seorang yang pakar tentang topik-topik seperti ini? Beliau akan
dikecam hebat akibat tindakannya itu kerana :
1) Ketidakpekaannya terhadap hal-ehwal Malaysia akan menjadikan beliau
sebagai bahan ketawa di kalangan komuniti Washington DC yang mengikuti
perkembangan hal-ehwal Asing, dan 2) Kenyataan anti-Islamnya (yang menyatakan dengan lantang sekali
bahawa orang-orang Islam adalah radikal, pengganas-pengganas yang
anti-Barat) tidak akan dapat diterima dengan mudah di dalam komuniti
Islam Amerika. Ia adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada Anwar
tetapi juga kepada mereka kerana secara 'stereotype' digolongkan dengan
maksud yang sama. Ini adalah apa yang dikatakan oleh NCPPR di dalam laman webnya :
'The National Center for Public Reseach adalah sebuah yayasan komunikasi dan penyelidikan yang penuh dedikasi untuk menyediakan penyelesaian pasaran bebas kepada masalah-masalah yang berbangkit dari dasar awam pada masa kini. Kami percaya bahawa prinsip-prinsip pasaran bebas, kebebasan individu dan tanggungjawab peribadi memberikan harapan yang besar untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Amerika pada abad ke 21. Asal: http://www.freeanwar.com/facnews/facnews210801.html
FAC News - 21 August 2001 Was the US Think Tank paid to produce a report on Anwar?
Ridenour said Anwar started his political career in the 1960s as a student
activist and then founded the Angkatan Belia Islam (ABIM), a "fundamentalist
Islamic youth movement", whose aim is to generate an Islamic movement as a
path to Islamic revival in Malaysia.
Anwar's political history began as a student activist at the University of Malaya in the 1960s. He believed the religious instruction he received at boarding school had been perfunctory, and began to make fiery public speeches about Islam both inside and beyond the university. Upon graduation in 1971 he played a leading role in founding Angkatan Belia Islam Malaysia, or ABIM, the Malaysian fundamentalist youth movement. By its own description, ABIM aimed to generate an Islamic movement as a path to Islamic revival in Malaysia. Anwar traveled to Iran to meet with Khomeini. He was arrested in 1974 for his role in a student demonstration while his organization taking one page each from Marx and the screed of radical Islam denounced labor exploitation and "all things repugnant to the spirit of Islamic justice." http://www.nationalcenter.org/NCPPRHist.html
FAC News got its contact in the US to investigate the background of the
National Center for Public Policy Research and this is what he had to
report: No one in Washington seems to have heard of this so-called "think tank"
outfit until this op-ed appeared in the Washington Times.
In a city that is filled with great think tanks -- the Brooking Institution,
the Center for Strategic and International Studies, the Heritage Foundation,
the CATO Institute, the International Institute of Economics and many others
-- it is wrong for Bernama to call the National Center a think tank, because
it is not. Those other institutions have major research, publications, and
public programs. They also have a real influence on thinking about
international affairs. But the National Center is not in this class at all. Most people have never
heard of it at all. As it says on its own Website, it specializes in quick
responses, cranking out op-eds and fact sheets that are used primarily by
very conservative Congressmen, columnists, and radio talk show hosts. Their
website also indicates that almost all of their opinion pieces are about US
domestic affairs. They hate Democrats and love Republicans; they hate
environmental legislation; they love low taxes, and so on.
Their section on "national defense" indicates that they have produced only 12
short op-eds on national defense and foreign affairs in the past two years!
Most of those were supporting the proposed missile defense system and
opposing Cuba, the United Nations, and Iraq.
What makes the piece on Malaysia unusual, therefore, is that it is so rare
for them to write about specific countries (other than Cuba). Why did they
choose this topic? Who provided them with all the misinformation?
Amy Ridenour is not an expert on Malaysia, Asia, or foreign affairs (as her
article makes abundantly clear.) Why does she now try to set herself up as an
expert on these topics? She is going to end up with a lot of egg on her face
because (1) her ignorance of Malaysian affairs will make her a laughingstock
among the informed Washington DC foreign affairs community, and
(2) her anti-Muslim statements (implying very strongly that Muslims are radical,
anti-West terrorists) will not go down well in the American Muslim community.
It is an insult not only to Anwar but also to them to be stereotyped in that
way. And this is what the National Center for Public Policy Research has to say in
its Website: The National Center for Public Policy Research is a communications and research foundation dedicated to providing free market solutions to today's public policy problems. We believe that the principles of a free market, individual liberty and personal responsibility provide the greatest hope for meeting the challenges facing America in the 21st century. Considering the National Center for Public Policy Research survives by
getting paid by its clients, is it possible they were paid to produce the
report on Anwar? In that case, who is its client? The Malaysian government
maybe? |