Laman Webantu KM2A1: 5313 File Size: 19.8 Kb * |
TJ SPY B3: Di Sebalik Lensa Mossad By GT 27/8/2001 9:23 am Mon |
[Ada banyak sebab Diana perlu dipantau dan ditamatkan nyawanya kerana
dia dilihat menggugat banyak pihak yang berkepentingan. Sebab itulah
perisik pelbagai negara amat berminat dengan gerak-gerinya - termasuk
Amerika. Diana berjaya menambat hati ramai dalam kempennya mendesak jerangkap
samar bumi dihapuskan. Ini tentunya meresahkan Amerika yang tidak mahu
melupuskan senjata itu. Rencana ini turut mendedahkan Diana sebenarnya mengandung ketika maut...
Ini tentunya meresahkan banyak pihak kerana ia mungkin akan menggocangkan
kerabat di raja England. Diana dan Dodi dipercayai maut kerana pancaran
laser yang mungkin datang dari 'flash' kamera paparazzi yang mengena pemandu
kereta mereka. Lagipun kereta mewah yang mereka naiki itu tentunya mengandungi
banyak alat elektronik yang dengan mudah boleh diganggu (jammed) dengan
beberapa alat tertentu. Apa yang menarik pembunuhan misteri di dalam
kenderaan turut berlaku di Malaysia di mana Tan Sri Yahya dan isteri serta
pemandunya maut dalam helikopter. Anwar juga pernah diancam maut dalam
bila kereta yang dinaikinya mati tiba-tiba. Dan ada satu kes lagi Anwar
dikatakan cuba dibunuh juga melalui helikopter....
- Editor] Bahagian Ketiga Lewat 1999, Mohammed Al-Fayed semakin yakin bahawa dakwaannya sudah
mengeras dan membesar menjadi 'satu konspirasi jenayah yang besar.'
Dia bertegas bahawa semua itu adalah gara-gara M15 dan M16, dan
Perisik Peranchis dengan pembabitan Mossad di sebalik tabir. Kepada
mereka yang sanggup mendengarnya, walaupun bilangannya semakin
menurun, dia telah menyebut nama seorang pengarang akhbar London dan
juga seorang teman lama Diana sebagai orang yang mempunyai hubungan
terus dengan agensi perkhidmatan risikan Britain.
Al-Fayed semakin percaya kenapa semua agensi perisik yang disebutnya
itu berkonspirasi dalam perkara ini. 'Satu keputusan telah dicapai di
pihak yang berkuasa dan di tahap yang paling atas bahawasanya Diana
mesti dihalang daripada mengahwini seorang yang beragama Islam. Jika
tidak, bakal raja England, Prince William, akan berbapa-tirikan
seorang Muslim, dan mempunyai seorang datuk yang beragama Islam juga.
Malahan, ada desas-desus ketakutan bahawa saya mungkin mengongkosi
usaha agar Diana menandingi Ratu England. Pihak yang berkuasa telah
melaksanakan apa sahaja untuk menentukan anak saya menamatkan
percintaannya dengan wanita yang betul-betul dikasihinya.'
Tidak ada bukti yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan Al-Fayed.
Kalaulah terbukti kesahihannya ia hanya akan mencepatkan riwayat
kegemilangan warga DiRaja di Britain dan berkemungkinan mencetuskan
krisis keyakinan yang boleh menjatuhkan sebuah kerajaan.
Akan tetapi, Al-Fayed telah memberikan kuasa kepada jurucakapnya
Laurie Meyer, seorang 'anchor' dengan salah sebuah saluran TV
kepunyaan Rupert Murdoch untuk membuat penjelasan kepada media
bahawa: 'Mohammed semakin yakin betapa Di dan Dodi telah dibunuh oleh
agen yang taat setia kepada Istana British dan beberapa agensi
risikan yang lain memang terlibat dengannya. Dia juga percaya
terdapat ketaksuban kepada sikap perkauman dalam pihak yang
berkuasa. Untuk menunjukkan betapa pembunuhan telah berlaku, Al-Fayed telah
mendapatkan kepakaran seorang bekas pegawai penyiasat kanan Scotland
Yard, Johan Mc Namara. Lewat awal 1999, penyiasat yang bersuara
lembut itu telah menjelajahi dunia mencari buktinya. Ketika berada di
Geneva, Switzerland, dia bertemu seorang bekas pegawai M16, Richard
Tomlinson, yang mengaku dia pernah terlihat dokumen di ibu pejabat
M16 di tepi Sungai Thames. Thomlinson bertegas, dokumen itu memberi
penerangan 'satu rencana untuk membunuh pemimpin Serbia, Slobodan
Milosevic - satu rencana yang mengerikan tetapi mempunyai persamaan
kepada cara Di dan Dodi menemui kematian mereka. Dokumen M16 itu
menerangkan betapa 'kemalangan' harus dilakukan dalam satu terowong
di mana kebarangkalian cedera parah berunsur fatal. Senjata pilihan
yang cadangkan dalam dokumen itu ialah satu pancaran laser yang
berkuasa tinggi yang membolehkan sesiapa terkena pancarannya menjadi
buta untuk sementara. Seharusnya inilah pancaran laser yang ditujukan
kepada pemandu kereta sasaran.'
Sebalik semua usahanya, Mc Namara tidak berjaya mendapatkan bukti
bebas untuk menyokong dakwaan Tomlinson itu - dan usaha untuk
mendapatkan dokumen M16 tidak juga berjaya.
Kemudian muncul berita yang diperakukan secara berat hati, bahawa
National Security Agency (NSA) Amerika Syarikat ada menyimpan satu
dokumen setebal 1050 muka surat berkaitan pasangan itu. Al-Fayed
telah melancarkan satu tindakan mahkamah untuk mendapatkan salinan
dokumen itu. 'Lagi kerap dia disekat, lagi kuat kesungguhannya,' kata Meyer.
Namun, seperti orang lain juga dia tidak sanggup jadi pak sanggup
sahaja. 'Usahanya itu akan memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk
memberikan kejayaan.' Salah satu sebabnya seperti yang saya dapat ketahui ialah Diana dan
Dodi telah dipantau oleh ECHELON, salah satu alat kepunyaan NSA yang
amat sensitif dan merupakan sistem pemantauan yang sungguh canggih
dan sulit. Jaringan elektronik global ini memang sungguh hebat
kesannya. Ia mampu menghubungkan satelit kepada beberapa rangkaian
komputer yang selari dalam menerima maklumat dengan kelajuan yang
sungguh tinggi. Sistem ini membolehkan NSA dan beberapa negara yang
dibenarkan berkongsi maklumat itu - Britain salah satunya - untuk
memintas dan mengnyah-kod (decode) hampir semua bentuk komunikasi
elektronik dalam dunia ini, pada waktu semasa. Dengan maklumat kata
kunci yang telah diisi dalam perisiannya, ECHELON mampu mengenal dan
menyaring mesej yang diminati oleh penggunanya.
Rentetan perceraiannya dengan Prince Charles, Diana telah melancarkan
kempen untuk menghapuskan jerangkap samar (land mines). Dia menjadi
lebih berterus terang, lantang bersuara, dan dengan pantas berjaya
mendapat sokongan seluruh dunia sehingga tidak disenangi oleh
pentadbiran Clinton, ataupun London ataupun di Eropah. Diana dilihat
sebagai tukang kacau, dan sebagai seorang yang tidak tahu apa yang
dia cakap. 'Sebenarnya, industri jerangkap samar itu memberi pekerjaan kepada
ribuan manusia. Tidak siapa yang mahu melihat jerangkap itu dipasang,
tetapi tidak ada siapa yang mahu melihatkan pekerja kehilangan
pencariannya, disebabkan itu Diana mempunyai alasan yang teguh untuk
memeranginya,' demikian kata seorang diplomat kepada saya. Mungkin
saya faham dia tidak mahu namanya disebut di sini sebagai ganti
memberikan pendapatnya. Kemunculan Dodi mengetuk pintu hati Diana bererti dia juga menjadi
sebahagian sasaran pemantauan ECHELON. Tanpa mereka sedari, setiap
perbualan mereka, betapa intim dan merdunya bisikan itu, telah
berjaya dipantau oleh satelit kepunyaan ECHELON.
Lewat 1997, nama Mohammed Al-Fayed dimasukkan juga dalam pencarian
komputer sejagat. ECHELON mungkin yang pertama sekali mengetahuinya,
selain ahli keluarga yang rapat, harapannya agar anak lelakinya itu
mengahwini seorang puteri - dan kemudian, dakwaan pada hari kematian
mereka, dia bercadang mengumumkan pertunangan mereka.
Tentu banyak lagi dokumen NSA yang berkemungkinan mencetuskan banyak
kejutan, dan bukti betapa melalui suara Diana sendiri, beliau
sememangnya mahu mengahwini kekasihnya itu.
Saya hanya menyedari kewujudan ECHELON dan peranannya pada saat edisi
pertama buku ini hampir diterbitkan pada Mac 1999. Hanya ketika itu
baru saya sedar betapa kematian Di dan Dodi telah banyak menghabiskan
masa Al-Fayed dan pemikirannya. Adalah satu pengalaman yang
mengejutkan apabila didedahkan kepada penderitaan yang tidak terkawal
ini dan yang mencetuskan kemarahannya serta kepercayaan adanya satu
konspirasi. Pada satu lewat pagi bulan Mac, saya telah bertemu Mohammed Al-Fayed,
di kamar peribadinya di tingkat lima Harrods (gedung beli belah mewah
miliknya di London - penterjemah). Laluan ke salon peribadi itu
dikawal oleh beberapa pengawal peribadi, Al-Fayed memberitahu saya;
'semua mereka adalah bekas tentera SAS (komando British) yang taat
dan setia kepada saya. Saya membayar gaji yang baik dan mereka
menguasai keselamatan saya. Saya telah diugut selalu. Kereta sayapun
kalis peluru.' Pendedahan itu, diucapkannya dalam bahasa yang selamba dan perlahan
sahaja. Saya masih samar, apakah saya harus menerimanya sebagai satu
amaran, ataupun satu keyakinan bahawa saya boleh merasa selamat
memberitahu apa yang dia mahu tahu. Dia tidak mahu membuang masa mahukan saya memberi: senarai nama semua
kenalan Mossad saya. 'Berikan saya nama mereka. Suruh mereka berikan
maklumat yang saya perlukan. Saya bayar kamu satu juta pound dalam
bentuk wang yang kamu perlukan. Tidak perlu bayar cukai dan saya
uruskan segalanya.' Saya telah diberi amaran bahawa masih ada watak seorang peniaga
'souk' (pasar - bahasa Arab) dalam jiwa Al-Fayed. Selama dua puluh
minit seterusnya dia telah naik berang dan melancarkan satu
sumpah-seranah yang mengejutkan saya. Dia telah menyerang Queen dan
Prince Phillips, dan beberapa tokoh yang dipanggilnya 'pelacur dan
ibu ayam pihak yang berkuasa' Dia telah menghadiahkan cemuhan yang
paling berbisa terhadap badan risikan dengan menggelar mereka
'pembunuh'. Sambil mengambil buku saya yang telah bertanda-tanda di bahagian
lapangnya, dia berkata lagi: 'Mossad adalah pihak yang dapat
memberitahu perkara sebenarnya. Bawa mereka berjumpa saya dan saya
akan buatkan anda orang yang ceria.' Sebelum saya dapat menjawab dia
telah menyumpah Henri Paul: 'Saya percayakan dia sungguh-sungguh.
Saya bersedia lakukan apa sahaja untuknya kerana Dodi suka padanya.
Anak saya seperti saya juga yang terlalu mempercayai orang. Itu sebab
Diana sayangkannya, mahukan dia menjadi suaminya, seorang bapa kepada
anak-anaknya. Tetapi mereka tidak mahu itu semua. Ratu Queen, dan
suaminya, tukang angguknya, termasuklah adiknya Erl Spencer semuanya
tidak mahu perkara itu terjadi. Tidak seorangpun yang mahukan WOG
dalam keluarga mereka. Anda tahu apa ertinya WOG? WOG bererti 'A Wily
Oriental Gentleman' (Orang Timur Yang Bermuslihat). Mereka tidak
nampak Dodi adalah seorang 'gentleman'. Mereka cemari perwatakannya
ketika dia masih hidup. Mereka masih lakukan kerja jijik itu walaupun
dia sudah mati. Sedangkan apa yang Diana mahukan ialah apa yang telah
diberitahunya kepada saya: dia mengidamkan seorang lelaki yang boleh
dipercayainya selepas melalui pengalaman yang begitu pahit selama
itu.? Perkataan di atas tidak menyampaikan kehangatan penyampaiannya,
kata-kata kesat yang digunakannya, dan yang lebih menarik lagi ialah
gambaran kesedihan yang sedang dilaluinya. Mohammed Al-Fayed adalah
seorang manusia yang sedang kesakitan. Saya hanya mampu mendengarnya
untuk dia meluahkan bebanan perasaannya.
"Adakah awak tahu bahawa Diana sedang mengandung ketika itu, hamil
lapan minggu..... dan anak saya, Dodi adalah bapa kandungannya itu?
Tahukah anda ketika mayatnya berada di hospital di Paris, mereka
telah mengeluarkan segala bahagian anggotanya dan dia pulang ke
London sebagai mumia? Tahukah anda ketika kami bertemu untuk kali
terakhir dia memberitahu betapa dia sungguh mencintai Dodi dan mereka
sudah menemui kebahagiaan?" Saya memberitahu saya tidak tahu semua itu. Untuk seketika, Al-Fayed
cuba memerangi titisan air mata yang mahu mengalir dan mukanya
memendamkan sesuatu sehingga beliau hilang ditelan lamunannya.
Kemudian dia berkata: 'Beritahu saya siapakah yang boleh membantu
mencari kebenaran siapa yang mengatur agar anak saya Dodi dan Diana
dibunuh'? Saya beritahu beliau saya ada dua nama untuk dicadangkan: Satu ialah
Victor Ostrosky (sila lihat bab 10) dan dua ialah Ari Ben-Menashe.
'Cari mereka. Bawa mereka berjumpa saya' kata Al-Fayed sebagai satu
arahan. Untuk satu ketika nampak sangat imbasan seorang Firaun yang
memberi titah perintahnya kepada saya.
Saya mengambil masa satu minggu untuk mengesan mereka. Ostrovsky
sedang menetap di Arizona, dan dia mahu bercakap dengan saya melalui
orang tengah, seorang wartawan yang bertugas dengan sebuah majalah
Arab. Akhirnya Ostrovsky telah bercakap dan berbual singkat dengan
McNamara tanpa menghasilkan apa-apa.
Ari Ben-Menashe baru sahaja pulang daripada Afrika ketika saya
bercakap dengannya di Montreal. Saya menceritakan kisah pertemuan
dengan Al-Fayed. Dia berkata: 'Apa yang dicakapkannya bukanlah
sesuatu yang ganjil. Itu saja yang saya tahu. Memang wujud ramai agen
perisik pada hari terakhir Dodi dan Di masih hidup lagi di Paris.
Dia bersetuju menemui Mohammed Al-Fayed di London pada minggu
berikutnya, awal April. Cerita Ben-Menashe mengenai pertemuannya dengan Al-Fayed memang tidak
banyak bezanya dengan apa yang disebut oleh Al-Fayed kepada saya
sebelum itu. Ben-Menashe ialah seorang yang cerewet tetapi sungguh
berhemah. Dia terkejut dengan kata-kata kesat yang digunakan oleh
Al-Fayed terhadap keluarga diraja. Namun, dia sanggup membuat
beberapa siasatan di Tel Aviv untuk melihat berapa banyak lagi
maklumat yang dapat diberikan oleh Mossad selain maklumat yang saya
dedahkan dalam edisi terawal buku ini.
Sepuluh hari kemudiannya, dia memberitahu Al-Fayed di kamar
peribadinya, betapa beberapa agensi perisikan 'mungkin mempunyai
beberapa jawapannya'. Ben-Menashe menambah kesediaan mengaturkan
pegawainya mulakan siasatan dan mencadangkan harga perundingan
berbentuk 'retainer' sebanyak US $750,000 setahun dicampur
perbelanjaan hangus yang perlu dipersetujui bersama.
Di waktu yang sama, tanpa melibatkan Ben-Menashe saya telah membuat
siasatan peribadi untuk menyiasat peranan yang dimainkan oleh ECHELON
pada hari terakhir Dodi dan Di di dunia ini.
Saya telah mendapat tahu melalui sumber di Washington dan juga di
tempat lain, pasangan itu telah dipantau terus oleh ECHELON ketika
mereka sedang bersantai di Emerald Coast, Sardinia. Ketika itu mereka
menggunakan 'JONIKAL' sebuah kapal layar kepunyaan Mohammed Al-Fayed
yang berukuran 60 meter panjangnya. ECHELON juga menjejaki kumpulan
paparazzi yang mengekori pasangan itu, dengan menggunakan bot laju,
motosikal dan kereta. Di laut, Jonikal berjaya mengelakkan
pengejarnya. Tetapi, komputer ECHELON telah dapat mengesan perasaan
kesalan Diana kerana dihambat begitu rupa. Perbualannya di antara
Diana dan Dodi dan juga dengan pengawal peribadi, Trevor Rees-Jones,
yang dirakamkan oleh ECHELON telah menunjukkan perasaannya yang
tertekan. Pada malam Jumaat, 28 Ogos 1997, Diana memberitahu Dodi
betapa dia mahu pergi ke Paris 'secepat mungkin'.
Dalam masa beberapa jam, persiapan telah dilaksanakan. Sebuah pesawat
Gulfstream IV telah dipesan untuk terbang dan berada di lapangan
terbang Sardinia pada keesokan harinya. Tomas Mozzu seorang tua
Sardinia yang mempunyai bertahun-tahun pengalaman memandu para
selebriti telah diberikan kepercayaan untuk memandu kereta membawa
pasangan itu ke lapangan terbang. Ingatan Muzza akan perbualan dalam kereta yang membawa mereka ke
lapangan terbang adalah hampir sama dengan rakaman yang dibuat oleh
satelit ECHELON. "Mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dengan nada yang menunjukkan
mereka sedang bercinta. Dari masa ke satu masa Dodi yang fasih
berbahasa Italy bercakap kepada saya. Kemudian bertutur pula dalam
bahasa Inggeris yang tidak berapa saya fahami. Namun saya dapat
mengagak mereka memang sedang dilamun cinta dan sedang membuat
persediaan untuk merancang masa depan mereka."
Sumber saya itu bertegas betapa bahagian pita ECHELON itu menunjukkan
mereka berdua sedang merancang perkahwinan dan masa depan mereka
berdua. Dodi kerap memberi jaminan kepadanya bahawa dia akan
menggunakan khidmat pengawal peribadi ayahnya untuk melindungi
'privacy' mereka. Jet peribadi itu berlepas daripada Sardinia selepas juru terbang
membuat panggilan segera meminta izin pengawal udara di pusat kawalan
Eropah di Brussels memberikan beliau keutamaan untuk berlepas.
Penerbangan dua jam menuju La Bourget Airport sepuluh batu di utara
Paris, terus dipantau oleh ECHELON. Perbualan Dodi dan Di telah
diserap naik ke atas oleh satelit dan diubah masuk kepada komputer di
Fort Meade, Maryland. Walaupun sumber saya tidak mampu menunjukkan sebarang buktinya, dia
masih sanggup berkata: 'Saya berpendirian bahawa sebahagian perbualan
yang bersangkutan' telah disalurkan pula kepada GCHQ, pusat
komunikasi Britain. 'Dari sana maklumat itu boleh naik melalui
jaringan Whitehall. Pada waktu itu apa jua yang disebut oleh Diana
dan apa jua keputusan yang diambilnya, sudah menjadi perkara penting
kepada orang tertentu di pihak yang berkuasa.'
Saya telah mengemukakan segala maklumat ini kepada Ben-Menashe.
Jawapannya adalah menyenangkan tetapi berunsur kehampaan. 'Kamu
memang semakin hampir menepati butang kebenarannya. Tetapi, berapa
hampir kamu, adalah sesuatu yang saya tidak boleh beritahu.'
Pendirian Ben-Menashe itu memang mudah diteka. Dia sudah semakin
hampir menandatangani satu kontrak yang lumayan dengan Mohammad
al-Fayed. Sebarang maklumat terpaksa pergi kepada beliau dulu.
Namun, kontrak itu tidak dipersetujui, akhirnya. Al-Fayed mahu
melihat dulu segala bukti yang ada sebelum membayar wangnya.
Ben-Menashe selama itu lebih berpengalaman berurusan dengan kerajaan,
'daripada berurusan dengan seorang yang berwatak peniaga 'souk''
terpaksa menerima 'panggilan yang berunsur histeria' daripada Mac
Namara yang mahukan saya menunjukkan dokumen kepada beliau. Ini
memeranjatkan saya kerana beliau seharusnya masih ingat bagaimana
cara orang risikan bertugas seperti pengalamannya di Scotland Yard
dulu. Saya terpaksa memberitahu beliau betapa Mossad tidak
menyerahkan dokumen semudah itu. Saya terpaksa memberi penjelasan
seolah-olah dia adalah seorang anggota polis yang baru masuk
berkerja, hakikat sebenar masyarakat risikan.
Walaupun merasa kecewa, Al-Fayed enggan undur dan berdiam diri.
Jurucakapnya Laurie Meyer terpaksa berperang dengan media yang
bersekongkol menyanggah Al-Fayed dan mahukan bukti bagaimana dia
boleh menuduh 'pihak tertentu yang membunuh anak saya dan bakal
isterinya'. Memerhatikan semua itu dari jauh memberikan satu keyakinan kepada
Ben-Menashe untuk berpendapat bahawa 'Al-Fayed telah bermusuhan
dengan dirinya sendiri. Daripada segala siasatan awal yang saya
lakukan tanpa melibatkan wangnya, seiras kerja siasatan awal yang
kerap dilakukan oleh syarikat saya sebelum menyetujui perjanjian
dengan pelanggan, adalah jelas keluarga diraja tidak ada sebarang
soalan untuk dijawabnya. Mungkin secara peribadi, mereka tidak ingin
melihatkan Diana mengahwini Dodi, tetapi itu tidak sama makna dengan
berkata mereka mahu melihat pasangan itu dibunuh. Di waktu yang sama,
saya juga terserempak dengan beberapa bukti bahawa pada waktu itu
memang wujud beberapa agensi perisikan pada waktu pasangan itu
menghampiri saat kematian mereka. Memang ada soalan yang serius yang
perlu dikemukakan dan menuntut jawapannya. Tetapi, Al-Fayed tidak
akan mendapat jawapannya dengan kelakuan yang ditunjukkannya.
Sesungguhnya beliau tidak faham mentaliti orang yang mahu dikemukakan
soalannya itu. Yang memburukkan keadaan, dia dikerumuni oleh pak
angguk yang bersedia memberitahu apa yang dia suka dengar sahaja.'
....bersambung.... |