Laman Webantu KM2A1: 5322 File Size: 11.3 Kb * |
TAG SP 259: Kenapa ISA Mesti Dimansuhkan By Harun Rashid 28/8/2001 8:11 pm Tue |
[Kalau rokok menjahanamkan kesihatan, ISA pula akan menjahanamkan
demokrasi dan hak asasi seseorang. Gembar-gembur ancaman keselamatan
sengaja dilakukan sebagai satu kempen atau iklan agar ISA tidak dikecam.
Bayangkan begitu banyak kematian misteri berunsur perkauman telah
dilakukan tanpa ada sebarang tangkapan. Yang menariknya kaum India asyik
menjadi korban dalam beberapa kejadian yang dirancang manakala kaum Melayu
dan Cina pula asyik mendapat tohmahan. Tentu kita masih belum kes lupa
pembunuhan Joe Fernandez (juga seorang India) yang masih gagal diselesaikan
tetapi KMM telah awal-awal lagi dituduh melakukannya.
- Editor] (Why The ISA Must Not Sell) Oleh: Harun Rashid Pengiklanan mempunyai satu sasaran, untuk memaut minda para pengguna dengan
pukauan psikologi agar memeli barangan ataupun khidmat yang dipromosi.
Haruslah diperingatkan walaupun etika merupakan pertimbangan utama para
pengiklan, selalunya ia tidak menjadi panduan ataupun penghindar utama yang
diamalkan. Agensi pengiklanan diberi taraf keunggulan berasaskan kejayaan,
dan bukannya disebabkan kepekaannya terhadap kesihatan masyarakat ataupun
kepentingannya. Lagi haprak sesuatu barangan itu, lagi kuat usaha dan
belanja untuk memasarkannya. Unsur-unsur berahsia dan penipuan bersahaja adalah pra-yarat untuk menipu
para pengguna apabila sesuatu barangan merupakan barang larangan yang
menyalahi undang-undang ataupun tercemar disebaban campuran benda-benda
toksik ataupun kesannya yang memudaratkan. Satu contohnya ialah pengiklanan
rokok yang dikaitkan dengan satu senarai panjang akan risikonya terhadap
kesihatan para pengguna yang terpaut kepada nikotin.
Beberapa bulan dahulu, sebuah syarikat tembakau telah membuat pengumuman
penyertaannya dalam pasaran rokok dan melancarkan satu kempen pengiklanan
yang mahal di Malaysia. Tetapi, pengiklanan tembakau adalah dianggap haram
di TV oleh undang-undang Malaysia. Kemenerian kesihatan telah secara
rasminya menolak sebarang usaha menjual barangan tembakau, terutama sekali
usaha untuk memerangkap panagih yang sudah berumur. Tetapi, kempen TV itu
disaluti oleh satu iklan memasarkan satu jenis kopi yang berjenama besar.
Beberapa bulan yang lalu, kabinet telah mengeluarkan satu panduan
menghentikan kegiatan antara syarikat rokok dengan kementerian belia, dan
peraturan ini telah dipatuhi. Kerugian besar kementerian disebabkan
peraturan ini telah diselamatkan oleh penajaan Nestle yang menganjurkan
iklan minuman cokolat Milo. Semua papan iklan di arena sukan sudahpun
diganti kini dengan iklan yang menonjolkan warna-warni Milo sebagai ganti
warna iklan rokok dan logonya. Ini adalah satu petanda baik kerana kerajaan
memberikan tumpuan baru menyedarkan rakyat akan bahaya nikotin (melalui
hisapan rokok). Di sebalik semua perubahan ini, kempen pengiklanan terbaru di TV telah
dibenarkan beriringan dengan pengiklanan lama yang berbentuk iklan rokok
yang diselewengkan. Syarikat rokok kini menaja iklan TV yang menunjukkan
aktiviti luaran seperti berkayak di lautan terbuka dan acara sukan yang
lainnya dengan menggunakan model yang molok-molok. Namun, warna dan logo
syarikat rokok itu masih menonjol dan mendedahkan hasrat sebenar iklan
tersebut. Walaupun iklan itu dikatakan tajaan syarikat pelancongan, tidak
siapa yang terpesona dengan penipuan itu sepertimana susahnya mereka menipu
dengan kempen meminum kopi yang berjenama.
Sejak beberapa hari yang lalu beberapa iklan di akhbar telah mendedahkan
kisah sebenar kempen kopi itu, dengan terdedahnya nama dan harga rokok yang
baru diiklankan. Yang tidak memeranjatkan ialah kesamaan warna dan logo
bungkusan rokok dengan bungkusan kopi. Ia menjadi satu lelucon melihatkan
kopi itu tersusun di rak-rak kedai. Ini semua adalah satu contoh bagaimana
syarikat rokok sanggup menjalankan usaha untuk memperlekehkan undang-undang
dan mengabui orang ramai untuk mengiklankan rokok mereka.
Apabila wakil rakyat mengeluarkan kenyataan kepada orang awam, mereka
diharapkan mematuhi peraturan yang sama perlu dipatuhi oleh pelajar sekolah.
Apabila berlaku perbezaan ini, ia dilihat sebagai satu 'double-standard'
oleh semua pihak, terutama sekali oleh mereka yang terlibat secara langsung
dengan proses pendidikan, para pentadbir, guru-guru, pelajar dan masyarakat
ibu bapa. Usaha terbaru untuk memantau dan mengenalkan peraturan baru dalam
kegiatan pendidikan oleh parti yang berkuasa dilihat sebagai kehaprakan dan
otak dungu para pemimpin politik. Demikianlah apabila ada menteri kerajaan
yang mendakwa pelajar dan guru-guru yang menentang dasar dan amalan kerajaan
sekarang ini sebagai kelakuan yang tidak senonoh dan mencemarkan hak asasi
manusia. Kerajaan UmnoBN kini sudah dianggap sebagai satu kerajaan yang tidak sah,
setelah semakin ketara bagaimana pemilu yang berlalu telah mereka
putarbelitkan untuk mendapatkan kemenangan. Seperti pengiklanan rokok,
segala putarbelit telah dilaksanakan dengan penuh bijaksana, dan kini secara
perlahan semakin menonjol penipuannya. Untuk terus menutup penipuan ketika
pilihanraya dulu, berserta segala dakwaan mengenai penggunaan wang yang
berleluasa, mereka yang membuat dakwaan dan tuduhan secara terbuka telah
ditangkap dan dipenjarakan oleh ESBIM (pasukan cawangan khas polis negara
ini). Mereka kini dipenjarakan bersendirian, dinafikan hak diwakili oleh
para peguam, dan senantiasa disiasat dan diputarkan minda oleh pegawai
terlatih yang memang pakar dalam penderaan fisikal dan mental.
Segala penangkapan dan penderaan yang menyusulinya, dipermudahkan oleh
undang-undang yang zalim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta
ini membenarkan parti yang berkuasa mengawal sebarang bentuk rintihan rakyat
dengan mengugut masyarakat. Ahli pembangkang yang giat berperanan, ditangkap
dan dipenjarakan, sebagai satu usaha untuk menyekat mereka meneruskan
pendedahan dan membolehkan segala kerja bajingan itu berterusan.
Semakin jelas kini, penangkapan rakyat marhaen di rumah mereka pada malam
hari tanpa sebarang surat waran, dan tanpa sebarang bukti adanya kegiatan
jenayah, adalah satu tindakan yang menyalahi hak asasi manusia. ISA sudah
menjadi bahan sumpah seranah rakyat. Parti yang berkuasa terpaksa
melancarkan satu kempen memancing pengaruh dengan cuma menyogok minda betapa
ISA masih diperlukan. Beberapa siri sandiwara ditaja oleh kerajaan dengan
tujuan menunjukkan semua 'sandiwara' itu adalah kejadian yang mengancam
keselamatan negara. Polis telah mengaibkan pasukan mereka kerana memainkan
peranan utama dalam semua sandiwara ini dengan kerjasama dan sekongkolan
pegawai di jabatan ketua peguam negara.
Seperti yang ditunjukkan dalam kempen iklan rokok, segala kempen menakutkan
betapa negara sedang diserang pengganas, adalah bertentangan dengan
kepentingan negara, lagipun ia amat bertentangan dengan segala bentuk
keadilan amalan sejagat. Rakyat menjadi malu dan merasakan keaibannya
apabila segala kejijikan ini boleh disebut-sebut oleh para menteri kerajaan.
Timbalan perdana menteri yang berkuasa terus terhadap polis, kerap sangagt
berlakon seolah-olah dia tidak lagi menerima sesuatu surat, ataupun belum
diberitahu akan kes penangkapan si polan dan si polan. Sedangkan dia digaji
sebagai menteri untuk diberitahu dan semua pegawai polis digaji untuk
bertugas mengikut apa yang dia mahu. Dia enggan memikul tanggungjawab,
tetapi setiap hari sanggup pula mempertahankan segala kerja bajingan puak
yang sanggup melanggar prinsip 'betapa seseorang itu bersalah hanya selepas
dibuktikan di mahkamah'. Perdana menteri memang bersedia memperakukan segala kerja haprak polis,
kerana dia memang bersedia merestukan kerja-kerja zalim mereka. Dia kerap
mendodoikan lakonan kebenciannya terhadap orang Barat (penjajah, memang
bencikan saya), orang Cina (gerombolan pengganas komunis), orang Melayu
(pemalas, dungu). Hanya orang India yang tidak diperlekehkannya kerana
mereka diperlekehkan dengan cara lain pula. Di Malaysia setiapkali
diperlukan pengorbanan untuk memperakukan sesuatu kejadian, masyarakat India
digunakan untuk membuktikan mayatnya.
Perdana Menteri kerap bercakap mewakili negaranya, baik di dalam negara
ataupun di luar sana, dan menepati negara yang berbilang bangsa, Sepatutnya
dia membentangkan apa jua kebaikan yang mampu ditonjolkan oleh negara,
bukannya segala bentuk kehaprakan yang menunjukkan bisa unsur-unsur
perkauman negara. Inilah yang tidak dapat ditonjolkannya dalam usaha
melakonkan wibawa seorang diplomat dan negarawan yang unggul. Sebaliknya
setakat ini, nampak sangat dia memang tidak mempunyai ketokohan menyerlahkan
martabat ini. Mahathir sudah tidak mampu berkhidmat untuk negara ini dengan segala
kehormatannya, apatahlagi dalam usaha menyerlahkan segala harapan dan
inspirasi rakyat jelata. Dia semakin galak memalukan negara dan mengaibkan
bangsanya, sedangkan inilah masanya negara amat memerlukan satu kepimpinan
yang penuh ketokohan. Dia tidak mampu memberikan kepimpinan berbentuk ini
dan selalu menghalang sesiapa yang mampu memberikan kepimpinan itu.
Kempen kerajaan agar rakyat merelakan ISA dikekalkan, adalah satu bentuk
pembaziran wang rakyat marhaen. Segala lakonan dan sandiwara betapa wujudnya
ancaman keselamatan negara memerlukan perancangan kerahan tenga polis
sehingga memesongkan mereka daripada tugas yang lebih penting lagi. Mahkamah
dan penjara semakin dipenuhi oleh manusia yang dikenakan pelbagai tuduhan
palsu semata-mata bertujuan memperakukan segala sandiwara jijik dan drama
polis itu. Sebaliknya, ISA tidak akan mampu dikekalkan secara berterusan. Kalau
demokrasi mahu diberi ruang untuk bertapak di Malaysia, ISA mestilah
dimansuhkan. Setiapkali menjelangnya pemilu, asas utama yang mesti
didebatkan ialah prinsip bahawa 'seseorang itu masih tidak bersalah
melainkan kesalahannya itu disahkan oleh mahkamah'. Segala calon dan parti
politik yang enggan mematuhi prinsip ini mestilah diketepikan. Demokrasi
memerlukan kita memilih secara undi mereka yang memperakukan kepentingan dan
keunggulan prinsip hidup ini. Inilah masanya untuk kita mengisytiharkan bahawa kempen kerajaan untuk
mengekalkan ISA sudahpun gagal. Inilah masanya kerajaan menghentikan segala
sandiwara yang bertujuan memberikan kesahihan kepada segala tindakan
menghenyak rakyat jelata. ISA secara sendirian, sudahpun ketinggalan zaman.
Kerana itu ia sentiasa memerlukan kempen berterusan oleh penajanya. Seperti
barangan rokok, yang memang berbahaya. ISA sudah tidak laku, ia merupakan
bahaya yang amat mengancam walaupun pada tahap awalannya ia dikatakan
bertujuan mengekalkan demokrasi. Sebenarnya ISA menghancurkan demokrasi.
Seandainya ia dibenarkan beleluasa, segala bentuk kebebasan para pengguna
membuat pilihan hidup yang bebas, akan jahanam tanpa tepiannya.
Harun Rashid Terjemahan: SPAR-05-020 |