Laman Webantu KM2A1: 5323 File Size: 9.0 Kb * |
Jalur Gemilang Menjadi Jalur Jembalang By Dr Nologareng 28/8/2001 9:10 pm Tue |
[Apabila Tunku memberi amaran Mahathir adalah musuh orang
melayu ramai yang pekak dan membisu. Sekarang barulah tahu
- bukankah banyak pemimpin terkemuka melayu sudah terpinggir
akibat perbuatannya itu? Bukan pemimpin politik sahaja malah
pemimpin ugama orang melayu juga turut menjadi mangsanya.
Mahathir telah mengaibkan seluruh bangsa melayu dan ugama mereka.
Lihatlah Arqam yang dimusnahkan sama sekali sedangkan sepatutnya
konsep kekeluargaan dan ekonomi Arqam patut dicontohi. Dulu ia
memecat mufti, mengaibkan Harun Din, kemudian menangkap Ustaz
Samsuri dan kini menyumbat Badrol Amin ke dalam ISA. Sampai
sekarang kerajaan tidak berani membicarakan mereka kerana nanti
kerajaan juga yang akan terbogel sebenarnya. Bayangkan ini semua
berlaku di zaman Mahathir... MR2 http://mindarakyat0.tripod.com/2001ogo/2001-2711.htm
Bendera negara yang berjalur putih merah mirip kepunyaan Amerika
dibezakan oleh jumlah jalur merah putih serta bulan bintang yang
mencerminkan Islam sebagai Agama Rasmi. Semenjak dari
kemerdekaan negara dari tahun 1957 itulah benderanya. Tanpa nama
khusus, namun ia dihormati dan dikibarkan menjelang sambutan Hari
Kemerdekaan. Rakyat memandang ia dengan penuh kebanggaan dan
tersentuh kalbu apatah lagi jika terbayang akan perjuangan wira-wira
negara dalam menuntut kemerdekaan dan mempertahankannya.
Kesannya berlebihan lagi kalau diiringi pula dengan lagu 'Negaraku'
rentak lama. Akan terasa sebak di dada dan air mata pun berlinang
tanpa perlu dipercik air bawang ke mata atau mendengar sebuah sajak
HAPRAK. Sedari awal persekolahan, kita diajar menghormati dan menghargai
bendera kita walau pun ketika itu ia tanpa nama Jalur Gemilang. Setiap
pagi, di kala perhimpunan bendera dinaikkan dan diiringi pula lagu
Negaraku yang berasal dari lagu negeri Perak temponya. Begitulah
seterusnya sehinggalah tamat sekolah menengah. Kemudiannya setiap
kali sambutan kemerdekaan atau Hari Keputeraan YDP Agung,
bendera juga turut dikibarkan. Ia mewarnai segenap pekan dan desa.
Kereta-kereta pun tidak kurang hebatnya dengan tempelan bendera
yang berkibar sakan apabila kenderaan bergerak dan menambah
cepatannya. Begitu juga kanak-kanak tersenyum riang dengan
bendera Malaysia di tangan. Bendera adalah perlambangan negara dan rakyatnya
Bendera negara yang berjalur merah putih dan mempunyai penjuru
kirinya kotak yang diisikan oleh bulan sabit dan bintang yang
melambangkan Agama Islam. Bilangan jalur dan bucu bintang sebanyak
14 itu melambangkan jumlah negeri-negeri dalam Malaysia, . Setiap
negeri adalah sama taraf dan HAKnya dalam Perlembagaan di bawah
sebuah Persekutuan yang dinamakan Malaysia. Warna kuning pula
adalah warna diRaja. Setiap bentuk dan warna membawa maksud yang
tertentu. Ia mewakili negara kita yang mengamalkan Demokrasi
Berparlimen yang menjunjung institusi Raja sebagai payung kepada
rakyat jelata. Itulah terjemahan ringkas negara dalam sebuah bendera.
Itulah yang dikenali negara luar setiap kali bendera dikibarkan. Apakah
negara kita masih seperti yang digambarkan oleh sebuah bendera tadi?
Jalur Gemilang bermetamorphosis??
Pemerintahan Mahathir telah mencabul segala peruntukan
Perlembagaan demi kekuasaan dan juga usia politiknya. Apa saja
institusi yang menghalang berahi nafsu serakahnya, pasti akan
dirosakkan dan dicabulnya. Institusi Raja-Raja yang menjadi payung
negara telah dicemari dengan cara yang HINA sedangkan dalam
kekuasaan merekalah yang telah memanjai dan membusukkan Duli
Sultan. Tercabut sudah kuku Raja-Raja Melayu angkara pemerintahan
UMNO Mahathir. Institusi Agama lebih teruk dilanyaknya sehingga
menjadikan Ulama seolah bahan senda gurau sahaja layaknya.
Pemecatan Mufti Selangor dengan membela pula pelaku maksiat
menggambarkan betapa teruknya Institusi ini dimainkan. Itu belum
diulas lagi penghinaan dan komen JAHIL Mahathir tentang Islam. Ia
seolah mahu Islam tunduk kepada kemahuannya. Mahathir mencontohi
Mustafa Kamal Attartuk berlagak bagai Tuhan di bumi.
Mahathir juga melanggar perjanjian dan HAK negeri yang diperintah
oleh Barisan Alternatif. Lihat bagaimana kejam dan sadisnya Mahathir
dalam menafikan hak Royalti minyak serta juga melewatkan Geran
Wajib ke atas Terengganu dan Kelantan. Kemudian lihat pula betapa ia
telah merugikan orang Melayu dengan mencabul Peruntukan Istimewa
orang Melayu - yang asalnya adalah tukaran kepada 'Jus Soli' dalam
akujanji sosial semasa pembentukan Malaysia.
Pencabulan HAK ASASI manusia yang telah beliau dan kuncu-kuncunya
lakukan ke atas rakyat dibuktikan oleh berbagai AKTA yang sebenarnya
berlawanan dengan PERLEMBAGAAN. Dengan menggunakan Institusi
PDrM yang telah bedebah ini cemari bermula zaman Tun Hanif Omar, rakyat
Marhaen diikat kebebasan dan diancam pula dengan tindakan mahkamah
sekiranya berani bersuara. Kezaliman ke atas DSAI, Ezam dan 8 orang
rakannya amat menyayat hati dan menimbulkan kemarahan yang bukan
kepalang. Lihat pula bagaimana rakyat marhaen diseret, dibelasah,
disembur kimia dan ditangkap semata-mata menuntut HAK ASASI nya untuk
bersuara dan berhimpun secara aman. Kezaliman Mahathir yang diterjemahkan
oleh PDrM sebagai penguatkuasa yang membelakangkan Perlembagaan
menjengkelkan dan mengundang kebencian bukan kepalang orang Melayu
kepada mereka. Demokrasi ala Mahathir Freemasonian serta pengagum Machiavelli ini
sungguh jijik serta hanyir dan tersebar ke seluruh dunia. Sekiranya
Demokrasi dalam partinya sendiri pun telah terhapus dan diketatkan,
apakah boleh diharap ia bersikap demokratik? Setelah tertekan oleh
peningkatan sokongan rakyat yang mencurah-curah datangnya, kepada
pembangkang, Mahathir dengan bantuan media dan dokongan PDrM terus
mengkhianati Perlembagaan dan semangat Demokrasi. Tekanan ke atas
parti-parti politik serta saluran akhbar dan majlis ceramah menjadi
agenda utama mereka dengan alasan yang DANGKAL dan LUAR AKAL yang
sihat. Sejarah negara telah menunjukkan sedari dahulu lagi alasan
DEMI KESELAMATAN NEGARA dan ANASIR SUBVERSIF/MILITIA digunakan oleh
Polis dengan tekanan dari poliTIKUS Haprak yang diketuai Mahathir.
Bahkan memang arahan karut-marut yang bukan demokratik ini berasal
dari Mahathir yang beretnik campuran Mamak Kerala. Mengulas kembali
Buku Delima Melayunya yang mengatakan peranan genetik dalam sesuatu
bangsa - kita tertanya-tanya apakah budaya India seperti dalam cerita
Hindustan itu yang diterjemahkannya dalam politik negara???
Kadang-kadang ternampak seperti watak pelakon India villain yang
mendiktator sesebuah daerah atau kota?..
JG menjadi Jalur Jembalang @ JJ
Perubahan membusuk dan merosakkan rukun hidup yang sedia ada
oleh tangan jahat Mahathir amat menggetikkan rakyat, terutamanya
rakyat Marhaen. Berkat kemajuan Teknologi maklumat dan informasi
tanpa sempadan perlakuan JAHAT dan BEJAT mereka terdedah sudah.
Tanpa penafian ke atas segala kes rasuah dan salah guna kuasa mereka
menyebabkan rakyat tersedar dari buaian yang didendang oleh alat
propaganda mereka - akhbar dan televisyen. Kerenah mereka yang
bertali arus dengan menyalahgunakan DEMOKRASI untuk petualangan
menyebabkan RAKYAT MARHAEN mula bangun mencari erti
Demokrasi sebenar dalam usaha mengnyah mereka dari kekuasaan.
Rakyat marhaen tidak tahan lagi melihat bagaimana si TUA bangka itu
menekan rakyat bersama dengan ROH dan semangat Yahudi yang
dikaguminya itu. Apa ka nama manusia, sampai segala pendekatan
penguasa pimpinan Mahathir begitu mirip langkah Yahudi yang
dilaknati Allah sedangkan rakyat berlembut dan berhemah.
Apa yang dibuat oleh seorang manusia seperti Mahathir dan partinya
yang menguntungkan orang Melayu dan rakyat secara amnya selama
20 tahun lalu?? Berbaloikah kemegahan projek mega berbanding
hutang luar negara yang tak kurang MEGANYA?!! Seronokkah kita
melihat kibaran bendera sedangkan rakyat marhaen hidup merana dan
terbelenggu kemiskinan? Banggakah kita apabila kerajaan Mahathir
menderma/membantu negara lain sedangkan rakyat sendiri memohon
ehsan perubatan dalam akhbar dan televisyen??
Lantas rakyat yang panjang akal dan kritikal melihat sudah berlaku
perubahan pada perlambangan bendera negara yang selama ini
disanjung dan dibangga. Tidak adil lagi untuk menipu rakyat biasa yang
marhaen dengan nostalgia lalu dendangan kerajaan hari ini. Lantas
terciptalah JALUR JEMBALANG yang menggambarkan keadaan
sebenar negara sekarang. Sekali ini tentu Mahathir berbangga kerana
rakyat marhaen dapat menangkap maksud sebenar beliau yang
digambarkan oleh bendera baru Malaysia yang menggambarkan jelas
wajah 'idiot'nya bersama dengan 'Star of David' lambang
kekuasaan Yahudi. Bolehkah sesiapa menafikannya?
|