Laman Webantu KM2A1: 5325 File Size: 11.8 Kb * |
TJ SPY B4: Di Sebalik Lensa Mossad By GT 28/8/2001 10:50 pm Tue |
[Pendedahan kisah Diana dan Dodi serta peranan M16 melalui
internet telah menggegarkan pihak yang terbabit walaupun ia
sekadar pendapat sahaja. Reaksi kerajaan Britain menunjukkan
pendapat itu ada benarnya sehingga mereka cuba menutup laman
tersebut. Kerajaan tidak berani mendakwa kerana bimbang kebenaran
itu akan membenamkannya. Rakyat Malaysia perlu sedar internet adalah senjata yang lebih
hebat daripada media dan perisik kerajaan kerana ia dapat dicapai
ke seluruh dunia tanpa batasan. Lagipun internet mempunyai banyak
pelapur dan perisik sukarela yang tidak dapat dikenal pasti siapa.
Mampukah kerajaan membunuh musuh yang tidak dapat dicam dengan nyata?
- Editor] Bahagian Keempat Pada awal Mei 1999, Johan Mac Namara terbang ke Geneva,
Switzerland untuk bertemu Richard Tomlinson, seorang bekas pegawai
kanan M16. Satu ketika dulu Tomlinson diramalkan bakal menjadi
ketua M16. Namun selama empat tahun selepas keluar daripada
perkhidmatan M16 sudah hidup merempat sambil melancarkan kempen
menyakat bekas majikannya. Pada awalannya, Tomlinson telah
dikagumi oleh seorang pencungkil bakat semasa beliau menuntut di
Cambridge University, dan agen M16 itu telah menguruskan kemasukan
beliau dalam perkhidmatan agensi risikan British yang terkenal
itu. Tiba-tiba Tomlinson dibuang kerja pada musim bunga 1995,
setelah dia memberitahu pegawai perjawatan M16 betapa dia dihurung
masalah emosi ketika itu. Ketika kami bercakap di telefon, dia telah memberitahu betapa
"keikhlasan saya menyebabkan saya dibuang kerja. Pihak yang
berkuasa berpendirian walaupun saya menunjukkan kerja yang dipuji,
saya masih tidak pandai mengzip mulut."
Tomlinson pernah menceritakan bagaimana dia cuba menyaman M16
kerana tindakan salah membuangnya, tetapi kerajaan British berjaya
menyekat kes itu dikemukakan di mahkamah. Kemudian mereka
menawarkan satu bentuk bayaran sagu hati 'sebagai menutup mulut'
kata Tomlinson. Tawaran itu ditarik balik apabila penerbit buku di
Australia telah mengirimkan sinopsis satu buku yang mengandungi
cerita Tomlinson ketika dia bertugas dengan M16. Tujuan penerbit
ialah mengelakkan sebarang tuntutan mahkamah seandainya jalan
cerita bercanggah. M16 bertindak pantas, Tomlinson telah diberkas.
Ketika itu dia sedang bersiap meninggalkan Britain, dan
dipenjarakan selama dua tahun kerana melanggar akta Official
Secrets Act (yang menjadi asas OSA Malaysia - penterjemah).
Apabila dibebaskan daripada penjara pada April 1998, Tomlinson
berpindah ke Paris dan kemudiannya ke Switzerland. Dari sana dia
mula mengunjungi kafe-internet untuk mengirimkan beberapa maklumat
yang menjatuhkan martabat M16. Antara kempen itu ialah pendedahan
'ulat' yang bertugas di Bank Pusat Jerman yang menggunakan nama
kod 'Orcadia'. Orang ini telah menjual rahsia negaranya kepada
Britain. Dia juga mendedahkan maklumat mengenai rancangan membunuh
Presiden Serbia, Solobodan Milosevic pada tahun 1992.
Kemudian Tomlinson berubah daripada seorang spy yang kecundang dan
malang kepada seorang upahan Mohammed Al-Fayed, yang sudahpun
dikerumuni oleh banyak watak yang penuh kontroversi.
Al-Fayed menganggap Tomlinson, yang sudah jatuh papa kedana,
sebagai seorang 'yang datang daripada dunia lain'. Dia telah
menggalakkan Tomlinson menceritakan apa juga yang dia tahu kepada
hakim mahkamah di Peranchis yang menyiasat kematian Di dan Dodi.
Dalam satu keterangan bersumpah, Tomlinson mendakwa M16 terlibat
dengan kematian pasangan itu. Beberapa agen M16 telah berada dua
minggu lebih awal sebelum hari kematian, dan mereka telah
berbincang dengan Henri Paul, 'yang merupakan talibarut upahan
M16.' Dalam affidavitnya itu, Tomlinson mendakwa 'mata Paul telah
disuluh oleh cahaya laser berkuasa tinggi sehinggakan beliau
menjadi buta ketika dia memandu memasuki terowong itu. Inilah satu
teknik yang digunakan oleh M16 dalam banyak pembunuhan
terancangnya.' Dakwaan yang berani itu merapatkan hubungan Tomlinson kepada
Al-Fayed. Dia sudah dianggap lebih hebat daripada satu tanda
daripada syurga. Al-Fayed sudah menganggapnya sebagai; 'seorang
manusia yang mampu menyingkap kebenaran yang terselindung dalam
satu peristiwa yang sungguh besar dan mempunyai kepentingan
sejarah'. Sebagai usaha menggalakkan Tomlinson dalam kempen itu makanya
MacNamara terpaksa terbang ke Geneva.
Setibanya di Geneva, Tomlinson menghadapi masalah kewangan,
sehingga tidak mampu membayar sewa biliknya. Usahanya mendapatkan
duit daripada penulisannya mengenai tempat pelancongan tidak
membawa banyak hasil. Usahanya untuk menjadi seorang mata-mata
gelap menemui jalan buntu kerana dia tidak berani pergi ke negara
Eropah takutkan ada pula agen M16 yang akan menyambarnya. Oleh
kerana pengaruh M16, dia tidak boleh memasuki Amerika Syarikat,
Australia dan Peranchis. Hanya Switzerland yang sanggup
memberikannya perlindungan kerana kerajaan Switzerland menganggap
kesalahan di bawah Official Secrets Act (OSA) adalah kesalahan
politik yang mereka tidak ambil pusing.
Sumber M16 yang pernah bercakap dengan saya mencadangkan betapa
Mac Namara telah pergi mencari Tomlinson untuk menyelesaikan
masalah kewangannya. Tidak berapa lama kemudian, Tomlinson
kelihatan lebih bertenaga untuk melancarkan apa yang disebutnya
sebagai 'my nuclear option' (pilihan nuklearku). Dengan
menggunakan satu program canggih yang diubah masuk dalam
komputernya yang memang canggih itu, Tomlinson telah membuka satu
laman web peribadi dan menerbitkan satu senarai panjang lebih satu
ratus pegawai M16 yang masih berkhidmat - termasuk nama dua belas
orang pegawai yang terlibat dalam 'plot' (rencana) membunuh Diana
dan Dodi. Tidak ada satupun bukti yang jelas untuk menyokong segala dakwaan
ini. Tetapi, dalam beberapa jam sahaja nama mereka telah tersiar
di serata dunia. M16 menjadi gugup dan cuba menutup laman web itu. Tetapi, setiap
kali laman web itu berjaya ditutup, satu laman web lagi muncul
dengan tugas yang sama. (Mereka sepatutnya gunakan pakar IT UMNO
di PWTC!). Di London, Pejabat Luar telah mengaku betapa adanya
kebocoran rahsia yang serius sejak Era Perang Dingin. 'Nyawa agen
M16 dan para talibarut mereka sedang terancam'. Yang pasti mereka
yang sedang bertugas di Iraq, Iran, Lebanon, dan beberapa negara
Timur Tengah terpaksa diundurkan.
Akan tetapi, Al-Fayed dan juga Tomlinson, gagal menduga adanya
satu kesan daripada kerja-kerja pendedahan itu. Pencerobohan
keselamatan M16 dipandang begitu serius sehinggakan ia telah
menyungkup nama beberapa agen M16 dan juga konspirasi untuk
membunuh Dodi dan Di. Kisah penglibatan mereka tidak dihiraukan
kerana mudah dipatah-balik dengan alasan bahawa itu adalah satu
helah Al-Fayed semata-mata. Pada bulan Jun 1999, keadaan kelam-kabut berterusan apabila Laman
Web Al-Fayed di Harrod telah menyiarkan nama seorang pegawai kanan
M16. Laman web itu telah menuduh pegawai itu yang pada ketika itu
berkhidmat di Balkans telah melancarkan satu kempen dan 'cuba
mencemar nama baik Al-Fayed.' Kementerian Pertahanan Britain telah campur tangan dengan memberi
amaran betapa dakwaan itu telah menyulitkan kedudukan agen itu dan
juga semua tali-barutnya di Kosovo dan Serbia.
Identiti agen itu telah terdedah bersama satu buku yang disediakan
secara online, untuk orang luar mengirimkan pesan sempena ulang
tahun kematian Diana dan Dodi. Jurucakap Harrod, Laurie Meyer, telah berjanji untuk memadamkan
nama agen itu, 'kerana satu kesilapan, sebenarnya'.
Beberapa laporan kemudiannya diterbitkan di Jerman. 'Bild' yang
mempunyai edaran terbesar di Jerman telah melaporkan betapa Henri
Paul pernah memasang satu alat perakam di bilik penginapan Diana
di Ritz Hotel dan telah menyimpan rakaman 'aksi cumbuan terakhir'
pasangan itu. Beberapa jam sebelum Paul memandu kereta yang
membawa mereka, pasangan itu telah menghabiskan masa berdua-duaan
di bilik itu. Menurut Bild, pita rakaman itu telah menjadi tumpuan utama M16
untuk mendapatkannya. Pada waktu yang sama, Fred Spencer, adik Diana, bertindak untuk
masuk campur. Dia telah memberitahu penonton televisyen Amerika,
bahawa setahunya 'kisah percintaan kakak saya dengan Dodi hanya
mekar untuk musim panas sahaja, kerana beliau tidak berniat
berkahwin dengannya'. Mohammed Al-Fayed membalas pendapat itu dengan tepatnya, bahawa
hubungan persaudaraan antara Spencer dan Diana ketika itu tidaklah
semesra yang disangkakan. Semua pergolakan ini tidak mengejutkan Ben-Menashe. Dia telah
mengikuti usaha Al-Fayed yang tidak bertepian itu 'untuk
membuktikan betapa Queen Ratu England dan suaminya Prince Phillip
merancang pembunuhan'. Pegawai perisik Israel yang sungguh berpengalaman itu berpendapat
bahawa: 'Apabila Al-Fayed mengambil khidmat Richard Tomlinson dan
mempercayainya, Al-Fayed telah tersasar jauh daripada tujuan asal
matlamatnya. Dia sudah terpaksa bergantung harap kepada bantuan
siaran akhbar jenis tabloid sahaja. Namun, saya tahu kenyataannya,
kalaulah beliau merencana usaha itu dengan jelas dan teratur, dia
mampu menemui beberapa hasil yang mengejutkan. Memang ada yang
ganjil dengan kematian Di dan Dodi. Tidak siapa menafikan memang
ada ruang untuk menyiasatnya. Tetapi jejak siasatan itu telah
dikucar-kacirkan oleh Fayed sendiri, sehingga menyulitkan. Itu
mungkin bukan kesilapannya, tetapi disebabkan mereka yang
menyuruhnya melihat di sini dan bukan di sana. Kepada kebanyakan
mereka, memanjangkan kisah siasatan ini adalah satu bentuk bayaran
pencen untuk mereka. Mereka sedar setiap kali tercetusnya teori
yang setengah masak, Al-Fayed akan berbelanja lagi untuk
mengesannya. Ketika melaksanakan semua itu, dia tertimbus
jejak-jejak lama yang berguna yang tidak mudah untuk mengesannya
semula. Sindiran seperti itu menjadi kenyataan apabila pada akhir Jun
1999, muncul kisah satu kereta misteri yang digambarkan dalam
siasatan rapi. Kereta itu ialah sebuah kereta jenis Fiat Uno, yang
dilihat berlari laju secara ke tengah dan ke tepi dalam masa yang
sama kemalangan itu terjadi. Kisah kereta berlari secara 'zigzag'
itu telah dicetuskan oleh Danny Yatom ketika itu menjadi ketua
pengarah Mossad. Dia menjadi prihatin kalau-kalau cerita Mossad
mahu mendapatkan khidmat Henri Paul boleh dilihat sebagai satu
ruang untuk menuduh pembabitan Mossad dalam kematian pasangan
itu. Siasatan tertumpu kepada satu tempoh selama dua minggu sebelum
kejadian kemalangan - ataupun apa yang disebut oleh Al-Fayed
sebagai 'kemunculan satu kemalangan untuk melindungi satu
pembunuhan' - dan hari-hari berikutnya.
Siasatan Mossad menunjukkan ketika agen Mossad berada di Paris
sebelum kematian pasangan itu, terdapat satu pasukan M16 yang
dianggotai oleh empat orang. Untuk minggu pertama, mereka bertugas
di Kedutaan British, kemudian mereka berpindah ke sebuah apartment
yang disewa sebagai 'M16 safe house' (rumah persembunyian M16) -
tidak berapa jauh daripada Ritz Hotel. Salah seorang anggota M16
itu telah mendaftar untuk menginap di Hotel Ritz empat hari
sebelum Di dan Dodi mati. Laporan Mossad itu mendedahkan juga, bahawa sekitar 14 dan 15 Ogos
1997, satu pasukan CIA tiba di bandar itu. Pasukan CIA memang
telah lama memantau Diana kerana keceluparan beliau menyerang
pembuat bom jerangkap samar, kebanyakannya berpusat di Amerika
Syarikat. .....bersambung.... Terjemahan SPAR12-tmt-002 |