Laman Webantu KM2A1: 5330 File Size: 12.4 Kb * |
TJ SPY B5: Di Sebalik Lensa Mossad By GT 29/8/2001 5:44 pm Wed |
[Terlalu banyak pihak yang berminat dengan gerak-geri Diana
sehingga kelihatan sukar untuk ditelah angkara siapakah semuanya
ini. Tetapi jika kita mengamati sorotan persitiwa ini baik-baik
ada sesuatu yang tidak kena. Perisik Mossad memerap maklumat
mengenai kewujudan kereta Fiat Uno itu. Mengapa ia tidak dikejar
tetapi hanya sekadar memerhati sahaja....
Pembunuh nampaknya tahu Diana dan Dodi berada di dalam kereta
Mercedes tersebut. Ini menunjukkan ada orang dalam atau aktiviti
pengintipan. Dan dengan melakukan pembunuhan di dalam terowong,
ia menggambarkan si pembunuh itu memang pakar dan tahu rancangan
perjalanan. Ini semua menggambarkan segala-galanya sudah dirancang
oleh seseorang yang amat berpengalaman dan kaya maklumat yang
selalunya ujud dalam agensi perisikan...
- Editor] Bahagian Kelima Laporan CIA merupakan sebahagian dokumen yang diminati oleh
Al-Fayed yang berjumlah 1051 (satu ribu lima puluh satu naskah)
dokumen semuanya. Al-Fayed terpaksa mengemukakan permohonan
kepada mahkamah Amerika untuk mendapatkan salinan dokumen
tersebut. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah menolak dengan
alasan dokumen itu mengandungi maklumat yang 'sensitif kepada
keselamatan negara'. Laporan Mossad menunjukkan perkara yang disebut 'sensitif' itu
ada kaitannya dengan permintaan Britain agar memantau pergerakan
Diana. 'Britain menganggap Diana sebagai mulut celupar' tegas al-Fayed.
'Malahan beliau merupakan seorang wanita yang berani menangani
isu jerangkap samar.' Siasatan Mossad melaporkan satu jadual terperinci berkaitan Dodi
dan Diana, beberapa jam terakhir sebelum mereka menemui ajal.
Sebahagiannya merupakan pengamatan peribadi Maurice dan juga tali
barutnya yang lain. Maklumat yang lain dikutip daripada saluran
sokongan (back channel) Mossad yang didapati daripada agen yang
lain di Paris, daripada M16, CIA dan Perisik Peranchis.
'Saya telah diberitahu oleh seorang bekas pegawai risikan Israel
bahawa semua agensi perisikan mempunyai minat terhadap Diana dan
Dodi,' kata Mohammed Al-Fayed.
Catatan Mossad mengenai waktu terakhir dalam hidup Diana dan Dodi
bermula pada 11:45 malam Sabtu, 29 Ogos, 1997, apabila Henri Paul
diserahkan kuasa memandu mereka keluar daripada Ritz Hotel.
Mohammed Al-Fayed masih lagi teringat arahan yang diberikannya
kepada Paul melalui telefon. 'Saya telah meminta dia memandu dengan hati-hati, dan meminta dia
memahami bahawasanya nyawa ibu kepada bakal raja England dan anak
kesayangan saya berada di tangannya. Saya yakin dia tidak
melupainya. Allah mengetahui, betapa saya mempercayainya. Hanya
Allah mengetahui sekarang kenapa saya bersikap begitu.'
Catatan Mossad seterusnya ialah 11.50 malam. Di bar Ritz, Trevor
Rees-Jones yang merupakan pengawal peribadi Diana dan Dodi,
sedang berkumpul dengan pengawal sekuriti hotel bersama Henri
Paul membincangkan hala arah yang akan digunakannya.
Paul menunjukkan sifat yang serba yakin. Dia berkata, dua buah
Range Rover akan digunakan sebagai umpan pelencong untuk menipu
paparazzi. Ini membolehkan beliau masa yang secukupnya untuk
menyelinap keluar. Rees-Jones dilaporkan telah berkata bahawa
rencana itu 'nampaknya tidak ada masalahnya.'
00.15: pagi - Ahad, Ogos 30. Di lobi hotel, Henri Paul
menggunakan telefon bimbit untuk memberi arahan kepada dua
kenderaan pelencong itu. 00:19 pagi - Dua kenderaan sebagai umpan itu telah meluru
menghala Place Vendome yang berada di hadapan hotel Ritz.
Paprazzi mengekor belakang memikirkan Diana ada di dalamnya.
00:20 pagi - Di pintu belakang hotel Paul muncul memandu sebuah
Mercedes. Dia dilihat oleh seorang saksi yang kemudiannya ditemu
bual oleh agen Mossad 'sedang menggerakkan jejari di atas stering
kereta seolah-olah mengetuk gendang lagaknya'.
00:21. pagi - Di bahagian atas Rue Cambon, seorang agen Mossad
duduk memerhatikan keadaan. Dia membuat laporan kemudiannya
dengan menulis: 'sebuah kereta putih Fiat Uno meluncur laju di
jalan itu'. Laporan Mossad itu melaporkan dalam kereta itu terdapat dua orang
pegawai risikan Peranchis, DST. DST bererti Directorate For
Surveillance of the Territory (Jabatan Pemantauan Wilayah, kerana
orang Peranchis menyebut 'territory' termasuk semua tanah
jajahannya dulu - penterjemah) - inilah agensi risikan yang
terbesar dan paling berpengaruh di Peranchis. Ia mempunyai
beberapa ribu kakitangan dan bergerak dalam negeri dan di luar
negara. Antara kegiatannya yang banyak itu termasuk memantau
semua kedutaan asing di Paris dan menganjurkan beberapa operasi
gelap. Ia bertanggungjawab kepada menteri dalam negeri.
00:22 pagi - Kereta putih Fiat Uno melepasi lampu trafik di Place
de la Concorde. Kereta yang dipandu oleh Henri Paul terhenti di
situ kerana lampu merah. 00.23 pagi - Mercedes (Paul) meluncur menghampiri terowong Alma.
Tentu sekali Henri Paul sedar adanya kereta putih itu jauh di
hadapannya. 00.24 pagi - Mercedes yang masih meluru laju melepasi bahagian
masuk terowong yang tinggi berbanding bahagian terowong di dalam.
Di kerusi belakang kereta, Dodi dan Diana tentu telah merasakan
satu sensasi seperti dalam perjalanan 'roller coaster'.
Beberapa saat kemudian terdengar bunyi ledakan dalam terowong.
Bunyi nyaring dan ngilu besi diheret, bergema dan berurutan tanpa
henti. Henri dan Dodi sudahpun menghembuskan nafas terakhir mereka. Diana
masih bernyawa lagi. Sejurus kemudian, mengikut laporan Mossad, kereta putih Uno itu telah
dipandu memasuki satu jalan sampingan di Avenue Montalgne. Di sana
sudah sedia menanti satu 'pentachnicon' (sebuah kameo/lori semacam
kontena yang mempunyai pintu di bahagian belakang boleh diturunkan
semacam tangga bentuknya) dengan pintu belakangnya terbuka laksana
'ramp' ataupun tangga. Uno terus menaiki tangga dan pintu itupun
tertutup. Beberapa jam kemudiannya, mengikut laporan Mossad, Uno itu telah
disepit oleh mesin pengunyah besi untuk menjadikannya besi buruk
sehinggakan melenyapkan segala identiti kereta itu. Demikianlah, pada waktu menulis ini, kisah Di dan Dodi tersadai
di situ. Mampukan Tomlinson menyerlahkan apa-apa yang terbaru?
Mampukah Ben-Menashe membongkar sesuatu yang dapat digunakan oleh
Al-Fayed sebagai bukti wujudnya satu konspirasi? Apakah benar
Diana sebenarnya sedang hamil sebelum dia mati? Apakah Mohammed
Al-Fayed telah dikaburi keperitan berbaur perasaan marah sehingga
sanggup menerima segala kisah ini sebagai fakta kegunaannya?
Semua soalan ini akan berulang-ulang pada tahun-tahun yang akan
datang. Tetapi, semuanya tidak akan menemui jawapan yang mampu
memuaskan hati nurani Mohammed Al-Fayed ataupun meyakinkan semua
mereka yang percaya beliau sudah bertukar menjadi seorang yang
berbahaya kerana terperdaya dan bersedia menghamburkan belanja
untuk mendapatkan kebenaran yang mungkin, dan hanya telah
disimpan dan berkunci rapi oleh mereka yang terbabit sepenuhnya
dengan kisah ini. Segelintir teman sekerja Maurice semakin merasakan bahawa usaha
untuk mengumpan Henri Paul adalah bukti tambahan betapa Mossad
telah menyimpang sedikit di luar pengawalan, kerana sanggup
melancarkan operasi sejagat secara gelojoh tanpa mengambil kira
implikasi yang panjang bagi pihaknya, Israel, keamanan di Timur
Tengah, dan akhirnya kepada perhubungan dengan sekutu negara
Yahudi yang paling lama dan paling akrab, Amerika Syarikat.
Beberapa pegawai berpendapat, perkara ini menjadi teruk sejak
Benyamin Netanyahu menjadi perdana menteri pada 1996.
Seorang veteran masyarakat perisikan Israel telah berkata:
'Mereka yang bertugas dengan Mossad selalunya merupakan samseng
yang menyamar sebagai pejuang. Inilah yang tidak baiknya kepada
kita dan moral yang ada, dan akhirnya akan membawa kesan yang
tidak baik kepada Mossad dan perhubungannya dengan agensi yang
lain'. Seorang lagi pegawai perisikan Israel yang berpengalaman telah
berterus terang dengan saya: 'Netanyahu berlagak seolah-olah
Mossad ialah sebahagian versi baru sidang diraja King Arthur;
yang mesti mendengar cerita baru setiap hari jika tidak para
panglima Meja Bulat baginda menjadi muak dan jelak. Inilah yang
membuatkan Mossad jauh tersasar. Memang sudah sampai masanya
memicit punat loceng kecemasan sebelum terlambat.'
Pengajaran pertama yang saya pelajari selama satu abad menulis
tentang siasatan risikan ialah: pelencongan dan maklumat songsang
adalah kembar-siam, yang bersekongkol dengan sabotaj, korupsi,
peras-ugut, dan adakalanya pembunuhan berbentuk 'asssination'.
Para petugas dilatih untuk berbohong dan menggunakan dan
menyalahgunakan persahabatan. Mereka mempunyai stail kehidupan
yang mudah menjadi musuh dalam selimut.
Mula-mula sekali saya melihatkan gelagat ini ialah ketika membuat
beberapa skandal perisik waktu Perang Dingin dulu: pengkhianatan
rahsia bom atom oleh Klaus Fuchs, dan kisah mendalangi M15 dan
M16 oleh Guy Burgess, Donald Mclean, dan Kim Philby. Setiap
mereka ini menjadikan penderhakaan dan pengkhianatan sebagai
amalan hidup mereka. Saya juga merupakan antara kumpulan penulis
yang pertama sekali didedahkan kepada ketaksuban CIA terhadap
'pengawalan minda'. Inilah ketaksuban yang akhirnya; sepuluh
tahun kemudian, terpaksa membuat pengakuan secara terbuka. Itupun
selepas buku saya 'Journey Into Madness' diterbitkan. Penafian
adalah satu seni hitam yang telah diasah kepada setiap ahli
perisik untuk dijadikan amalan hidupnya.
Namun demikian, dalam usaha mencari kebenaran, saya banyak
mendapat tunjuk ajar dua pegawai perisik yang professional;
Joachim Krane, mendiang bapa mertua saya, yang mengetuai jaringan
M16 di Drasden ketika pasca Perang Dunia II, dan Bill Buckley,
ketua stesyen CIA di Beirut. Tubuh badan mereka selalunya
mempunyai banyak kesamaannya: tinggi-lampai dan tegap dengan
wajah yang bersedia menghadapi bahaya. Pandangan mata mereka
tidak menyerlahkan apa-apa, kecuali membuat penilaian kalau anda
bukan sebahagian jawapan sesuatu masalah, anda tentu sebahagian
masalahnya. Dari segi intelektual mereka memang hebat, itu
sebabnya kalau mereka mengkritik agensi yang menjadi tempat
pencarian hidup itu, mereka mampu menggunakan kata-kata yang
mengecutkan apa yang mudah kecut.
Mereka berdua ini kerap mengingatkan saya kepada beberapa kisah
yang ngeri-ngeri yang mencabar perwatakan mereka. Ada kisah
pertempuran di jalan yang tidak bernama; kesediaan bersatu
sama-sama menenangkan teman kerana terkorbannya rakan ataupun
pejabat yang diledak bom; operasi gelap yang memudahkan usaha
bertahun lamanya untuk menyuburkan hubungan politik; pencarian
secebis maklumat yang dapat menyerlahkan satu gambaran yang
menjadi tanda tanya risikan. Joachim menambah, "adakalanya
beberapa perkataan, yang disebut secara sengaja, boleh memetik
suis cahaya kepada sesuatu yang baru."
Sambil berbangga menjadi warga masyarakat yang mereka sebut
sebagai 'profesion yang nombor dua tertua di dunia', mereka
berdua bukan sahaja menjadi sahabat saya, tetapi telah meyakinkan
betapa bidang perisikan ialah kunci rahsia untuk memahami
sepenuhnya hubungan antarabangsa, politik global, dan diplomasi -
dan, sudah tentu, keganasan. Melalui mereka saya dapat
menghubungi banyak agensi risikan tentera dan awam: BND di
Jerman, DGSE Peranchis, CIA, dan badan risikan di Kanada dan
Britain. Joachim mati ketika menikmati persaraannya. Bill telah mati
dibunuh oleh kumpulan yang menculiknya di Beirut dan telah
mencetuskan krisis penculikan tebusan Barat di bandar itu.
Saya juga telah bertemu dengan masyarakat perisikan Israel yang
telah mula-mula membantu saya memahami latar belakang Mehmet Ali
Agca, seorang rakyat Turki yang cuba membunuh Pope John Paul di
St. Peter's Square, Rome pada bulan Mei 1981. Semua konteks itu
telah diatur oleh Simon Wiesenthal, penghambat Nazi yang
terulung, dan merupakan sumber Mossad untuk empat puluh tahun
lamanya. Disebabkan nama baik dan kemasyhurannya, Wiesenthall
telah mendapat layanan baik di mana sahaja, terutama sekali di
Washington. ....bersambung.... Terjemahan SPAR12-tmt-005 |