Laman Webantu KM2A1: 5337 File Size: 11.9 Kb * |
TAG SP 260: Kelentongan Untuk Siapa mengenai Malaysia? By John R. Mallot 30/8/2001 6:18 pm Thu |
[Amy Ridenour nampaknya tidak membaca dan mengikuti perkembangan
semasa sehingga menulis entah apa-apa. Padahal Mahathir adalah antara
musuh akhbar yang utama dunia. Malah kerajaan Amerika sendiri begitu
terkilan dengan tindak-tanduk Mahathir yang jelas melanggar hak asasi
manusia. Bukan itu sahaja, banyak badan NGO antarabangsa seperti Amnesty
International ada menyebutnya. Tuduhan melulu Ridenour itu hanya
menjatuhkan kredibiliti dirinya sendiri kerana kumpulan pemikir lain
yang lebih hebat pun tidak sanggup untuk menulis dan menafsir seperti
itu. Ia hanya layak dibakul-sampahkan sahaja.... tetapi Bernama datang
pula mengutipnya sekaligus menunjukkan betapa hapraknya media Malaysia.
Bayangkan tidak ada satu pun laman web terkemuka dunia seperti IHT atau
CNN mengutip rencana haprak itu kerana ia hanya mencemarkan imej mereka
sahaja. FAC Kelentongan Untuk Siapa mengenai Malaysia?
(Who Is Fooling Whom about Malaysia?)
Oleh: JR Mallot Adalah mudah untuk mengenepikan rencana Amy Ridenour,'Turmoil in
Malaysia' (15 Ogos), sebagai satu kerja yang mencemarkan, berdasarkan
tulisannya yang secara terang-terangan cuba menggambarkan bekas
Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai seorang fundamentalis
Islam yang radikal, mengikuti jejak Khomeini di Iran dan Taliban di
Afghanistan. Ms. Ridenour memberikan gambaran seseorang yang berpegang kepada agama
Islam itu mengikut takrifnya sebagai seseorang yang 'ganas dan begitu
fanatik dengan kebencian' terhadap Barat. Secara keseluruhan, rencana
itu membayangkan bahawa Anwar tidak ubah seperti seorang Islam yang
gila, anti Amerika dan sukakan keganasan.
Sungguh memeranjatkan apabila Ridenour menimbulkan prasangka perkauman,
anti Islam yang 'stereotype' dan kemudian menasihatkan kita agar jangan
tertipu dengan Anwar dan apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari
ini. 'Ia adalah satu tragedi sejarah apabila para diktator seringkali
merampas kuasa dengan mengeksploitasi pergerakan-pergerakan yang
popular,' tulisnya. Sebagai bekas duta US ke Malaysia, biarlah secara ringkasnya saya
mengatakan bahawa Ms. Ridenour telah memperolehi maklumat yang begitu
menyimpang tentang situasi politik di Malaysia, dan juga tentang Anwar
serta matlamat gerakan reformasinya.
Pertama sekali, ramai yang percaya bahawa seseorang telahpun merampas
kuasa politik di Malaysia - tetapi ia bukanlah Anwar, yang menderita di
dalam penjara. Seorang intelek Malaysia yang dihormati, Harun Rashid,
baru-baru ini menulis, 'Malaysia bukanlah negara demokrasi. Semua
prinsip demokrasi telah hilang'. Tiada sesiapapun yang akan membantah
apabila kuasa polis disalahgunakan untuk mementaskan perbicaraan
mahkamah. 'Tiada kebebasan akhbar. Akhbar dimiliki dan dikawal oleh
(kerajaan) parti dan tiada pertentangan pendapat yang dibenarkan.'
Sejak beberapa bulan lalu, mereka yang menentang kerajaan Malaysia
Perdana Menteri Mahathir Mohamed telah ditahan di bawah undang-undang
bekas penjajah Kerajaan British yang diwujudkan bagi melawan
gerila-gerila komunis. Mereka telah dihantar ke penjara untuk selama
dua tahun tanpa dibicarakan, tanpa bukti-bukti dan tanpa diberikan hak
untuk mendapatkan bantuan perundangan. Rakyat dengan mudahnya diminta
untuk menerima bulat-bulat kata-kata kerajaan bahawa sesiapa sahaja
yang cenderung untuk mengkritiknya merupakan ancaman kepada keselamatan
negara. Jelas sekali bahawa Perdana Menteri Mahathir semakin menunjukkan sikap
kuku besi di dalam tindak-tanduknya dan tidak dapat menerima sebarang
penentangan. Di dalam laporan terbaru hak-hak asasinya kepada Kongres,
Jabatan Negara mendokumentasikan sekatan kepada kebebasan bersuara,
akhbar dan berhimpun. Sejak tiga tahun yang lalu, Jawatankuasa untuk
Melindungi Wartawan (Committee to Protect Journalists) telah mengecap
Mahathir sebagai salah seorang dari 'sepuluh musuh akhbar utama' di
dunia, seiringan dengan Castro, Mugabe dari Zimbabwe dan Ayatollah
Khameini dari Iran. Freedom House menyatakan dengan jelas sekali bahawa
akhbar di Malaysia 'tidak bebas'. Reporters Sans Frontieres, Human
Right Watch dan Amnesty International semuanya telah menghasilkan
laporan-laporan meluas yang mendokumentasikan tentang kebebasan politik
yang terhakis di Malaysia pada hari ini.
Adalah menghairankan apabila jauh sekali dari mengamalkan cara Taliban
yang radikal dan sangat anti Barat, Anwar telah dituduh oleh Mahathir
dan para penyokongnya sebagai agen CIA, alat kepada IMF dan
berbagai-bagai tuduhan lain yang dahsyat.
Sebaliknya, Mahathirlah yang saban hari menghentam US, meletakkan
kesalahan bencana kewangan yang melanda negaranya kepada Wall Street
dan bangsa Yahudi, tetapi mendakapi Castro.
Anwar bukanlah boneka Amerika. Tetapi beliau percaya kepada demokrasi.
Beliau seringkali memetik kata-kata dari Tocqueville dan ahli-ahli
pemikir demokrasi dari India sehingga ke Filipina.
Beliau juga berpegang kepada Islam dan dapat bertoleransi. Pernah
beliau membacakan petikan dari Al-Quran kepada saya yang berbunyi,
'Tuhan menjadikan manusia dari pelbagai bangsa yang berbeza warna kulit
supaya kita dapat belajar di antara satu sama lain.' Beliau amat
berpegang teguh kepada agamanya, dan Islam yang diamalkan oleh Anwar
itu membawa lebih kepada perpaduan dari perpecahan. Ia mencari titik
persamaan di kalangan mereka yang berbeza pendapat. Inilah Anwar yang
kita semua kenali, sama ada anda tinggal di Tehran atau London, New
York mahupun Jakarta. Akhir sekali, matlamat perjuangan gerakan reformasi Amwar adalah mudah
sahaja. Mereka tidak berniat untuk menggulingkan kerajaan melalui
revolusi yang ganas. Mereka mahukan hak-hak untuk bebas bersuara, tanpa
diselubungi rasa takut untuk ditangkap. Mereka mahukan hak untuk
mengedarkan akhbar-akhbar dan penerbitan-penerbitan dengan bebas.
Mereka mahukan penggunaan yang adil terhadap akhbar, televisyen dan
radio yang dikawal oleh kerajaan. Mereka mahukan hak untuk berhimpun
dan berkempen secara terbuka, tanpa perlu pihak polis menggunakan
'water canon' dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. Mereka
mahukan pilihan raya yang bebas, di mana mereka tidak perlu mendapatkan
kebenaran polis untuk mengadakan perhimpunan. Mereka mahukan pemimpin
mereka dibebaskan dari penjara - yang dikenakan kepadanya selepas
melalui perbicaraan yang keadilannya telah dikecam oleh
kesatuan-kesatuan guaman dan pemerhati-pemerhati perundangan dari
seluruh dunia. Di tahun 2001, ini bukanlah sesuatu yang radikal ataupun revolusi. Ini
adalah hak-hak yang dinikmati oleh kebanyakan orang di dunia. Thomas
Jefferson pasti memahami Anwar, begitu juga Ronald Reagen. Mengapa
tidak Ms. Ridenour? Asal: http://www.freeanwar.com/articles/article210801.htm
By John R. Malott Note: The author, a former career Foreign Service Officer, was US
Ambassador to Malaysia, 1995-1998.
It would be easy to dismiss Amy Ridenour's op-ed, 'Turmoil in
Malaysia' (August 15), as a hatchet job, given the way it seeks so
blatantly to portray jailed former Deputy Prime Minister Anwar
Ibrahim as a radical Islamic fundamentalist, hell-bent on following in
the steps of Iran's Khomeini and the Taliban in Afghanistan.
Ms. Ridenour paints a portrait of a man whose Islamic faith by
definition must mean he is filled with 'ferocious and fanatical
hatred' of the West. In its entirety, the article implies that Anwar is
some kind of crazed, anti-American, terrorist-loving Muslim.
Ridenour shockingly brings forth every racist, anti-Muslim
stereotype there is and then advises us not to be fooled by Anwar
and what is happening in Malaysia today. 'It is a tragedy of history
that dictators often seize power by exploiting popular movements,'
she writes. As a former U.S. Ambassador to Malaysia, let me simply say that
Ms. Ridenour is woefully misinformed about the political situation in
Malaysia, and also about Anwar and the goals of his reform
movement. First, there are many people who believe that one man already has
seized political power in Malaysia -- but it is not Anwar, who
suffers in jail. A respected Malaysian intellectual, Harun Rashid,
recently wrote, 'Malaysia is not a democracy. All the principles of
democracy have been lost. 'No one will object when police power is
misused to stage show trials'. There is no freedom of the press. The
press is owned and controlled by the [Government's] parties and
no dissent is allowed.' In the past few months, political opponents of Malaysian Prime
Minister Mahathir Mohamed's Government have been arrested
under a law the former British colonial Government wrote to fight
communist guerrillas. They have been sent to prison for two years -
without trial, without evidence, and without access to legal advice.
One is simply asked to take the Government's word that anyone
with the courage to criticize it is a threat to national security.
There is no question that Prime Minister Mahathir has become
increasingly authoritarian in his ways and intolerant of dissent. In its
most recent human rights report to Congress, the State
Department documents the restrictions on freedom of speech,
press, and assembly. For the past three years, the Committee to
Protect Journalists has labeled Mahathir one of the world's 'Top
Ten Enemies of the Press,' along with Castro, Mugabe of
Zimbabwe, and the Ayatollah Khameini of Iran. Freedom House says
clearly that the press in Malaysia is 'not free.' Reporters sans
Frontieres, Human Rights Watch, and Amnesty International all have
produced extensive reports that document the lack of political
freedom in Malaysia today. The irony is that far from being a closet Taliban-style radical and
rabidly anti-West, Anwar has been accused by Mahathir and his
supporters of being a CIA agent, a tool of the IMF, and worse.
And to the contrary, it is Mahathir who spends his days bashing the
United States, blaming his country's financial woes on Wall Street
and the Jews, and embracing Castro. Anwar is not 'America's boy.' But he does believe in democracy.
He regularly quotes from Tocqueville as well as democratic thinkers
from India to the Philippines. He also believes in Islam, but a tolerant Islam. He once quoted the
Koran to me, ' God made man in all different colors so we can learn
from each other.' He believes strongly in his religion, but Anwar's
Islam seeks to embrace rather than divide. It seeks to find common
ground among people of different views. This is the Anwar that all
of us know, whether you live in Tehran or London, New York or
Jakarta. Finally, the goals of Anwar's reform movement are simple. They do
not seek to overthrow the Government through violent revolution.
They want the right to speak their opinions freely, without fear that
they will be arrested. They want the right to distribute their
newspapers and publications freely. They want access to the
Government-controlled press, television, and radio. They want the
right to assemble and campaign openly, without the police using
water cannon and tear gas to disperse them. They want free
elections, where they do not need police permission to hold a rally.
They want their leader released from prison - where he sits after a
trial whose fairness has been condemned by bar associations and
legal observers from around the world.
In the year 2001, this is not radical or revolutionary. These are the
rights that most of the world enjoys. Thomas Jefferson would
understand Anwar, and so would Ronald Reagan. Why doesn't Ms.
Ridenour? |