Laman Webantu KM2A1: 5341 File Size: 15.6 Kb * |
MMMM: B4B - Mana Hilangnya Jalur Itu? By Marhain Tua 30/8/2001 7:44 pm Thu |
[Tidak perlu Soros dipersalahkan kerana kerajaan sendiri mengajak
orang sepertinya untuk bermain di papan BSKL yang sudah menjadi persis
papan berjudi. Ternyata Soros lebih pandai berjudi dari penyangak di sini
dan itu tidak salah kerana dia bermain mengikut peraturan yang dibenarkan
oleh kerajaan sendiri. Malah itulah juga permainan yang diceburi oleh
penyangak dalam negara ini. Kalaulah Soros bersalah dia sudah lama dikejar
mahkamah atau suruhanjaya sekuriti. Kisah al Arqam nampaknya muncul kembali dalam media dan kerajaan nampaknya
begitu gian untuk menghapuskannya. Soalnya mengapa perlu kerajaan menghapuskan
al Arqam sama sekali sedangkan yang tidak betul itu memang boleh diperbaiki?
Bayangkan tiada seorang pun ahli atau pemimpin al Arqam dihadapkan kemahkamah
kerana mereka tidak melakukanapa-apa kesalahan di sisi undang-undang. Kesalahan
mereka, kalaulah ada, cumalah kepercayaan di dalam hati. Tetapi aktiviti
perniagaan atau ekonomi mereka tidak menyanggahi peraturan pun - mengapa ia
juga turut dimangsakan? Pendapat Astora dan Kassim Ahmad jauh lebih teruk
tetapi dibiarkan berleluasa pula. Bab 4B: Mana Hilangnya Jalur Itu?
Mahathir telah menuduh Soros sebagai punca kejatuhan ekonomi
Malaysia sehinggakan dia menaja beberapa majlis makan di luar negara
untuk memberikan penerangannya. Tetapi, siapakah yang mahu dikelentongnya
sedangkan kegiatan Soros itu bukannya satu kegiatan yang terbaru
dalam pasaran kewangan. Kegiatan Soros itu disebut 'arbitraging' dan
memang sudah lama diamalkan di dunia sejak Perang Dunia Pertama
lagi. Malahan, kewujudan CLOB yang berpangkalan di Singapura untuk
menghenyak kegiaan pasaran saham Kuala Lumpur adalah satu cabang
ataupun kemudahan melaksanakan proses arbitraj. Bagaimanakah
arbitraj melalui CLOB boleh dibiarkan berleluasa sejak zaman Daim mula-mula
menjadi menteri kewangan lagi? - Soros hanya menjadi kambing hitam sahaja
Soros dikambinghitamkan untuk menutup beberapa nama besar yang
sentiasa berada di keliling pinggang Mahathir. Lagipun adalah
mustahil, Soros boleh membawa masuk wang yang begitu banyak tanpa
dapat dikesan oleh bank Negara. Apabila suasana wang panas di Malaysia semakin mengganas, hampir semua
pertubuhan haram di dunia telah menyerbu pasaran saham BSKL untuk
tumpang sekaki. Tetapi, komposisi pelaburan BSKL adalah dinaungi oleh
pelabur runcit. Pada satu ketika dulu nisbah pelaburan ialah 60%
(peruncit tempatan), 20% (pelabur asing) dan 20% (pelabur institusi).
Apabila disebut pelabur runcit tempatan, ia termasuk juga rakyat
Malaysia yang bekerja di luar negara ataupun sudah berhijrah keluar
negara seperti Australia, Kanada, Taiwan, Tasmania, New Zealand dan
Eropah. Mereka mengambil cuti di waktu itu untuk melabur di Malaysia
dan ada yang berulang alik dengan membawa wang modal tambahan untuk
melabur di BSKL yang sudah menjadi kasino.
Bayangkan, ketika Jepun sedang dihenyak kegawatan ekonomi sehingga
menejerut ekonomi Hongkong, China, Filipina dan beberapa negara lain,
BSKL naik mencanak sehingga menunjukkan prestasi perniagaan yang
menakjubkan. Pada waktu itu bank lebih bersedia memberikan pinjaman
overdraf berasaskan nilai saham yang dicagarkan. Kebanyakan saham-saham
haprak pada waktu ini (Ogos 2001) dinilai sehingga berpuluh kali ganda
tingginya ketika itu. Pada waktu itu para menteri bercakap di sana sini mengenai pasaran
saham. Ramai orang Melayu yang tidak tahu apa bezanya antara Papan
Pertama dan Papan Kedua turut masuk menjadi ahli pasaran saham. Ramai
yang terfikir bahawa Papan Pertama dan Kedua itu adalah satu
terminologi baru seperti 'papan-batu' di sekolah atap dulu. Ada pula
yang memikirkan itu adalah istilah yang menyerupai perbezaan antara
'papan-hitam' dan 'papan-hijau' yang digunakan di sekolah-sekolah.
Budaya main saham sudah meledak di Malaysia. Pasaran saham sudah
menjadi kasino. Syarikat di Papan Kedua merencana untuk naik melonjak
memasukki Papan Pertama, saham pun dipacu dan orang yang melabur terus
bergiat maju. Pelbagai projek baru diumumkan, tidak cukup di dalam negeri ini, di luar
negara pun diumumkan. Mahathir ligat keluar negara didahului oleh
bermacam menteri kabinetnya. Pelbagai jenis perniagaan di luar negara
sudah ditaja dengan tujuan syarikat yang tersenarai di pasaran saham
dapat mengeluarkan saham tambahan dalam bentuk 'warrant' dan 'loans'.
Bermacam-macam bentuk surat janji yang berunsur 'hybrid bonds'
diperkenalkan di pasaran saham BSKL. Lagi banyak projek diumumkan di
luar negara, lagi banyak bentuk 'hybrid bonds' yang diumumkan. Lagi
ramai pelabur runcit yang bergadai golok untuk membelinya.
Begitulah ligatnya pasaran saham dengan wang panas, Mahathir
menggalakkannya kerana dia pun naik 'sheikh' ke luar negara menjadi
saksi utama majlis tandatangan perjanjian berbentuk MOU - ada syarikat
yang membuat MOU sehingga ratusan banyaknya.
Pelancaran pelbagai projek yang didahului MOU itu sebenarnya bermula di
awal 90-an, kerana Mahathir sedang bersiap sedia dengan pemilu 1995.
Hampir tujuh puluh lima peratus rakyat Malaysia yang bekerja makan gaji
menyertai proses melabur gila-gila di BSKL. Kalau tidak pandai
melabur secara terus, mereka tumpang sekaki dengan kawan-kawan ataupun
saudara. Ada yang berkongsi-sama secara sindiket menumpang ketua
ataupun seseorang yang mereka yakini. Ketika pasaran BSKL naik mencanak, ramai menteri dan pemimpin UMNO
mendapatkan pinjaman bank Bumiputra dengan mencagarkan saham di tangan
dan segala pink forms yang mereka perolehi. Tetapi kerana tidak berapa
arif dalam selok belok pasaran saham, apa yang mereka laburkan
bergantung kepada desas-desus dan cerita dongeng yang memang sengaja
dicanai di setiap perjumpaan orang atasan dan majlis UMNO belaka.
Apabila pasaran merudum, nilai cagaran turut merudum sama, pengurus
bank mula menggelabah dan menuntut wakil rakyat UMNO melunaskan
overdraf mereka. Kalau keseluruhan pemimpin UMNO bergantung nasib
untuk bermain saham dengan meminjam duit bank, sedangkan itulah simpanan
rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, apakah jadinya dengan bank
itu semua? Inilah salah satu sebab kenapa banyak bank yang hampir muflis, kerana
dikikis oleh para pemimpin UMNO termasuk semua anak-emas Mahathir
dan Daim. Yang menjadi mangsa adalah rakyat marhaen yang terpaksa
merempat dan terbongkok-bongkok cuba dapatkan pinjaman bank sedangkan
mereka cuba meminjam berasaskan simpanan mereka yang begitu lama.
Turut menjadi mangsa adalah pegawai bank yang begitu lama melihatkan
kenaikan gajinya tertahan dan bonus yang terbantut. Akhirnya Bank
Bumiputra ditelan oleh sebuah bank yang banyak berhutang dengannya.
Tetapi, berapa ramaikan yang sedar apa jadi dengan kebanyakan Tabung
Dana Bank Bumiputra itu yang kini sudah diserap oleh Bank of Commerce?
Sebahagian dana tabung Bumiputra dulu digunakan untuk membeli
saham-saham syarikat yang dipunyai oleh anak seorang diktator dan
para kroninya. Siapakah yang rugi kalau bukan orang Melayu yang
meminjam dan mengambil overdraf daripada bank tersebut atas nasihat
Mahahtir dan UMNO? Pasaran saham yang meledak mencetuskan budaya korupsi yang meluas. Di
sana sini projek mega ditaja dan sengaja dimulakan tanpa kertas kerja
yang terperinci. Projek sebenar di sebalik segala projek mega itu ialah
untuk mendapatkan wang modal dihamburkan di BSKL. Rakyat Malaysia sudah
gila sebenarnya ketika itu. Bayangkan saham yang dijual dengan harga
lima puluh sen boleh naik melambung sampai RM14.00, masih ada yang mahu
membelinya. Semua kegiatan ini dibiarkan tanpa dikawal lagi.
Apabila wang panas menjadi semakin ganas, semua kegiatan haram pun
seolah-olah dihalalkan tanpa ada sesiapa yang mengawalnya. Projek mega
memerlukan pekerja yang ramai Para kontraktor lebih selesa
menggunakan pekerja asing kerana tidak banyak kerenah untuk membayar
caruman bulanan kepada KWSP. Lagipun masalah mendapatkan tenaga
manusia sengaja digembar-gemburkan untuk menaikkan kos tender, projek.
Lagi ramai pekerja asing yang diperlukan lagi banyak keuntungan yang
dikumpulkan dalam bentuk yuran atauun deposit kemasukan pekerja asing
itu. Siapakah menteri yang bertanggungjawab dengan mengeluarkan permit
kerja dan lesen khas membawa masuk pekerja asing? Bukankah itu
menterinya yang kerap bersantai ke kasino Australia dan kerugian
berjuta setiap lawatan ke sana? Hampir semua projek itu menggunakan
wang Petronas sebagai wang modal permulaannya. Siapakah yang
sebenarnya berhak dengan duit itu kalau bukan rakyat marhaen?
Bagaimanakah Mahathir boleh melancarkan projek mega yang berbilion
harganya tanpa restu parlimen? Mahathir Yang Lupa Daratan Oleh kerana kepintarannya bermain kuntau dengan kata-kata dan
menggunakan segala jentera kerajaan yang sudah dipukaunya, Mahahtir
belagak seolah-olah Malaysia adalah haknya dan segala duit dalaam
simpanan Petronas adalah wang peninggalan datuk moyangnnya.
Dengan muslihat yang direcana oleh Yahudi, Mahathir gunakan segala
tektik keji untuk menindas rakyat. Sesiapa sahaja yang mahu
menghalangnya telah terperangkap dengan jerat yang dirancang rapi.
Al Arqam, yang merupakan institusi yang menaikkan martabat orang
melayu dalam bidang niaga, diharamkan dengan alasan pergerakan itu
tersasar aqidah. Sedangkan di zaman Nabi dulu, orang yang tersilap
aqidah dipujuk dan diajak ke pangkal jalan dengan cara yang mudah
tanpa mendera dan memenjarakan mereka. Tetapi, melalui kerakusan
beberapa pemimpin agama yang haprak, Abuya al Arqam di 'ISA' kan
dan pergerakannya diharamkan. Alhamdullilah, pergerakan dan semangat
kekentalan alArqam masih subur dihayati oleh orang Melayu di kampung
dan di bandar. Cuba bayangkan penubuhan Al Arqam satu ketika dulu dengan penubuhan
PERNAS. Pernas merupakan konglomerat yang diberikan hak memonopoli
setiap barangan yang dimpot oleh Malaysia daripada China. Inilah
rencana Tun Abdul Razak dulu, sesiapa yang mahu mengimpot barangan
China mesti melalui Pernas. Inilah yang mencetuskan Pernas G-Mart
dan bermacam-macam syarikat besar yang merupakan anak syarikat
Pernas. Orang yang diamanahkan memimpin Pernas ialah orang yang sama
yang masih berkarat dengan institusi itu sehingga dia sudah
menjadi satu nama institusi kepada Pernas. Cuba tanya orang Melayu
apakah yang boleh dibanggakan oleh Pernas sehingga hari ini? Jawapannya
tidak ada. Kalau adapun yang terbaru ialah kisah orang yang
berkarat memimpin Pernas itu dimasukki pencuri rumahnya sehingga dia
kehilangan wang dan harta karun berjumlah Dua Juta Ringgit.
Bayangkan, wang tunai sahaja dia simpan di rumah sebanyak Lima Ratus
Ribu Ringgit. Berapa banyakkah pula yang ada tersimpan di rumah
Mahathir dan Daim? Soalnya sekarang siapakah yang mencuri itu? Apakah mereka ada kaitan
dengan KMM dan kumpulan Jihad? Apakah anihnya kecurian di rumah
Tengku Tan Sri Shahriman yang kehilangan dua juta dengan rompakan
bank ataupun kedai emas dengan kerugian yang sama? Apakah
kemungkinannya nanti orang yang ditangkap itu 'mengaku mereka
merompak untuk membiayai perjuangan bersenjata untuk menggulingkan
seseorang di negara ini?' Sejarah menunjukkan Al Arqam bertanggungjawab membuka mata marhaen
Melayu untuk mendirikan industri makanan ringan sehinggakan lingkup
industri orang bukan Melayu dan Islam. Inilah yang menjadi penyokong
kuat kenapa al Arqam mesti diharamkan.
Sebaliknya apa yang terjadi dengan projek mega yang ditaja oleh
Mahathir dengan menghabiskan wang rakyat marhaen? Semua projek mega
yang dilaksanakan oleh Mahahtir kini menjadi projek haprak setelah
terdedah bagaimana wang rakyat disalahgunakan. Terlalu banyak dokumen
yang sudah ada di tangan rakyat menunjukkan bagaimana Mahathir telah
membazirkan semua wang simpanan di Petronas, KWSP, Tabung Haji, Amanah
Pencen dan banyak lagi yang tidak perlu disebutkan di sini.
Kini, Mahathir sudah berada di ambang senja usianya. Apa juga yang
direncana untuk negara ini mudah diperlekehkan oleh rakyat terutama
sekali oleh orang Melayu. Mahathir sudah tidak ada keredibiliti dan
rakyat marhaen tahu Mahathir naik tanpa meritokrasi.
Mahathir mahu rakyat menyambut kemerdekaan sedangkan rakyat mahukan
Mahathir berundur walaupun bermakna mengadakan pilihanraya umum yang
baru. Rakyat sudah bersedia dengan semua itu. Sambutan kemerdekaan
tidak lagi membawa sebarang makna kepada rakyat marhaen. Apakah ertinya
kemerdekaan kalau para pejuang marhean yang tulen ditangkap dan
diseksa serta di kenakan Akta ISA tanpa bicara? Apakah ertinya
kemerdekaan kalau setiap rakyat marhaen yang makan gaji terpaksa menolak
hutang kerana kerugian di pasaran saham gara-gara tipu muslihat Daim
dan segala kroni Mahathir? Apakah ertinya kemerdekaan itu kalau
setiap rakyat Malaysia terpaksa bekerja mati-matian untuk menutup
hutang negara yang disebabkan kecurangan anak-anak Mahathir dan
anak-emas dunia korporatnya? Sekarang ini Mahathir sudah kehilangan sokongan orang Melayu. Yang
masih menyokongnnya seperti yang kelihatan pada persidangan UMNO
adalah penyokong yang berpura-pura. Kalau ada yang tulen di kalangan
merek kita tahu mereka tidak ada meritokrasi untuk terus memahami
apakah yang tersirat di lubuk hati orang Melayu.
Mereka terpaksa berdrama kerana menjaga perut masing-masing dan
mengelakkan daripada terus muflis kerana hutang keliling pinggang.
Tidak kiralah Mahathir berlagak kejam menyamun wang yang menjadi hak
rakyat Terengganu. Mereka turut tidak peduli bagaimanakah perasaan
anak-anak dan isteri mereka yang ditahan di bawah ISA oleh Mahathir
atas dakwaan mahu menggulingkan kerajaan ataupun bersikap militan.
Mahathir akan terus berdrama lagi, seperti meraih simpati kaum Cina
yang akan menyerahkan teh kehormatan kepadanya. Itu semua adalah tipu
muslihat perniagaan dan putarbelit budaya Cina perantauan (overseas
Chinese) yang menyumbang kepada kehancuran ekonomi Indonesia dan
Thailand serta Filipina; (Sila lihat MMMM5 nanti).
Soalnya sekarang Mahathir sudah terdesak. Dia akan sedar bahawa
sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali-44 akan menghenyak
martabatnya laksana seorang pariah di negara sendiri. Kadir
Sheikh Fadhil sebagai menteri bertanggungjawab dengan sambutan
kemerdekaan begitu terdesak untuk menyenangkan kerisauan Mahathir. Dia
harus ajak Mahathir memikirkan apakah jalan yang terbaik mengikut
ajaran Jepun agar Mahathir dan dirinya tidak teraib terus.
Satu ketika dulu, ajaran Jepun purba akan menghendakki Mahathir
melaksanakan 'harakiri'. Takkan Mahathir berani berbuat begitu,
sedangkan dia kecut-telur menerima sapina mahkamah satu waktu dulu.
Yang paling mudah dan terhormat mengikut budaya Jepun ialah meletakkan
jawatan sebagai perdana menteri dan menyerahkan kuasa pada orang
lain. Itupun tidak akan dilakukannya kerana itu adalah budaya Jepun dan
bukannya budaya Melayu. Lagipun dalam budaya malbari, undur-mengundur
itu hanya dilakukan dengan lidah sahaja.
-Marhaintua- |