Laman Webantu KM2A1: 5342 File Size: 12.4 Kb * |
TJ SPY B6: Di Sebalik Lensa Mossad By GT 30/8/2001 7:26 pm Thu |
[Cara CIA dan Mossad bekerja sedikit berbeda kerana CIA lebih
berminat untuk memburu maklumat tetapi Mossad lebih tertumpu untuk
memusnahkan sasaran dan pemberi maklumat, khususnya bila merasa boleh
tergugat. Apabila seorang agen Mossad sanggup mendedahkan beberapa
rahsia itu tanda ada satu konflik dalam jiwa mereka. Mereka pun merasa
tidak selamat kerana pernah terlibat dan menyaksikan pembunuhan yang
dirancang yang tidak dapat dikesan. Berbalik kepada negara Malaysia - cuba perhatikan gelagat polis
bertopeng kita. Bukankah mereka lebih cenderong melakukan keganasan
dan pembunuhan misteri. Ini seperti terikut-ikut oleh telunjuk Mossad
yang selalu bertindak sebegini. Sebab itulah ramai analis berpendapat
polis Malaysia dilatih oleh Mossad sebenarnya kerana dalam banyak
hal mereka lebih kurang serupa. (pembunuhan misteri dalam kenderaan,
penderaan saikologi dan mental, penggunaan dadah dan racun secara
diam-diam, serta 'trigger happy') Malah Anwar pernah menyebutnya satu
ketika dulu.... "I know the capabilities of our police officers. Some employ Gestapo
methods, some use the style of police in the Apartheid regime, and some
use the Israeli Mossad style," Anwar reportedly said.
[Malay Prisoners & the Internal Security Act by Richard S. Ehrlich]
"His (Mohamad's) family members were warned not to inform anybody
- his lawyer, me, or any member of my team. I don't know what kind of
system (they are operating under) - the Savak or Mossad?" the New
Straits Times newspaper on Wednesday quoted Anwar as telling reporters.
-MSNBC Bahagian Keenam (Akhir) Saya berada di Washington pada Mac 1986, untuk mencari sedikit
pengetahuan mengenai hubungan masyarakat perisikan Amerika Syarikat
dengan rakan sejawatan mereka di Israel. Saya di situ untuk
menemuramah William Casey, ketika itu menjadi pengarah CIA (Central
Intelligence Agency: Agensi Perisikan Pusat) sebagai sebahagian
penyelidikan saya untuk menyudahkan buku 'Journey into Madness', yang
sebahagiannya berkaitan dengan kematian Bill Buckley.
Walaupun dia berpakaian mahal, Casey kelihatan kusut-masai. Mukanya
yang cengkung kelihatan pucat dan kelopak matanya kelihatan kemerahan.
Kami sedang duduk di Washington Club. Dia kelihatan seperti seseorang
yang telah terlalu keletihan untuk terus mengarahkan pergerakan CIA
yang diterajuinya sejak lima tahun, lamanya.
Dia minum 'Perrier' sahaja dan masih ingat akan empat syarat untuk
pertemuan kami itu. Tidak boleh membuat sebarang catatan bertulis,
tidak boleh menggunakan pita rakaman; apa juga yang disebutnya harus
dianggap sebagai satu rujukan sahaja. Kemudian dia mengeluarkan
sehelai kertas yang tertulis bio-datanya. Dia dilahirkan pada 13 Mac,
1913. Lulusan St. John's University tahun 1937 dengan ijazah
undang-undang. Beliau menganggotai pasukan simpanan angkatan laut
Amerika pada 1943, dan beberapa bulan kemudiannya ditukarkan kepada
Office of Strategic Services (OSS) yang menjadi asas penubuhan CIA.
Pada 1944, dia menjadi ketua OSS cawangan risikan khas di Eropah.
Kemudian dia menjadi pengerusi Suruhanjaya Bursa Saham (1971-1973),
kemudian secara berurutan beliau menjadi timbalan setiausaha (timbalan
menteri) Urusan Ekonomi (1973-1974), presiden dan pengerusi
Export-Import Bank Amerika, (1974-1976), dan ahli Foreign Intelligence
Advisory Board (Lembaga Penasihat Perisikan Luar 1976-1977). Pada 1980
dia menjadi pengurus kempen jawatan presiden untuk Ronald Reagan. Pada
Januari 28, 1981, Reagan melantiknya menjadi DCI, orang yang ketiga
belas memegang jawatan yang paling berpengaruh di kalangan masyarakat
perisikan Amerika. Ketika cuba memberi reaksi kepada kenyataan saya betapa beliau pintar
menguruskan beberapa jawatannya yang lalu tanpa banyak masalahnya,
beliau menjawab 'dia tidak suka membincangkan kisah peribadi.'
Dia lipat semula kertas itu dan masukkan dalam sakunya. Sambil
bersedia menunggu soalan saya, apakah yang boleh diceritakannya kisah
Bill Buckley yang telah di culik pada hari Jumaat 16 Mac 1984 di
Beirut. Bill Buckley sudahpun mati. Saya mahu tahu apakah yang telah
diusahakan oleh CIA untuk menyelamatkan Bill. Sebelum itu saya sudah
menghabiskan dua tahun di Timur Tengah dan Israel untuk mencari kisah
sebenar mengenai kematian Bill. 'Adakah kamu pernah bercakap dengan Admoni ataupun orangnya?' Casey
mencelah. Pada 1982, Nahun Admoni menjadi ketua Mossad. Di kalangan masyarakat
yang menyibuk majlis koktel kedutaan di Tel Aviv, dia terkenal kerana
kesombongannya. Casey menyifatkan Admoni sebagai 'seorang Yahudi yang
mahu menang perlawanan terkencing di satu malam yang hujan di Gdansk.'
Sebetulnya, Admoni dilahirkan di Jerusalem pada 1929, sebagai anak
lelaki kepada pasangan pendatang Polish. Dia dididik di Rehavia
Gymnasium, mahir dalam beberapa bahasa dan telah diberikan pangkat
leftenan ketika menjadi pegawai perisik dalam perang pembebasan tahun
1948. 'Admoni boleh mendengar dalam setengah dozen bahasa,' kata Casey.
Kemudian, Admoni menuntut dalam bidang hubungan antarabangsa di
Berkley dan mengajar bidang itu di sekolah latihan Mossad di pinggir
Tel Aviv. Dia pernah menyamar di Ethiopia (Habsah), di Paris, dan
Washington, di mana Admoni mempunyai hubungan erat dengan pegawai yang
mendahului Casey; Richard Helms dan William Colby. Semua pertukaran
jawatan ini telah mengasah Admoni menjadi seorang perisik birokrat
yang bersuara lembut. Apabila dia menjadi pengetua Mossad, mengikut
Casey 'dia telah menguasai perjalanan Mossad. Dia mempunyai penilaian
yang baik terhadap wanita dan tahu apa yang terbaik untuk Israel'.
Casey menggambarkan Admoni sebagai 'seorang operatif yang berjaya naik
pangkat kerana dia pintar mengelakkan segala kelemahan yang ada pada
ketuanya'. Kemudian Casey bercakap dengan suara yang rendah dan selamba.
'Tidak siapa yang terkejut walau pun keadaan yang ditunjukkan itu
semacam melegakan. Bila kami sedar bahawa Admoni tidak mahu bertindak,
Bill Buckley sudah pun mati. Anda mesti ingat apa yang berlaku ketika
itu'. Satu pembunuhan kejam telah terjadi kepada lebih seribu orang
Palestine di dua buah kem pelarian di Beirut. Kumpulan Kristian
Lebanon melakukan pembunuhan itu. Pihak Yahudi melihat sahaja
seolah-olah mengingati apa yang bertentangan dengan yang tertulis
dalam Kitab Injil. Yang sebenarnya Admoni ketika itu sedang tidur
sekamar dengan Gemayel bedebah.'
Bashir Gemayel ketika itu menjadi ketua kumpulan Phalangis dan
kemudiannya menjadi presiden Lebanon.
'Kami cari juga Gemayel ketika itu. Tetapi, saya tidak pernah
percayakan si bedebah itu. Admoni bersekongkolan dengan Gemayel ketika
Bill Buckley sedang di siasat dengan azabnya. Lagi pun kami tidak tahu
lokasi sebenar mereka menahan Bill Buckley. Kami meminta Admoni
membantu, dan dia jawab tidak ada masalah. Kami terus menunggu dan
mengirimkan orang untuk berkerjasama dengan Mossad. Kami beritahu,
wang tidak menjadi masalah, Admoni cakap O.K.: saya faham katanya.'
Casey meneguk air lagi, sambil ingatan terpaku pada kapsul masanya.
Perkataan seterusnya nampak hambar laksana seorang ketua juri
membacakan keputusan undian penghakiman para juri.
'Tiba-tiba Admoni memberitahu kami pihak PLO telah terlibat dengan
penculikan itu. Kami tahu orang Israel memang mudah menuduh Arafat
dengan apa juga jenis tuduhan, tetapi kami di Amerika tidak mudah
digula-gulakan dengan maklumat itu. Tetapi Admoni nampak beria-ia, dan
dia cuba menonjolkan satu kes yang baik. Bila kami sedar Arafat tidak
terlibat, Buckley sudah lama mati. Apa yang kami tidak faham sebelum
itu ialah cara Mossad main kotor - Mossad memberikan bekalan senjata
kepada Hizbollah untuk membunuh kumpulan Kristian, pada masa yang sama
membekalkan lebih banyak senjata untuk orang Kristian membunuh orang
Palestine.' Casey menceritakan alasan kenapa Mossad membiarkan Buckely mati kerana
mahukan Amerika menuduh PLO melakukan kerja jijik itu. Dengan demikian
Mossad beranggapan, segala usaha Yassir Arafat untuk mendapatkan
simpati Amerika akan kehilangan pengaruhnya. Demikianlah Casey
memberikan gambaran di sebalik tabir apa sebenarnya wujud dalam
hubungan dua agensi perisikan yang secara luaran kelihatan intim dan
mesra. Casey telah menjelaskan betapa ada cerita lain di sebalik hubungan
baik antara Amerika dan Israel dan di sebalik segala kempen mengutip
derma dan pengukuhan solidariti Amerika-Yahudi yang telah menjadikan
Israel satu kuasa besar di wilayah itu yang di kelilingi negara Arab
yang amat mereka takuti. Sebelum kami berpisah, Casey ada meninggalkan pesan: 'Sesebuah negara
mewujudkan masyarakat perisikan mengikut keperluannya. Amerika
bergantung kepada kepintaran bahagian teknikalnya kerana kami lebih
menumpukan tumpuan untuk mengetahui lebih awal, daripada menguasai
sesuatu secara berahsia. Israel mendekati perkara ini secara berbeza,
Mossad terutamanya, menseragamkan tindakannya dengan keperluan negara
untuk terus bernyawa.' Sikap ini telah membuatkan Mossad menjadi mangli kepada pengamatan
yang terperinci. Tetapi, selama dua tahun mencari bahan buku ini,
beberapa siri skandal dan kesilapan telah memaksa perkhidmatan risikan
itu menjadi tumpuan pengamatan rakyat. Beberapa soalan telah
dikemukakan, kalau jawapannya jarang dikeluarkan, bererti semakin
membesar keretakan pada tembok yang menjadi pelindung kepada
keunggulan Mossad di mata dunia. Saya telah bercakap kepada lebih satu ratus manusia yang pernah
mempunyai hubungan terus dengan Mossad ataupun pernah berkerja secara
tidak langsung dengan Mossad di seluruh dunia. Temuramah saya itu
memakan masa dua setengah tahun. Ramai mereka yang berkerja di Mossad
sanggup perbualan kami itu dirakamkan. Rakaman itu memakan 80 jam
panjangnya dan dialihkan menjadi 5,800 muka surat. Terdapat 15 buku
catatan bersaiz 'fullscap' (A8) yang mencatatkan beberapa nukilan
lagi. Semua bahan ini, seperti banyak bahan yang lain kepunyaan saya
akan satu hari menjadi bahan rujukan di perpustakaan universiti. Ramai
mereka yang saya temui itu mahukan saya memberi tumpuan kepada kisah
semasa; zaman silam hanya dijadikan rujukan yang berkaitan dengan
peranan Mossad dalam mengungguli peranan semasa dalam bidang espionaj
dan pengumpulan maklumat risikan.
Banyak temu bual yang saya lakukan dengan peserta yang tidak pernah
disoal sebelum itu. Kerana itu tidak mudah mendapatkan jawapan mereka
yang bersahaja. Walau pun kebanyakkan mereka suka berterus-terang,
namun, tidak ramai yang bersetuju untuk didedahkan identiti
sebenarnya. Semua pegawai Mossad yang masih berkhidmat, memang
dihalang oleh undang-undang negara untuk mendedahkan identiti mereka.
Beberapa sumber bukan-Israeli yang ditanya sanggup menjawab dengan
syarat identiti mereka tidak didedahkan.
Kalau dilihat carta organisasi yang cuba dibuat oleh pihak akhbar
(mengenai Mossad), terlalu banyak kotak kosong yang menunjukkan
sumbernya. Ini adalah kerana pegawai Mossad memang memandang serius
identiti sebenar mereka. Ramai yang mahu dikenali dalam buku ini
dengan nama samaran sahaja. Namun, walau pun hanya nama pertama mereka
yang digunakan, ini tidak membuatkan keterangan dan testimoni mereka
kurang dipercayai. Ada banyak sebab kenapa mereka mula mahu bersuara:
satu keinginan mahukan peranan dalam rakaman bahan sejarah; satu
sumbangan anekdot daripada seorang yang sudah tua, ataupun mungkin
kerana mahu menebus dosa. Alasan yang sama mungkin dapat dikenenkan
kepada mereka yang sanggup nama mereka ditulis secara jelasnya.
Mungkin juga, alasan sebenar kenapa mereka mula sanggup bersuara
adalah kerana ketakutan yang sebenarnya sudah wujud betapa sebuah
organisasi yang pernah mereka berikan khidmat dengan penuh jiwa raga
kini sudah semakin terancam dari dalam - dan hanya satu cara untuk
menyelamatkannya iaitu mendedahkan pencapaian di zaman silam dan apa
yang sedang dilakukannya. Untuk memahami kedua-duanya memerlukan satu
fahaman bagaimana dan kenapa ia ditubuhkan.
- TAMAT- Terjemahan: SPAR12-tmt-006
|