Laman Webantu KM2A1: 5348 File Size: 7.7 Kb * |
TAG SP 261: Kegawatan Yang Tidak Boleh Disorokkan By Harun Rashid 1/9/2001 4:30 am Sat |
[Catatan Penterjemah: Dulu Putrajaya dibina oleh Mahathir dengan "harga
RM17 juta sahaja", sedangkan angka sebenar mencecah RM200juta. "Menara
Kembar Petronas dibina RM 2 bilion sahaja', sedangkan yang sebenar menelan
lebih 10 bilion. Kini kita tidak gawat...?)]
(The Not So Hidden Recession) Oleh: Harun Rashid Malaysia hampir menyudahkan bulan kedua dalam sukutahun ketiga. Gabenor
Bank Negara mengisytiharkan negara tidak gawat. Analisisnya kelihatan
sengaja dianjak ke atas dan kerana itu segala fakta teknikal menjadi bahan
yang boleh dipertikaikan. Kita faham kenapa perdana menteri mahu mengelakkan stigma yang boleh
mengaibkan caranya nmentadbir ekonomi negara, seandainya berlaku satu
kegawatan yang amat menyerlah dan meledak tanpa terkawal. Untuk mengelakkan
semua itu maka dilaksanakan kerja-kerja engsot-mengengsot dan
anjak-menganjak untuk menonjolkan angka yang nampak menyelerakan.
Sebenarnya negara ini sedang dihayun oleh angin kegawatan begitu teruk
sekali, yang memerlukan satu keberanian untuk memperakuinya supaya beberapa
tindakan yang berani dapat diambil untuk menghindari keburukan yang lebih
mudarat lagi. Jabatan Perangkaan Negara mempunyai satu laman web yang menerbitkan
Kenyataan berikut: 'Ekonomi Malaysia sudah menguncup pada sukutahun kedua
dan tumbuh secara tahun demi tahun pada kadar 0.5 peratus setelah mengalami
pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus pada sukutahun yang pertama." Kenyataan ini
kelihatan aneh kerana beberapa sebab. Seandainya ekonomi sudah menguncup, tentu ada petanda pertumbuhan yang
lebih laju pada tempoh yang sebelumnya, terutama sekali pada sukutahun yang
pertama. Dengan demikian, sahlah negara sedang gawat sekarang. Berlaku
penguncupan pada sukutahun pertama dan berulang pula pada sukutahun yang
kedua. Apa jenis silap mata yang dimainkan oleh Gabenor Bank Negara yang
dipilih sendiri oelh perdana menteri?
Kenyataan kerajaan di bahagian kedua menjadi lebih aneh lagi. Pertumbuhan
tahun demi tahun dikatakan positif dengan pertambahan 0.5 peratus. Angka KKN
pada sukutahun kedua tahun 2000 dulu disenaraikan oleh jabatan perangkaan
sebagai RM84.7 bilion. Angka KKN untuk sukutahun kedua tahun 2001 dilaporkan
dengan RM82.6 bilion. Jelas di sini adanya susut nilai sebanyak RM 2.1
bilion dari setahun ke setahun.
Apabila berlakunya kenyataan kerajaan yang bercelaru ini, apakah
Kebarangkalian menentukan kejituan keadaan ekonomi negara sebenarnya? Kalau
disorot angka untuk sukutahun pertama (RM82.1 bilion) dan angka sukutahun
kedua (RM82.6 bilion), memang nampak ada kenaikan, yang mungkin disebabkan
sumbangan kerajaan terhadap bayaran hotel dan tiket kapal terbang untuk
pegawai kerajaan, caruman KWSP kepada pesanan komputer (yang belum
dilunaskan pesanannya), dan beberapa projek mega yang diumumkan. Semua itu
dikira sebagai kehendak dalaman sahaja. Kenaikan ini dilaporkan sebagai
pertumbuhan bertambah sebanyak 0.5 peratus, berbanding sukutahun sebelumnya,
sedangkan suasana menguncup dirujuk kepada angka tahun demi tahun.
Adakah cara lain untuk mendapatkan gambaran ekonomi negara yang lebih
jelas? Mujur, jawapannya ialah 'ada' dan kepastiannya itu adalah menepati
jangkaan kita. Kita hanya perlu melihat kepada 'pergerakan purata' KKN yang
diambil dua sukutahun sekali. Dalam rajah 1, pergerakan purata KKKN untuk
sukutahun pertama tahun 2000 hingga kini ditunjukkan dalam garisan merah
manakala 'data mentah' adalah dengan garisan biru. Kita dapat melihat trenda
ini dalam keluk yang selesa (smooth curve) yang naik ke atas secara melonjak
dan kemudiannya menurun secara mendadak mengikut perubahan milineum.
![]() Apabila dilihat kelok yang selesa itu, adalah jelas bahawa negara sedang
gawat dan berkelakuan demikian untuk dua sukutahun berturut-turut. Tidak ada
sebarang alasan yang boleh menaikkan kelok itu menjadi kiasan keadaan
ekonomi yang berubah baiknya ataupun keupayaannya untuk pulih. Trenda yang
ada menunjukkan kegelonsoran yang menghunjam dan tidak ada sebarang tanda
keadaan ini akan berubah untuk pulih dalam bulan-bulan yang mendatang.
Apakah boleh dibuat pelunjuran akan gelagat KKN untuk sukutahun ketiga dan
keempat? Rajah 2 menunjukkan usaha ini, dengan menggunakan kaedah 'smoothed
moving averages', walaupun kita mesti akui sebarang telahan mempunyai
batasannya tersendiri. Namun angka KKN negara tidak akan berubah secara
mendadak tanpa penglibatan faktor luaran yang kuat dan menekan. Kerana itu
adalah tidak mungkin keluk itu akan berubah begitu ketara daripada
lengkongannya yang sedia ada. ![]() Kebarangkalian berlakunya anjakan yang lebih ketara daripada keluk yang
tersedia memerlukan kemunculan aktiviti perniagaan yang lebih besar dan
hubungan perniagaan negara dengan rakan niaganya di luar secara lebih aktif
lagi. Tetapi, Jepun tidak akan memberi sebarang harapan untuk kebaikan.
Singapura masih dihenyak pengalaman dalaman yang amat ketara, dan Amerika
Syarikat masih tidak mampu memberikan petanda walaupun kadar faedah
perbankan sudah menurun. Kalaulah plot keluk semasa bertahan sehingga akhir tahun, ia akan
menunjukkan penurunan sebanyak RM14.5 bilion dari kemuncak angka RM87.5
bilion, menjadi RM73 bilion. Ini bererti akan berlaku kemuncupan sebanyak
-16.7 peratus yang sama sekali amat berbeza dengan anggaran awal perdana
menteri, yang mengatakannya sebanyak 8 peratus. Dia pernah menyebut,
kemungkinan adanya penurunan ataupun penilaian semula. Malahan dia juga ada
berkata: 'Kita mungkin berada di tahap yang positif untuk tahun ini.
Pertumbuhan dua peratus adalah serba mungkin.' Jika demikian, kerja-kerja
lambung-melambung terpaksa disusun untuk menyorokkan angka yang tidak
menyelerakan. Namun, kita berharap, kenyataan yang sebenar akan membantunya.
Setakat ini dia sudah faham bersama gabenor Bank Negara, betapa sukarnya untuk
terus berkelentong menyorokkan kegawatan yang semakin mengembung.
Terjemahan: SPAR-05-021 [Sebenarnya gelagat Mahathir dan Zeti itu sendiri sudah menunjukkan
kegawatan.... APabila mulkut Mahathir tidak henti-henti menyerang dan
menuduh orang lain sebagai punca kemelesetan itu maknanya dia sudah
kepanasan dan ekonomi sudahpun kegawatan....
Bayangkan tahun ini sahaja sudah pelbagai formula ekonomi baru dikemukakan.
Itu termasuk pengunduran Daim (tanpa dikenakan apa-apa tindakkan walaupun
apa yang dilakukannya jelas tidak mengikut peraturan) namun ia masih gagal
membawa kesan kerana semua orang tahu (pinjam kata Khalid Jafri), termasuk
Mahathir juga, Daim tetap akan disimpan.
Zaman Mahathir nombor bukan lagi menjadi ukuran tetapi raksinya itulah
angka petunjuk keadaan. Apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau
sudahpun keresahan kerana sudah tiada negara luar yang dapat menolong
Malaysia untuk menghadapi kemelesetan.
- Editor] Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Not So Hidden Recession |