Laman Webantu KM2A1: 5349 File Size: 17.0 Kb * |
TJ SP MGG: SUHAKAM Marah Pada Polis By M.G.G. Pillai 1/9/2001 6:11 am Sat |
[Lapuran Suhakam jelas menunjukkan polis telah menyalahi peraturan dan
bertindak diluar batas kemanusiaan. Mereka bertindak berlebih-lebihan
kepada mereka yang tidakpun melawan. Sepatutnya polis dan kerajaan tidak
mengkritik Suhakam dan mengaku sahaja kesilapan. Sikap berkonfontasi ini
hanya akan mencemarkan lagi imej kerajaan dan polis. Kalaulah Suhakam tidak
betul kerajaan perlu mendakwa Suhakam tetapi kita pasti ia akan kecut untuk
melakukan sedemikian.... Lapuran Suhakam itu bukan sebarangan kerana ia disediakan oleh bekas Ketua
Hakim Malaya yang memang disegani semua orang. Mampukah kerajaan berdepan
dengan seorang yang memang pakar undang-undang?
- Editor] (SUHAKAM Scolds The Police) Perdana Menteri Mahathir Mohammed mencemuh lapuran SUHAKAM mengenai apa yang
kini dikenali sebagai peristiwa November 5, yang tercetus di Lebuhraya Kesas,
tahun lalu. Mahathir memperlekehkan lapuran itu kerana sikapnya merakamkan
keganasan polis negara ini, dengan berkata terdapat polis di negara Barat yang
lebih ganas lagi. Setiausaha parlimen kementerian penerangan yang juga merupakan bekas ketua
pengarang Utusan Malaysia, Zam Mamak Maidin, berpendapat lapuran itu adalah
terlalu berbahaya untuk dibiarkan orang awam membacanya tanpa memberitahu mereka
kenapa lapuran seperti itu tidak sepatutnya dibaca.
Polis menjadi gelabah, dan enggan bekerjasama dengan Suhakam, sambil culas
mengemukakan kesnya, menyebabkan majlis siasatan itu membuat andaian bahawa polis
sengaja berlagak ganas untuk sengaja mencetuskan huru-hara. Kerajaan pula
menunjukkan perangai yang biasa memberikan cemuhannya terhadap siasatan itu,
dan hanya memberikan segala bantuan dan kerjasama yang diperlukan setelah Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibacakan kepada mereka.
Suhakam telah ditubuhkan untuk menghindarkan kritikan yang muncul di luar negara
terhadap pencemaran kepada hak asasi manusia di Malaysia, dan sebagai satu usaha
untuk memeperbaiki wibawa negara yang tercetus disebabkan gambaran mata lebam yang
disebabkan oleh bekas ketua polis negara Rahim Noor. Itulah gambar Anwar Ibrahim
yang lebam matanya apabila dihenyak oleh Rahim Noor pada 20 November 1998,
sedangkan tangan mangsa digari di belakangnya dan matanya terikat.
Pada awalannya kerajaan bertegas mengatakan Suhakam tidak boleh menubuhkan badan
siasatan itu. Tetapi, Suhakam menubuhkan tiga orang panel, yang diketuai oleh bekas
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Anuar bin Dato' Zainal Abidin, bertegas bahawa mereka
ada hak itu dan meneruskannya. Badan itu berpendapat, oleh kerana Akta Suhakam
memberikan mereka kuasa yang menjangkaui kuasa parliamen untuk merangka
undang-undang dan peraturan, kerajaan tidak boleh beranggapan mereka tidak boleh
melaksanakan kuasa itu hanya kerana menteri tidak lagi menggazetkan perkara itu.
Ini bererti segala hukum-hakam yang adil masih boleh dilaksanakan.
Suhakam juga telah menolak satu bantahan rasmi bahawa badan itu tidak boleh
mengadakan siasatan kerana kemungkinan timbulnya beberapa dakwaan terhadap beberapa
orang saksi. Sebaik sahaja siasatan bermula tidak seorang pun yang telah dikednakan
tuduhan; kalau ada pun, majlis itu boleh diteruskan juga kerana ia membuat siasatan
terhadap pencemaran hak asasi manusia yang telah terbabit. Keputusan mereka itu
diputuskan pada penghujung siasatan itu.
Hanya Suhakam yang berjaya akhirnya mendapatkan pengakuan Rahim Nor bahawa dialah
musibatnya yang telah membaham Anwar Ibrahim ketika tangannya digari di belakang
dan matanya bertutup dengan kain penutup. Sebelum itu kerajaan dan musibat ini
tidak pun mahu mengaku perkara itu. Akhirnya Rahim dipenjarakan selama dua bulan.
Sekaligus ia menghancurkan martabat kerajaan yang sepatutnya berkecuali dalam
hal itu. Kini muncul kisah siasatan Lebuhraya Kesas, yang sekali lagi melebamkan martabat
polis dan mendedahkan segala sifat kebajingannya setiap kali himpunan rakyat itu
dianjurkan oleh pihak pembangkang. Kisah Lebuhraya Kesas itu tercetus bukannya
sebagai satu lambang kedegilan pihak pembangkang. Tetapi ia tercetus kerana kerajaan
tidak membenarkan mereka menganjurkan himpunan itu di Stadium Bukit Jalil.
Apa yang terjadi merupakan satu penghinaan dalam hubungan kemasyarakatan antara
kerajaan dengan rakyat jelata. Maruah polis dilumuri lumpur yang hitam. Lapuran
Suhakam memberikan satu penjelasan betapa polis tidak boleh lagi diharapkan bertindak
secara waras, apabila pembangkang ataupun apa juga kumpulan aman yang
menyanggah pendapat kerajaan, berhimpun; sedangkan rakyat jelata sentiasa
mengharapkan tindakan yang boleh diterima akal oleh pihak polis.
Seperti yang didedahkan oleh lapuran itu, sikap kurang ajar polis adalah satu
sikap yang bermula daripada atas - Timbalan Ketua polis Selangor yang
mempengerusikan mesyuarat - untuk menyekat himpunan aman rakyat pada 5 November
di tapak tanah persendirian di sebelah Lebuhraya Kesas. Ketua Peguam Negara, yang
merupakan pegawai tertinggi dalam pentadbiran hukum-hakam kerajaan, tidak mmenghadiri
majlis siasatan. Alasannya siasatan itu berunsur 'sub judice' tidak dapat diterima.
Pihak polis turut ponteng juga.
Tindakan memulaukan majlis siasatan itu adalah satu sikap yang bodoh. Itulah
tindakannya yang menyerlahkan, seperti yang dijelaskan dalam lapuran itu, betapa
mereka sememangnya mahu menyorokkan sesuatu. Seandainya mereka telah hadir, tentu
sekali mereka dapat mencabar apa juga kenyataan yang kini tidak dapat mereka
terima bulat-bulat. Semua ini berpunca daripada keangkuhan haprak betapa tindakan
mereka itu adalah untuk kepentingan negara dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa. Kini
mereka gelabah cuba menutup malu.
Lapuran Suhakam itu boleh menjadi lebih bermakna kalaulah kerajaan turut
bekerjasama. Lapuran itu adalah hasil persidangan yang memakan masa dua puluh hari
dalam tempoh setengah tahun - yang bermula pada 29 Disember 2000 dan berakhir pada
Julai 2001. Ia membabitkan 22 orang saksi peristiwa Kesas, tujuh orang pakar dan
11 pegawai polis yang terlibat dengan peristiwa bersejarah itu.
Seperti yang didedahkan oleh lapuran itu, himpunan aman rakyat itu memang sudah
disibarkan dengan luas. Tetapi, pihak polis tidak memberikan permit dan
mengishtiharkan perhimpunan itu sebagai haram dan memberi amaran agar orang ramai
tidak melibatkan diri. Pihak polis telah menganjurkan satu mesyuarat tertinggi lagi untuk merancang
bagaimana menyekat perhimpunan itu. 'Tindakan yang diambil ialah berunsur
'menafikan dan menugasai keseluruhannya', yang bererti penguawasaan yang
menyeluruh.' Lapuran itu juga menyebut: 'Tindakan ini akan menentukan rakyat tidak
dapat masuk ke Jalan Kebun, tapak perhimpunan. Mengikut bukti polis, keputusan tu
berasaskan beberapa perkara - tapak itu terelalu sempit untuk menampung 100,000
manusia. Jalan masuk yang sempit dan menyesakkan, penduduk Jalan Kebun sudah
membantah perhimpunan di situ, mereka telah membuat lapuran polis membantah
kerana tidak mahu melihat keadaan tidak tenteram menggugat persekitaran mereka.'
Polis telah bertindak mengikut rencananya. Pada 4 November, timbalan ketua polis
Selangor, Johan Che Din, bergerak masuk Jalan Kebun dengan iringan pegawai
penguatkuasa, mengarahkan semua peniaga di situ merobohkan kemah dan gerai
perniagaan mereka. Sesiapa yang ingkar - empat orang lelaki dan seorang wanita -
telah ditangkap. Begitu juga dengan tuanpunya tanah, Sd. Mohamed Johari bin Haji
Yassin. Sekatan jalan diletakkan di situ sehingga keesokan harinya.
'Pada 5 November, lima kumpulan (manusia) daripada lima arah telah berkampung di
Jalan Kebun sejak 11 pagi,' kata lapuran Suhakam. Kumpulan pertama sekitar 100 orang
telah disuraikan sebelum tengahari. Pada 2.15 p.m. sekitar 1,000 kereta telah
tersadai di sepanjang Lebuhraya Kesas untuk empat kilometer panjangnya, kesan satu
kesesakan lalulintas yang dicetuskan oleh polis kerana membiarkan hanya satu lorong
dibuka untuk kereta bergerak keluar dari situ.
Banyak kereta yang tersangkut di situ bukannya mahu pergi ke tempat perhimpunan,
tetapi mereka terjerat secara terperanjat. Disebabkan tersekat oleh keseskan
lalulintas yang tersumbat, mereka tidak ada pilihan selain meletakan kereta di
tepi jalan. Setakat 3.00 p.m., sekitar 5,000 manusia yang hadir. Polis bertindak
menembak air asid dan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan manusia. Dua
buah kereta tarik telah digunakan untuk membawa beberpa kereta keluar dari
situ, dan penyekat jalan di pintu tol Kemuning dialihkan untuk membolehkan kereta
yang tersandar beredar keluar. Pemimpin Barisan Alternatif tiba di kawasan itu pada 5.30 p.m. tetapi terhalang
untuk meneruskan perjalanan ke Jalan Kebun. Mereka bertindak memberikan sedikit
ucapan di pintu tol Lebuhraya Kesas itu. Pihak penganjur majlis memberitahu
mereka mahu bersurai dan telah menghantar empat orang wakil bertemu polis agar
membuka ruang sekatan jalan. Sebaliknya polis bertindak ganas dengan menyerang himpunan manusia menggunakan
air pancut dan tembakan gas pemedih mata. Beberapa ramai manusia telah ditangkap
polis, ada yang telah dihenyak dan menerima kecederaan, ada yang tercungap-cungap
kerana kesan gas pemedih mata dan air asid yang disemburkan. Polis telah
menzalimi para saksi, menendang motorsikal yang tersusun di tepi jalan dan
menghancurkan cermin kereta. Semua ini adalah kerja kebinatangan yang sepatutnya
membawa malu yang besar kepada pasukan polis.
Walaupun lapuran itu tidak menyebutnya, jelas Polis telah terperangkap dalam
konfrontasi politik yang sudahpun melimpah ke jalanraya sejak penangkapan Dato'
Seri Anwar Ibrahim dua tahun sebelum itu. Keadaan dianggap lebih mencemaskan
apabila polis menganggap kuasanya tercabar dan kerajaan menjadi gelabah memikirkan
terhakisnya hak untuk memerintah. Sepatutnya perkara semacam itu tidak wujud
seandainya pihak yang berkuasa mampu menyedari betapa isu sebenar sudah melampaui
kisah Anwar Ibrahim. Ia sudah merangkumi segala perasaan tidak puas hari marhaen
apabila masalah peribadi mereka sengaja ditolak tepi. Ramai yang datang berhimpun
itu bukannya mahu menentang kerajaan, tetapi mahu menyerlahkan satu kiasan betapa
kerajaan seharusnya jangan memperlekehkan kewujudan mereka.
Seperti biasa, kerajaan tersalah tafsir semua itu, dan bertindak dengan cara yang
memburukkan keadaan dan jentera pengawalannya. Semua itu adalah satu manifestasi
terbuka rakyat terhadap usaha kerajaan menidakkan hak orang melayu untuk bersuara
bebas menguasai budaya politik dan tatasusila hidup mereka. Inilah satu kemestian
yang perlu diselesaikan, jika tidak, seandainya tidak ada ruang lagi untuk mereka
menyerlahkan kesangsian dan curiga mereka, banyak lagi konfrontasi marhaen
semacam ini yang akan muncul menggila lagi.
Walaupun Suhakam tidak menyerlahkan perkara ini mengikut istilah sebegitu, sudah
tentu andaian itu semua memang sudah terpahat lama dalam minda tiga orang
pesuruhjaya yang ada di situ. Oleh itu segala cadangan lapuran mereka seharusnya
diambil-kira dengan serius agar perkara yang sama tidak berulang semula.
Lapuran itu menyatakan polis tidak seharusnya bersikap ganas apabila ada perjumpaan
di tapak persendirian. Oleh kerana tempat majlis di Jalan Kebun itu adalah tapak
persendirian, soal mendapatkan permit polis seharusnya tidak timbul langsung. Perkara
ini tidak disebut, tetapi sikap kerajaan terhadap ceramah tajaan UMNO yang tidak
memerlukan permit polis adalah satu andaian yang jelas, kenapa pula ia mesti
berbeza dengan ceramah pihak pembangkang? Kini, Suhakam sudah menyatakan
sejelas-jelasnya. Peraturannya mengikut Suhakam, cara polis mahu menyibuk dengan
apa juga majlis yang diadakan di tanah persendirian, adalah amat jelas mengikut
undang-undang. Jadinya, apa yang telah ditunjukkan oleh polis di Jalan Kebun itu adalah
satu tindakan di luar undang-undang.
Lapuran itu memberi penekanan, oleh kerana adanya satu kumpulan manusia yang membantah
perkumpulan manusia lain untuk berhimpun, di tapak tanah persendirian, seharusnya
tidak boleh dijadikan asas untuk memaksa pihak yang mahu berhimpun itu, bersurai.
Malahan, lapuran itu terus menjelaskan: kumpulan yang berbantahan seharusnya
dibenarkan berhimpun untuk berbantahan secara bertentangan antara satu dengan
lainnya, dan polis harus hadir untuk menentukan dua-dua kumpulan itu berhimpun
secara aman tanpa sebarang hasutan yang mengaibkan. Seharusnya ada undang-undang
yang memberi penjelassan mengenai perhimpunan yang dibenarkan secara saksama dan
tanpa sebarang diskriminasi. Suhakam juga menegaskan sepatutnya perhimpunan yang berlangsung di Lebuhraya Kesas
itu dibenarkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Itulah tapak pilihan mereka
sebenarnya. Bolehlah polis menjalankan tugas mengawal lalulintas, dan manusia, dan
bukannya menyekat mereka datang berhimpun. Kalaulah pois menggunakan otak
melaksanakan semua itu, sudah tentu kejadian yang mengaibkan dulu tidak pun
berlaku. Lapuran itu juga membuat cadangan agar pengurus terlatih untuk mengawal
majlis manusia di tempat terbuka diambil untuk tujuan ketenteraman manusia. 'Ini
sudah tentu mengelakkan masalah mendapatkan tempat perhimpunan yang difikirkan tidak
sesuai,' katanya. Suhakam berpendapat bahawa cara menyekat manusia berhimpun di tapak persendirian
bukannya termasuk 'dalam bidang kuasa menjaga dan menguasai ketenteraman dan
undang-undang' dalam Akta Polis. Malahan, lapuran itu mengatakan, tindakan polis
itu memburukkan satu keadaan yang tenteram dan dapat dikawal dengan mudah sehinggakan
polis telah mencetuskan satu keadaan mencelaru dan mengarut di mana keganasan dan
sikap binatang buas yang ditunjukkan oleh anggota polis telah memburukkan
keadaan. Sekatan jalan tidak seharusnya digunakan untuk menyekat manusia daripada
berhimpun sesuka hati mereka. Polis sepatutnya memberikan masa yang sesuai dan mencukupi untuk manusia
bersurai. Apabila manusia tersekat dan terperangkap seperti yang berlaku di
lebuhraya Kesas pada hari itu, polis sepatutnya tidak mendakwa mereka seperti
yang dilakukannya. Lagipun mereka mahu meninggalkan tempat itu sedangkan polis
sengaja menahan mereka. Polis sengaja bersikap kurang ajar dan ganas melepaskan
tembakan gas pemedih mata dan air asid yang berbahaya terhadap himpunan manusia.
Inilah yang mencetuskan huru-hara yang sengaja dicetuskan oleh keganasan polis.
Lapuran Suhakam mengutuk amalan polis masakini yang memusnahkan filem
penggambaran tindakan ganas dan kurang ajar polis. 'Panel berpendapat, polis tidak
mempunyai hak merampas gambar negatif daripada kamera yang dimilikki oleh orang
awam.' Suhakam mencadangkan agar Polis bertindak memanggil pegawainya yang telah
menyalahgunakan kuasa. Setakat ini pegawai polis telah menggunakan kekerasan
menyekat manusia keluar daripada tempat kejadian, sedangkan keganasan itu tidak
perlu seperti mengkasari mereka yang ditangkap dan ditahan. Mereka yang ditangkap
dan ditahan seharusnya telah dibebaskan dengan jaminan polis dan didera dan diseksa
dalam lokap polis. Sepatutnya mereka tidak disoal bersangkutan perkara yang tidak
ada kena mengena dengan mereka. Lagipun adalah tidak salah sesiapa yang memakai
baju yang memaparkan wajah Anwar Ibrahim, dan sudah tentu polis tidak ada sebab
kenapa menangkap mereka yang memakai baju seperti itu.
Sekarang kita faham kenapa kerajaan tidak merasa senang dengan lapuran Suhakam.
Kerajaan kini dituduh oleh badan yang diciptanya sendiri betapa ia tidak mengikuti
peraturan yang selama ini dikenakannya kepada orang lain. Kini kita disedarkan
betapa terlalu banyak penderaan terhadap hak asasi manusia yang dilakukan oleh
kerajaan dan pengamal undang-undang negara. Perkara ini mesti dihentikan.
Inilah satu amaran awal yang sekiranya tidak diambil kira akan berlanjutan tanpa
tepiannya. Kerajaan sudah terdesak kerana diasak, dan tidak akan dapat melepaskan
dirinya selagi tidak membuat pembetulan kepada segala kebajingan. Inilah satu
pil yang pahit untuk ditelan. Kerana itu tidak ada reaksi yang cuba menyelesaikan
isu yang dibangkitkan. Sebaliknya kerajaan mengeluarkan soalan mempertikaikan
kewibawaan semua pegawai Suhakam yang dilantiknya pada tahap awalan dulu tanpa
sesiapa mempertikainya. M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR-01-1541 Asal: KM2 5344: MGG: SUHAKAM Scolds The Police
|