Laman Webantu KM2A1: 5350 File Size: 6.0 Kb * |
TJ SP MGG: KPN Perlekehkan Lapuran Suhakam By M.G.G. Pillai 1/9/2001 6:43 am Sat |
[Sepatutnya polis mengambil pengajaran dari kisah Rahim Nor itu
untuk membaiki imej mereka tetapi nampaknya ia semakin ganas dan
kurang ajar. Rahim Nor hanya berani melakukan keganasan secara
tertutup atau bertopeng sahaja tetapi anak buah Norain Mai sudah
naik lemak sehingga mengganas secara terbuka. Sekarang rasalah
padahnya secara terbuka juga... Dimana polis mahu menaruh muka sekarang??
- Editor] (IGP Dismisses The Suhakam Report) Ketua Polis Negara, Norian Main, kini menjadi ketua satu pasukan polis yang
lebih terkenal kerana kerja-kerja melanggar undang-undang daripada mengawasinya.
Kerana itu apabila Suhakam menyiasat kisah keganasan yang mencabul hak asasi
manusia yang dilakukan oleh polis terhadap perhimpunan manusia di satu tajaan
pembangkang, pada November dulu, polis telah berdegil tidak mahu memberikan
kerjasama. Kedegilan polis membincangkan kisah Lebuhraya Kesas itu telah menafikan
haknya mempertahankan kedudukan mereka. Sebaliknya, polis sengaja melecehkan
perkara ini dengan menggunakan segala tipu muslihat perundangan untuk cuba
membersihkan wibawa yang tercemar. Harus diingat Suhakam, bukannya serupa dengan
NGO (organisasi bukan kepunyaan kerajaan) biasa dan sembarangan. Ia adalah satu
badan yang dilantik oleh Parlimen yang dilengkapi pelbagai kuasa yang membuatkan
pertubuhan hak asasi manusia yang lain boleh terliur kerana cemburu.
Suhakam sudahpun menunjukkan kebolehannya. Ketika mantan KPN Rahim Noor, melanyak
manan timbalan perdana menteri sebaik sahaja dia ditangkap dan digari tangannya di
belakang, kerajaan mengambil sikap membisu untuk mengaku perbuatan kurang ajar
itu. Kerajan lebih bersedia membuat pengumuman bahawa mata lebam Anwar adalah
kesan tindakan sendiri untuk mencederakan diri. Tetapi, Suhakam berjaya membuatkan
Rahim Nor mengaku membuat kerja jijik itu dan kesannya beliau telah dihukum penjara
(walaupun dia berehat sahaja di luar penjara.)
Tetapi, polis tidak makan ajar. Ketika Suhakam mengambil keputusan untuk menyiasat
pencabulan hak asasi manusia pada bulan November yang lalu, semua agensi rasmi
kerajaan enggan memberikan kerjasama mereka. Yang paling menonjol dan degil ialah
Polis. Kerana itu lapuran Suhakam itu dianggap menyebelahi satu pihak kerana ia
meruapkan bukti yang diberikan oleh satu pihak sahaja. Suhakam memang terpaksa
mengeluarkan lapuran setiap siasatannya, dan sudah tentu lapuran yang dibentang
berasaskan andaian kepada bukti yang dibentangkan. Tindakan polis itu telah
melonggokkan keaiban yang amat sangat kepada organisasi itu, kerana tidak mampu
memberikan penjelasan kepada tindakannya. Pihak polis beranggapan dengan segala
keangkuhan bahawa ia adalah mengatasi undang-undang dan kerana itu memperlekehkan
siasatan Suhakam. Kini, polis terpaksa merasakan bahana keangkuhannya itu.
Kini Norian Mai mengatakan lapuran Suhakam itu 'bias' yakni berat sebelah. Memanglah
berat sebelah. Pasukan polis telah diberikan peluang untuk memberikan penjelasan
tetapi meonolaknya dengan angkuh. Norian Mai menambah: 'Saya tidak ambil pusing
lapuran itu kerana sifatnya yang bias dan tidak menepati kenyataan.' Kata-kata
Norian Mai seperti yang dilapurkan oleh Benama pada 29 Ogos, adalah satu keangkuhan
yang memang kerap muncul daripada mulut celupar pegawai kerajaan tertentu.
Mereka beranggapan hanya versi kerajaan sahaja yang benar. Kalau ada sesiapa yang
mencabarnya merekalah yang bias (bayas). Kalau ada orang awam yang tercedera, orang
itulah yang mesti disalahkan; rakyat tidak ada hak menggunakan hak asasi mereka
berhimpun secara bebas dan aman. Bukan Norian Mai sahaja yang tidak senang dengan lapuran Suhakam. Perdana Menteri
berfikiran bahwa lapuran Suhakam adalah kesan pengaruh Barat. Beliau membuat celaan
itu dengan nada seolah-olah pengaruh Barat itu mesti diperlekehkan jua. Apa yang
difikirkan oleh Perdana menteri ataupun Norian Mai mengenai lapuran itu bukannya
menjadi satu soal pokok sekarang ini. Yang lebih penting ialah pendapat masyarakat
awam betapa Norian Mai dan pasukan polis tidak lagi boleh diharapkan untuk memberikan
perlindungan kepada rakyat jelata. Lagi hebat sikap polis dan agensi kerajaan lain
yang cuba menyanggah sikap Suhakam yang mahukan mereka bertindak penuh keadilan, lagi
buruk martabat agensi ini di pandangan rakyat jelata.
Dalam dua lapurannya, Suhakam sudah menjelaskan betapa Polis telah bersalah dalam
mencabul hak asasi manusia. Dalam dua kes ini polis tidak boleh membuat sebarang
tuntutan bahwa mereka dinafikan hak untuk mempertahankan martabat mereka. Pernah
polis memberikan kerajasama dengan kenyataan mereka dan pada waktu itu, ketua polis
negara telah mengaku bahawa dialah musibat yang menghenyak mantan timbalan
perdana menteri. Dalam kes kedua Polis enggan bekerjasama, namun Suhakam bertegas
mengatakan polis telah mencabul hak asasi manusia. Tetapi perkara itu tidak akan
selesai begitu kerana Norian Mai sudah mengatakan Suhakam bertindak bayas.
Malahan, kenyataan itu akan menunjukkan polis akan terus berdegil. Apa yang perlu
dilakukan oleh Norian Mai ialah mencari jalan bagaimana polis mampu mendapatkan
kembali martabatnya yang sudah lama menghilang. Selagi dia tidak berjaya melakukan
perkara itu, balai polis akan merupakan tempat yang terakhir di mana marhaen akan
cuba mendapatkan pertolongan. Terjemahan: SPAR-01-1551 Asal: KM2 5343: MGG: IGP Dismisses The Suhakam Report
|