Laman Webantu KM2A1: 5365 File Size: 8.7 Kb * |
Mahathir - Jangan Ghairah Sangat Bermain Api! By CDB 3/9/2001 9:08 pm Mon |
MAHATHIR - JANGAN GHAIRAH SANGAT BERMAIN API!
Nampaknya sudah masuk minggu ketiga kerajaan Mahathir memainkan isu
sandiwara KMM. Bermula dari 'Kumpulan Mujahidin Malaysia', bertukar menjadi
'Kumpulan Mujahidin Militan Malaysia' dan terkini berubah menjadi cuma
'Kumpulan Militan Malaysia'. Kenapa kumpulan yang kununnya dikatakan amat
merbahaya dan menjadi ancaman serius kepada keselamatan negara ini boleh
bertukar-tukar nama dan gelarannya? Adakah polis gagal menjumpai nama yang
sesuai untuk menggelarkan mereka tersebut yang kewujudannya tak ubah seperti
hantu, bunyinya ada tapi kelibatnya tak kelihatan pun? Maka sebab itu polis
terpaksa menukar-nukar namanya demi meyakinkan rakyat akan sandiwara terkini
serba sensasinya? Inilah padahnya bila seorang Ketua Polis berubah watak menjadi seorang
pembohong besar, tiada siapa pun yang akan percaya kepadanya. Sementelah
'pelancar roket' dan 'grenade' Ezam dan kawan-kawannya masih belum dijumpai
sehingga kini, inikan pula dengan anggota KMM tersebut? Malang sungguh
manusia hipokrit yang baru pulang dari mengerjakan haji tersebut kerana
lawak jenakanya ke atas rakyat gagal sama sekali untuk meyakinkan mereka
sehingga akhbar dan media terpaksa berhempas pulas menyiarkan dakyah dan
propaganda kununnya negara berada dalam ancaman 'pengganas' yang cukup
berbahaya. Selepas isu Black Metal menggegarkan negara sebelumnya, pelakon-pelakon
utama watak sandiwara yang diarahkan oleh sang director di Putrajaya
nampaknya terpaksa berkerja keras saban hari untuk meyakinkan umum bahawa
mereka sebenarnya tidak berlakon. Kesian sungguh! Bila Pak Pandir bertemu
Mak Andih, anak sendiri mati pun tak dikenali. Kan bodoh namanya itu!
Saya tak bertujuan untuk menulis panjang kali ini tetapi maklumat yang saya
perolehi mengenai isu KMM dengan pimpinan tertinggi PAS ini membuatkan saya
terpaksa menulis di sini untuk mendedahkan kepada rakyat betapa jahatnya
perancangan Mahathir ke atas PAS. Salah satu objektif utama isu KMM ini
dicetuskan ialah untuk mencapai matlamat akhir mengharamkan PAS selepas
kegagalan mengharamkan nama Islam pada nama parti dahulu ditolak
mentah-mentah olah Raja-raja Melayu. Kebimbangan Mahathir terhadap pengaruh
mendadak PAS selepas pilihanraya umum 1999 membuatkan beliau merasa gerun
akan nasib UMNO pada 2004 nanti. Lawatan Lee Kuan Yew yang kini berada di
Kuala Lumpur turut berkait rapat dengan isu ancaman PAS dan survival masa
depan kerajaan BN pimpinan Mahathir itu.
Penangkapan beberapa orang pimpinan muda PAS di atas dakwaan kununnya
terlibat dalam KMM merupakan percubaan awal untuk pergi lebih jauh. Mungkin
pembaca terkejut apabila saya mendedahkan bahawa Mahathir telah pun
mengarahkan Ketua Polis Terengganu (melalui Norian Mai) agar menangkap Tuan
Guru Hj Abdul Hadi Awang bersabit dengan 'penglibatan' beliau dalam isu KMM
beberapa minggu lepas. Namun permintaan Mahathir tersebut telah ditolak
oleh Ketua Polis Terengganu dengan alasan bahawa penangkapan TG Hj Hadi akan
mencetuskan huru hara besar, bukan sahaja di Terengganu, bahkan di seluruh
negara. Jika TG Hj Hadi ditangkap, bukan sahaja rakyat Terengganu yang akan
bangkit berperang dengan polis, malah seluruh rakyat Malaysia akan tampil
mengamuk dan nyawa Mahathir sendiri akan terancam. Berasaskan kebimbangan
inilah maka arahan penangkapan tersebut terpaksa dibatalkan.
Tentu pembaca melihat betapa penangkapan anak TG Nik Aziz merupakan
'percubaan' pertama untuk menguji sentimen penyokong-penyokong PAS dan pucuk
pimpinannya. Mungkin rakyat boleh bersabar seketika kerana Nik Adli bukanlah
'sesiapa' pun di kalangan rakyat meskipun beliau anak kepada MB Kelantan.
Tetapi Mahathir akan silap perhitungan dalam menguji kesabaran rakyat jika
TG Hj Hadi sendiri yang mahu diISAkan.
Sebenarnya, arahan penangkapan Hj Hadi ini bukanlah kali pertama disuruh
oleh Mahathir. Ketika kes Memali dahulu, Mahathir telah mengarahkan pihak
polis agar menangkap Hj Hadi dan Mustaffa Ali atas dakwaan kununnya mereka
berdualah yang menjadi punca tercetusnya peristiwa Memali tersebut. Saya
masih ingat ketika itu, 'cuaca' negara begitu panas sekali dan sekitar
hujung 1985 dan awal 1986 TG Hj Hadi dan Mustaffa Ali merupakan sasaran
utama yang diburu polis. Saya masih ingat bagaimana ketika itu saya
menumpang tidur di Masjid Rusila dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, di
dalam Masjid Rusila penuh dengan SB-SB yang menyamar untuk mengintip rahsia
TG Hj Hadi. Antaranya termasuklah SB dari Singapura yang mungkin diminta
bantuannya oleh polis Malaysia. Namun kekuasaan Allah mengatasi
segala-galanya, dimana akhirnya isu tersebut beransur kendur ekoran
sanggahan Anwar Ibrahim ke atas arahan Mahathir tersebut dengan mengatakan
bahawa Malaysia akan menjadi kutukan masyarakat Islam dan antarabangsa
sekiranya Hj Hadi ditangkap. Kemudian, dalam apa yang dinamakan 'Operasi Bukit Gasing' , kalau tak silap
ingatan saya dalam tahun 1989, Mahathir telah mengarahkan Haniff Omar yang
ketika itu menjadi Ketua Polis Negara agar menangkap Hj Hadi di Marang,
Terengganu. Berpuluh-puluh trak FRU telah dikerahkan ke Terengganu untuk
menjayakan misi tersebut. Namun mereka merancang, Allah juga merancang.
Sebahagian besar trak FRU yang mengangkut anjing-anjing berkepala merah
tersebut telah digagalkan oleh Allah s.w.t. dalam satu kemalangan ngeri
dengan bas Ekspres Temerloh-KL di Karak. Saya kenal dengan pemandu bas
ekspres yang terbunuh tersebut kerana selalu berbual dengan beliau ketika
menaiki bas itu. Kemalangan yang meragut nyawa berbelas-belas anggota FRU
itu telah membantut dan menggagalkan objektif Operasi Bukit Gasing di
Marang. Baki anggota FRU yang hidup terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur
dan Haniff telah memaklumkan kepada Mahathir bahawa operasi menangkap Hj
Hadi terpaksa dibatalkan. Mahathir cukup marah dan kecewa! Inilah
perancangan Allah dalam melindungi hambaNya yang soleh.
Mungkin pembaca tak sedar bahawa TG Hj Hadi merupakan satu-satunya pimpinan
tertinggi PAS yang enggan ditemui oleh Mahathir. Beliau cukup digeruni dan
dibenci oleh diktator tersebut. Berbanding dengan Ust Fadzil Noor dan TG
Nik Aziz, meskipun TG Hj Hadi dah hampir dua tahun menjadi Menteri Besar
Terengganu tetapi permintaannya untuk berjumpa Mahathir telah ditolak
beberapa kali. Dengan TG Nik Aziz dahulu, Mahathir sanggup berjumpa beberapa
kali untuk membincangkan kepentingan bersama, tetapi hal yang sama tidak
berlaku pada TG HJ Hadi. Kini isu KMM sengaja digembar-gemburkan selepas niat jahat untuk mendakwa Hj
Hadi dalam isu amanatnya sebelum itu gagal meyakinkan mereka untuk
memperolehi sokongan dan simpati rakyat. Dengan mencetuskan isu gempar KMM
dan cubaan mengaitkannya dengan pucuk pimpinan PAS, Mahathir berharap niat
jahatnya untuk mensabitkan Hj Hadi melalui soal siasat ke atas beberapa
orang anggota PAS yang ditangkap akan berhasil. Saya berani bersumpah
bahawa pihak polis telah menjalankan soal siasat yang jahat dan kejam untuk
memaksa pengakuan mereka yang ditangkap itu akan penglibatan Hj Hadi dengan
isu yang didakwakan. Berasaskan 'pengakuan' itulah maka Ketua Polis
Terengganu telah diarahkan untuk menahan Hj Hadi di bawah ISA. Ini bukan
cerita dongeng dan khayalan saya semata-mata. Saya mencabar Norian Mai dan
Mahathir menafikan niat jahat mereka ini (tapi mana mungkin kaki pembohong
bercakap benar sekalipun menafikannya - beruk dua ekor ini memang pembohong
besar kepada rakyat). Berhubung dengan ini, saya dan ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat yang
mendokong perjuangan PAS amnya ingin memberikan AMARAN KERAS, bahawa
Mahathir memang menempah maut yang nyata jika beliau berani mengambil
tindakan bodoh lagi bebalnya untuk menangkap Hj Hadi. Jika tidak mahu
melihat negara ini menjadi seperti Lubnan, jangan cuba bermain api!
Teruskan dengan sandiwara-sandiwara bodoh anda yang lain wahai Mahathir
tetapi ingat, sehelai bulu roma Hj Hadi pun tidak akan kami izinkan disentuh
polis. Sekali api menyala, amat sukar untuk memadamkannya! Berhati-hatilah
ahli-ahli Pas yang berada di sekeliling Tuan Guru dan perketatkanlah kawalan
keselamatan ke atas beliau! SEKALI LAGI INGIN SAYA NASIHATKAN MAHATHIR, USAH TERLALU GHAIRAH BERMAIN
API, KELAK NANTI TERBAKAR HANGUS!! Cucu Datuk Bahaman |