Laman Webantu KM2A1: 5367 File Size: 4.9 Kb * |
TAG SP 262: Asiaweek - Pertaruhan Yang Tidak Berkemungkinan By Assif Shameen 3/9/2001 10:38 pm Mon |
[Awal tahun ini BSKL adalah pasaran saham yang paling teruk
di rantau ini tetapi sekarang ia seperti 'naik tocang' secara
tiba-tiba sedangkan kekuatan sebenarnya tidak ada. Rencana ini
menyindir BSKL yang sudah menjadi pasaran berdasarkan momentum
- ataupun tiupan angin sahaja laksana satu papan berjudi pula.
Kerajaan sengaja membuat bising dengan pelbagai iklan dan wajah
baru setelah beberapa rancangan awal pada tahun ini telah disambut
hambar oleh pelabur. Kalaulah Mahathir cerdik sedikit jangan naikkan
BSKL itu terlalu tinggi kerana itu nampak sangat....
- Editor] (The Unlikeliest Bet) Oleh: Assif Shameen Cuba teka dengan cepat: Manakah pasaran saham yang menunjukkan prestasi yang
terbaik sejak tiga bulan yang lalu? (Klu terbaik: bukan Indonesia).
Jawapannya ialah Kuala Lumpur, dan adalah satu kebenaran 'pelakon terbaik'
tidak semestinya merupakan kategori yang terbaik di rantau ini buat
masakini. Bursa saham Kuala Lumpur (BSKL) memang sudah merakamkan
pertumbuhan pada kadar 23% sejak akhir bulan Mei. Ini sudah bererti sesuatu
yang menarik. Kalau anda percaya kepada kisah penyusunan semula yang telah
dirancangkan, berserta sikap ketelusan di Malaysia, sebenarnya ada satu
permainan istimewa yang perlu difahami di pasaran itu. 'Mulai daripada
sekarang kita terpaksa bersifat memilih,' kata Ang Siok Peng, seorang
pengurus pelaburan di Credit Suisse di Singapura. 'Semua peluang meraih
keuntungan mudah sudahpun berlalu.' Ada satu cara melakukan perkara ini ialah dengan menumpukan perhatian kepada
kisah penyusunan semula itu. Ng Eian Kiam, pengurus dana di Indocam Asia,
Singapura berminat kepada Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) yang
kini melantik Abdul Rahman Ahmad sebagai ketua pengarah terbarunya, dan Time
Engineering yang satu ketika dulu merupakan empayar niaga Halim Saad. Ng
berpendapat sebarang usaha menyusun semula industri pasaran telekomunikasi
akan membantu anak syarikat Time - Timedotcom. Kum Seok Chin, seorang
pengurus dana di Morley Fund Management di Singapura, meminati syarikat
infrastruktur dan pembinaan yang akan meraih faedah daripada pakej peransang
kerajaan. Pada bulan Mac, Malaysia telah mengumumkan satu rencana peruntukan
RM800 juta. Kum berminat dengan IJM Corp, Gamuda dan Road Builder, dua buah
syarikat pembinaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Kum berkata keadaan
yang lebih memesrakan untuk pembahagian kontrak yang besar-besar sudah
semakin ketara. Namun, semua pihak harus berwaspada. Setakat bulan Jun, kebanyakan syarikat
brokerage asing menganggap pasaran Malaysia adalah satu pasaran yang mesti
disipikan - tidak menarik adalah keputusan mereka. Hanya apabila beberapa
analis merobah pendirian dan menganggap pasaran Kuala Lumpur diberikan satu
'neutral' (berkecuali, makanya bermulalah satu kenaikan aktiviti di BSKL.
Namun ini bukannya satu pertanda berlakunya perubahan. 'Malaysia telah
bertindak membuat bising dan melakukan gerakan yang betul setelah
memperlekehkan sentimen pelabur,' kata Ng. 'Namun, masih ramai orang yang
tidak yakin.' Lagipun, Malaysia amat terdedah kepada kemerosotan teknologi
global kerana sebahagian besar ekonominya tertumpu kepada pengeksportan
elektronik ke pasaran Amerika Syarikat.
Masih ada para optimis yang mengsyorkan beberapa bahagian ekonomi Malaysia
yang mesti dielakkan. Mahathir pernah mengsyorkan agar bank menyerap sedikit
kerugian daripada pinjaman yang terbayar. Ramai pengeluar barangan teknologi
yang masih bergantung harap kepada perniagaan dengan Jepun dan Amerika, dan
itulah jenis pasaran yang masih tidak nampak lagi pergerakan nafasnya. Ada
pengamat yang meramalkan lebih banyak lagi pekerja yang akan dihentikan oleh
syarikat berteknologi tinggi di Malaysia. Pembuat PC Gateway, telahpun
mengumumkan pengguguran beberapa pekerjanya di Melaka, yang kini mempunyai
400 orang pekerja semuanya. Kalau kita lihat akan peluang yang ada seperti
pendapat Kum daripada Morley's Fund: 'saham-saham Kuala Lumpur mempunyai
momentum.' Masih ingatkah anda zaman dulu-kala apabila ramalan seperti itu
menjanjikan sesuatu? 'Momentum investing' (pelaburan mengikut ragam
momentum) membawa maksud betapa saham yang menonjol pada minggu yang lalu,
mempunyai kebarangkalian untuk menjadi saham pilihan pada minggu berikutnya.
Kalaulah begitu mudah ramalan pelaburan saham itu....
Tamat Terjemahan: SPAR-01- Asal: http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/Enterprise/0,8782,173087,00.html
atau KM2 5358: Asiaweek: The Unlikeliest Bet |