Laman Webantu KM2A1: 5373 File Size: 4.2 Kb * |
TJ SP 265: WTimes - Anwar dari Malaysia Bukan Militan Islam By Tioulong Saumura 4/9/2001 7:39 pm Tue |
[Sekali lagi rencana Amy Ridenour mendapat kritikan hebat - kali
ini dari orang luar Malaysia - seorang wakil parlimen Cambodia. Apa
yang menarik perjuangan Anwar itu dapat diterima oleh semua bangsa dan
ugama di Malaysia telah dapat dibaca oleh MP ini.
- Editor] 3 September 2001 Anwar dari Malaysia Bukan Militan Islam
Surat kepada Pengarang : Gambaran yang diberikan oleh Amy Ridenour berkenaan keadaan politik Malaysia
adalah tidak berhemat dan mengelirukan, begitu juga dengan penilaiannya
terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim (rencana
bertajuk 'Turmoil in Malaysia' 15 Ogos).
Baru-baru ini saya berkunjung ke Malaysia untuk menyiasat tentang penahanan
yang sewenang-wenangnya dilakukan terhadap beberapa penyokong Anwar oleh
kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamed di bawah akta drakonian
ISA. Individu-individu yang berani ini bukanlah ditangkap kerana
membangkitkan revolusi Islam tetapi kerana bersuara menentang amalan
korupsi di dalam kerajaan dan penyalahgunaan kuasa di dalam mengendalikan
perhimpunan-perhimpunan awam serta kerana mengendalikan beberapa laman web
politik. Sebahagiannya pula bukanlah orang-orang Melayu atau beragama Islam
tetapi dari keturunan Cina atau India.
Malaysia telah menikmati beberapa kejayaan ekonomi di bawah Mahathir, namun
keinginannya untuk terus berkuasa telah jauh menjangkui rasa hormatnya
terhadap asas-asas kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berita akhbar.
Langkah terbaru untuk melenyapkan pertikaian politik adalah dengan
mengharamkan perjumpaan-perjumpaan politik pihak pembangkang dan
perhimpunan, penyingkiran pelajar-pelajar universiti yang menentang
kerajaan, serta memperkenalkan ikrar lafaz setia kepada para guru sekolah
awam. Saudara Anwar bukanlah seorang militan Islam. Selepas penyingkirannya
secara biadap dan disabitkan dengan kesalahan yang direka-reka, beliau
menjadi satu simbol buat semua bangsa dan penganut-penganut pelbagai agama
di Malaysia yang sudah jelak dengan penyalahgunaan kuasa Mahathir dan tidak
mengendahkan hak-hak asas rakyat.
Terjemahan: SPAR-20 Asal: http://www.freeanwar.com/news012001/wt030901.htm
Washington Times - 3 September 2001 Letter to Editor: Amy Ridenour's description of Malaysia's political environment is
reckless and misleading, as was her assessment of former Deputy Prime Minister Anwar
Ibrahim ("Turmoil in Malaysia," Op-Ed, Aug. 15).
I recently visited Malaysia to investigate the arbitrary arrest of several Anwar
supporters by the government of Prime Minister Mahathir Mohammed under the draconian
Internal Security Act (ISA). These brave individuals were not arrested for fomenting
Islamic revolution but for speaking out against government corruption and
mismanagement at public gatherings and for running political Web sites. Some were not
even Malay or Muslim but were of Chinese or Indian descent.
Malaysia has enjoyed some economic successes under Mr. Mahathir, but his desire to
maintain his power has far outstripped his respect for the fundamental freedoms of
speech, assembly and the news media. Recent measures to silence political debate have
included a ban on opposition political meetings and rallies, expulsion for public
university students who oppose Mr. Anwar is no Islamic militant. After his unceremonious sacking and conviction on
fabricated charges, he became a symbol for Malaysians of all races and religions who
are tired of Mr. Mahathir's abuse of power and disregard for fundamental rights.
TIOULONG SAUMURA |