Laman Webantu KM2A1: 5374 File Size: 12.8 Kb * |
TAG SP 266: Asiaweek - 'Kegagalan Bukannya Satu Pilihan' By Arjuna Ranawana 4/9/2001 7:43 pm Tue |
[Catatan Penterjemah: Ini adalah satu artikel yang baik.
Cuma, nampak ada satu unsur menonjolkan kewibawaan orang
pilihan terbaru Mahathir seperti Azman dan rakan-rakannya.
Apa yang tertulis di sini sudah lama ditulis oleh penulis
reformasi tanah air. Sila baca Siri Kalau Tak Layak
Bersilat Elok Lagi Bersila (KTLBELB). Bandingkan segala ramalan
yang tertulis di situ, yang ditulis satu tahun lebih yang
lalu dengan keadaan yang sedang berlaku. - penterjemah]
('Failure Is Not An Option') Oleh: Arjuna Ranawana Apabila Azman Yahaya sedar diri, barulah dia tahu dia sedang
terlantar di hospital dengan keadaan badannya yang remuk dan
calar balar, kesan kemalangan disebabkan ketaksubannya
memandu motosikal dengan laju. Terpaksalah Azman
mengenepikan motor berkuasa tinggi dengan kuasa 750 cc
dan mengalihkan pandangan kepada kereta yang laju-laju pula.
Tidak lama lagi dia mungkin menggunakan pengalaman yang
serupa sebagai seorang petugas yang merancang kerja-kerja
memperbaiki ekonomi negara. Dia mungkin mengamalkan sikap
bergerak dengan lagu, membetulkan segala kepincangan di
landasannya sambil berusaha tidak akan kandas pula. 'Saya
memang mengejar masa menyudahkan tugas ini untuk kembali
semula ke sektor swasta' kata Azman yang sudah pun berusia
37 tahun. 'Kegagalan, kepadaku bukannya satu pilihan.'
Azman memang suka sesuatu yang berunsur risiko, seperti
cabaran yang mempunyai pertaruhan yang tinggi. Bulan lalu
graduan London School of Economics yang merupakan seorang
Chartered Account itu telah menjadi wakil Perdana Menteri
Mahathir Mohamad dalam satu usaha baru menyusun semula
Malaysia Inc. Dengan wujudnya ekonomi sejagat yang
menghenyak aliran ekonomi negara - termasuk aduan yang
semakin membuak mengenai cara negara menyusun penyelamatan
korporat dan sikap pilih kasihnya - Mahathir tidak lagi
mampu melengahkan usaha menyusun semula segala kerja
pembetulan itu yang telah dielakkan oleh Malaysia dengan
lantang dan penuh keangkuhan selepas tercetusnya krisis 1997.
Azman mungkin telah terpilih mengetuai segala proses ini
disebabkan keunikan latar belakang yang dimilikinya. Sebagai
ketua Danaharta, sebuah syarikat pengurusan aset yang
ditubuhkan pada 1998, dia memang mempunyai kelayakan yang
mantap. Baru-baru ini perdana menteri telah menyerahkan kuasa
untuk mengetuai jawatankuasa penyusunan hutang korporat (CDRC:
Corporate Debt Restructuring Committee) sebuah agensi di bawah
kuasa Kementerian Kewangan dan dilantik sebagai ketua pengarah
Syarikat Danasaham. Inilah sebuah kumpulan yang disokong oleh
Perbendaharaan untuk membeli beberapa syarikat pilihan. Mahathir
telah memberikan kuasa menyeluruh dengan arahan untuk
membuat laporan terus kepada pihak atasan. Tujuan utama
ialah menyusun semula segala syarikat yang banyak hutangnya
tetapi yang mempunyai masa-depan yang cerah, memufliskan
syarikat ternyata tidak berguna dan mengembalikan semula
warisan ekonomi perdana menteri yang sudah terjejas.
Memang tidak ada banyak masa untuk dihamburkan. Hutang bertapuk
semakin meruntun sistem perbankan yang menghenyak ekonomi
negara. Para analis meramalkan kadar pertumbuhan antara 0.3% -
2% pada tahun ini - berbanding 8.3% pada 2000 pengekspotan
barangan negara sudah merudum sebanyak 9.1%. Pelaburan terus
negara asing sudah diambil oleh China. Sistem kawalan modal
yang dimulakan tiga tahun dulu - termasuk sektor korporat yang
diketahui haprak - tidak dapat membantu pelabur asing untuk
memasuki semula pasaran saham.
Satu ketika dulu, Malaysia memang kelihatan bergaya dan maju
mengejar impian Mahathir untuk menjadi sebuah negara maju
dengan sektor korporat yang bertaraf dunia, dibantu dan
dimanjakan oleh kerajaan, dan dikepalai oleh sekumpulan taikun
Bumiputera. Usaha yang dipandu oleh mantan menteri kewangan,
Daim Zainuddin, meyakinkan Mahathir untuk memilih segelintir
Melayu yang dianggapnya mempunyai bakat istimewa, dan menyerahkan
kepada mereka hak milik dan pengurusan syarikat kepunyaan
kerajaan, sambil mengharapkan yang terbaik daripada mereka.
Kebanyakan syarikat telah berjaya menepati pengharapan untuk
waktu yang terawal, ketika itu. Namun segelintir pemilik baru
itu khayal dengan kemudahan pinjaman yang diberikan mereka
sehingga menjadi terlupa. Mereka menjadi lebih terkenal kerana
pesawat jet, kereta mewah, mahligai yang mempunyai banyak
kamarnya dan pengurusan yang penuh tanda tanya. Apabila krisis
kewangan 1997 muncul mengganas, kumpulan anak-emas itu, seperti
Halim Saad dan bekas ketua MAS, Tajuddin Ramli telah dikritik
hebat kerana hutang bertapuk yang menggunung tingginya. Tidak
lama kemudian, segala bisikan mengenai kepintaran rencana
ekonomi Mahathir, mula menjadi satu cemuhan dan kritikan yang
semakin lantang gemanya. Berapa lamakah gamaknya kerajaan akan
memanjakan syarikat yang tidak mampu berdaya saing? Apa pula
yang akan dilaksanakan untuk menjamin segala kerugian tidak
terus meruncing? Kini, segala jawapan terletak di tangan Azman dan kurang
kepada tangan individu lain. Dia telah mulakannya dengan
pengendali tol United Engineers (Malaysia), yang satu ketika dulu
merupakan tanggungjawab Halim. Syarikat itu merupakan antara
yang terbesar dan yang mempunyai hutang yang banyak. Azman
cuba mencekik UEM untuk mengeluarkan makanan yang masih
tersedak. Malahan itulah caranya dengan 14 syarikat lain yang
banyak hutangnya - termasuk beberapa panduan kepada bank agar
sama-sama menanggung beban hutang.
Semua itu tidak boleh dibuat dengan secara tergesa-gesa. Sejak
April dulu Mahathir telah sedar perlunya beliau bertindak
tegas. Pada waktu yang sama penasihat utama Malaysia Inc.,
Daim Zainuddin telah mengumumkan pengundurannya sebagai menteri
kewangan. Para pengamat terfikir apakah Mahathir betul-betul
serius mahukan reformasi ekonomi. Perdana menteri telah
melantik dua orang bekas gabenor bank sebagai penasihat utama.
Bulan lalu, dua anak Melayu lulusan Universiti Cambridge, yang
dulunya menganggotai pasukan Danaharta Azman, telah ditukarkan
menganggotai pengurusan MRCB. Sekaligus ini telah meminggirkan
pengerusi Abdul Rahman Maidin yang dianggap sebagai orang Daim
daripada tampuk sebuah syarikat yang menguasai institusi media
massa. Tindakan begini 'akhirnya akan mendedahkan segala
hubungkait antara politik dan perniagaan,' kata Khairy
jamaluddin, seorang ahli majlis tertinggi Pemuda UMNO. 'Mereka
diberikan jawatan ini bukan kerana orang yang mereka kenal,
tetapi kerana ilmu pengetahuan mereka yang kental.'
Mampukah Azman melaksanakannya? 'Azman ialah seorang yang
dihormati, bukan kerana dia seorang ahli politik,' kata Ng
Ein Kiam, seorang pengurus dana di Indocam Asia di Singapura.
'Inilah yang menenangkan keraguan apa yang dilakukannya itu
adalah cuma satu usaha untuk menaikkan sentimen pasaran.'
Namun, Azman bukannya bebas daripada sebarang hubungan
dengan kerajaan - memang kita yakin tidak ada sesiapa yang
boleh menerima jawatan sebesar itu tanpa ada kaitan
politiknya. Azman pernah bertugas di dua buah bank saudagar
yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan sebelum dia
dipilih untuk bertugas di Danaharta. Pelajarannya di luar
negara dengan keputusan cemerlang (First Class Honours) adalah
hasil rencana biasiswa kerajaan untuk menaikkan taraf
Bumiputera. Malahan, dia adalah hasil Dasar Ekonomi Baru
Mahathir yang penuh kontroversi, yang memberikan pelbagai
keistimewaan kepada Bumiputera. Tidak ramai orang yang tersilap
meneka kepada siapakah kesetiaan Azman itu.
Akan tetapi, hubungan politik yang kuat di Malaysia akan
mempunyai faedah yang berbelah. Pada waktu itu, Azman
bertindak tegas dengan apa yang dijelaskannya. Namun, menjadi
orang kerahan bererti dia terpaksa mencuit perasaan
beberapa orang yang mungkin terkena. Ramai pemerhati percaya,
Azman mempunyai kepakaran melaksanakan tugasnya, tetapi ramai
juga yang terfikir-fikir apakah dia mempunyai kekentalan
untuk mengharungi badai politik yang kian melanda. 'Dia belum
habis diuji dengan situasi seperti ini lagi,' kata Song Seng
Wun daripada GK Goh, sebuah syarikat penyelidikan yang berpusat
di Singapura. Azman menjawab: 'Peraturan yang dikeluarkan
itu bukannya satu bentuk yang keras. Kerajaan mempunyai
ketegasan politik untuk melaksanakannya.'
Azman telah menunjukkan betapa dia tidak akan melayan sebarang
rintihan yang menyangkuti UEM. Penguasaan kuasa bertindih di
Renong, segala putar belit pengurusan dan yang paling menekan
ialah hutang bertapuk yang menyebabkan harga saham pada kadar
$8 di permulaannya pada 1997 dulu merudum kepada 84 sen kini.
Untuk menggulung hutang bertapuk pada 1998 itu, UEM telah
menerbitkan bon bernilai $2.2 bilion bersandarkan aset
terbaiknya; lebuh raya yang menyambungkan Thailand kepada
Singapura. Bayaran hutang akan dijadualkan pada 2005. Keadaan
menjadi berkecamuk disebabkan masalah pemilikan bertindih dan
hutang besar yang terus mendidih. Renong pernah meminjam wang
daripada UEM dan sebagai tindakbalas, telah mencagar kesemua
asetnya. Halim sendiri pun telah berhutang kepada UEM
sebanyak $842 juta. Untuk meredakan keadaan yang mengelirukan, Azman telah membuat
pengumuman secara berkesan betapa dia akan menguruskan sendiri
satu usaha pembelian UEM yang berharga $1 bilion daripada
kerajaan. Syarikat itu akan di susun semula dan dicantas di
mana perlu sebelum ditawarkan semula kepada pasaran. Azman
telah mengaku dengan penuh ceriaan bahawa perkara seperti ini
tidakpun dibincangkan dengan Renong, ataupun dengan Halim. 'Ini
merupakan berita yang terbaik,' kata seorang pengamat yang
berpengkalan di Kuala Lumpur. Agensi menaksir Standard &
Poor telah melihat usaha ini sebagai satu perubahan besar
dalam anjakan ekonomi yang dipelopori oleh Mahathir. 'Apakah
penyusunan semula UEM-Renong, membawa satu persekitaran baru
dalam dunia korporat Malaysia?' soal mereka. 'Penilaian masih
dibuat.' Namun, analis Daniel Lim daripada syarikat sekuriti
Morgan Stanley merasa yakin. 'Ini merupakan satu perubahan
daripada sikap sambil lewa terhadap reformasi korporat
daripada 1997 kepada 2000,' katanya. Andrew Seah, daripada
syarikat sekuriti Vickers-Ballas pula berkata: 'Sesiapa yang
dapat menyelesaikan keributan ini akan dikenang sampai mati.'
Azman terpaksa juga memikirkan masalah hutang 13 syarikat yang
lain. Segala aset sampingan akan dijual, katanya dan segala
wang yang diperolehi tidak akan digunakan untuk membuat
pembelian baru yang tidak akan membantu pertumbuhan setiap
syarikat itu. Sebalik semua itu, bank yang tidak mematuhi
peraturannya akan dilaporkan kepada Bank Negara. 'Tidak boleh
dinafikan ada beberapa kes penyusunan semula yang sengaja
telah memakan masa yang panjang disebabkan satu bentuk
melengah-lengahkan keadaan oleh pihak peminjam dan juga yang
meminjam,' katanya. 'Semua pihak perlu bersikap jujur,
membersihkan segala kekotoran dan memulakan secara baru. Semua
ini perlu terlaksana tidak kiralah apakah projeksi ekonomi
itu.' Dia bercadang untuk menjernihkan kekalutan yang
mendung itu dalam masa satu tahun. Tidak ada sesiapa yang kelihatan bernafas lega, setakat ini.
Dalam banyak hal, Malaysia hanya baru memulakan satu bentuk
pemulihan yang telah dimulakan oleh Korea Selatan dan Thailand
sejak 1998 lagi. 'Malaysia telah mendahului penyusunan
semula hutang bertimbun ini berbanding dengan negara lain di
rantau ini, dan kita mesti mengekalkan tindakan itu,' kata
seorang pengurus bank Nik Hassan Nik Mohd Amin, timbalan
presiden eksekutif Bumiputera Commerce. Kegagalan
melaksanakannya, kata ketua penyelidik OCBC Sekuriti, Frankie
Tan, akan mencetuskan 'bahana yang teraib kepada ekonomi
negara.' Rentetan krisis 1997-98, Mahathir telah berlagak angkuh
terhadap dunia luar dan terus mengenakan kawalan mata wang
negara. Apabila proses reformasi mula perlahan di negara lain
di rantau ini, dia dilihat semacam mendahului orang lain.
Azman bersama-sama pegawai Melayu pilihan terbaru Mahathir
telah diberikan mandat untuk berjaya di tahap yang kritikal
ini. Walaupun kepantasan menjadi dorongan utama, mereka harus
berwaspada: Masa depan negara adalah berada di tangan
mereka. 1/9/2001. Asal: KM2 5357: 'Failure Is Not An Option' |